WARKAH BERLAGU PILU

 Didalam filem, dua jiwa yang berbeza darjat sering ditakdirkan untuk jatuh cinta. Namun disebabkan perbezaan ini, cinta mereka ini dihalang oleh keluarga. Pelbagai aksi-aksi cemas ditonjolkan demi memastikan hubungan mereka ini tak dapat diteruskan. Namun akhirnya dua jiwa ini pasti bersatu. Begitulah tipikal filem yang sering menampilkan happy ending.


Namun hidup ini bukan lah semudah filem. Percintaan di alam realiti lebih perit dan lebih beronak duri. Lebih beranjau dari kisah percintaan Adam dan Nur dalam Nur Kasih mahupun Jack dan Rose didalam filem Titanic.



Perpisahan itu selalu terjadi 
Kepada insan yang bercinta 
Sungguh sedihnya rasa 
Apabila ianya terjadi 
Perpisahan bermula dari dua hati 
Yang kehendaknya tak dituruti 
Ataupun manusia

Yang berperasaan benci
Sebuah cinta dan harapan


Menjadi debu berterbangan 

Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali


Begitulah antara bait-bait lagu Perpisaha Terasing dendangan KRU. Lagu yang amat sesuai dengan situasi diri aku saat ini. Hidup ini memang begitu. Hari ini bercinta, esok mungkin putus di tengah jalan. Hari ini berdua esok lusa mungkin keseorangan.

Cinta yang telah lama berputik antara aku dan dia nampaknya tidak membuahkan hasil. Benar cakap orang-orang tua, Bunga yang cantik pasti akan dihinggapi oleh kumbang yang lebih gagah dan kacak. Benar juga teori Charles Darwin yaitu '' Survival of the fittest''. Hanya yang benar-benar gagah dan dapat beradaptasi dengan baik akan terus hidup.


******
















Kecewa. Itulah perasaan yang paling tepat untuk menggambarkan diri aku sekarang. Namun begitu, aku doakan kau bahagia. Suratan takdir telah tertulis begitu. Namun seperti bait lagu Pesanan Buat Kekasih dendangan kumpulan Spring, aku ingin berpesan kepada kau Lisa Sughihani, 


"Kiranya kau ada penggantiku, tetapi hidupmu tak bahagia, rela ku memaafkanmu dan menerimamu sayang".......

p/s -  Aku sentiasa menantimu disini Lisa.

DILEMA MALAYSIA

Sebagai insan yang sudah 21 tahun dan sempena isu yang hangat pasal gerakan mahasiswa kat Malaysia sekarang ni, gua rasa nak tulis pasal politik sikit. Knowledge gua pasal politik tak lah dalam mana. Tapi peduli apa gua. Gua nak tulis jugak. 

Dari sekolah gua dah disogokkan dengan cerita-cerita sejarah bahawa kemerdekaan kat Tanah Melayu digerakkan oleh UMNO yang diketuai oleh Dato Onn. Masa tu gua rasa niat orang2 UMNO semuanya ikhlas untuk merdeka dan perjuangkan nasib bangsa Melayu. Pemimpin2 UMNO pada masa tersebut dirasakan dekat dengan rakyat.

Tapi sekarang pada tahun 2011 yang bakal berakhir gua rasa UMNO sekarang tak seikhlas dulu. Walaupun gua rasa-rasa je, gua rasa gua betul sebab instinct gua selalu betul. Umno sekarang terlalu eksklusif dan bangsawan imejnya. Tak dekat dengan rakyat. Bagi rakyat marhaen macam gua, makan-makan di hotel dan bermain golf tu bukan aktiviti seharian kami. Itu cuma wujud dalam drama-drama tipikal Melayu.

Walaupun gua kritik UMNO, gua bukan pro parti pembangkang. Gua sebenarnya tak berapa berkenan dengan situasi politik kat Malaysia sekarang. Dua-dua pihak tak habis-habis nak kutuk dan burukkan parti lawan. Bagi gua, lebih baik masing-masing senyap dan buat kerja,dan biarkan rakyat menilai sendiri. Rakyat sekarang tidak bodoh dan kepala bana.

Gua sebenanrnya ada impian. Gua nak lepak kedai mamak bersama-sama dengan Najib, Anwar, Nik Aziz, dan Lim Guan Eng dan bincang macam mana nak jadikan Malaysia setaraf Sepanyol dan German dalam bola sepak. Daripada bergaduh bab politik,lebih baik gua majukan bola sepak yang menyatukan rakyat Malaysia. Tak gitu Presiden FAM ?

p/s - UMNO, PKR, PAS, DAP. Gua tak kira. Siapa buat perangai memang semua kena kepala bana dengan gua.


PANGKAS RAMBUT

Minggu lepas aku pergi gunting rambut. Kalau kat Indonesia ni dorang panggil pangkas rambut. Aku rasa penggunaan kata pangkas tu lagi ganas daripada gunting. Kalau kat Malaysia penggunaan kata pangkas tu lebih sesuai untuk memotong dahan-dahan pokok. Gila

Kat Indo gunting rambut sangat murah. Dengan harga berkisar Rp 20000 yaitu lebih kurang RM 7.00, rambut kita akan dapat berubah daripada seperti Faizal Tahir kepada Aaron Aziz. Kalau kat Malaysia, mana nak carik salon yang gunting rambut RM 7.00. Harga macam tu kat Malaysia hanya melayakkan kau gunting rambut dikedai gunting rambut yang biasa.

Kat Malaysia aku tak pernah ke salon. Mahal. Justeru aku mengambil peluang yang ada disini. Paling aku suka bila gunting rambut kat sini adalah pegunting-pegunting rambut di salon sini semuanya cewek-cewek belaka. Dah namanya pon salon, sebelum rambut digunting dah pasti akan di basuh terlebih dahulu.

Pertama kali aku ke salon dahulu aku agak kaget apabila cewek-cewek di salon ini meminta untuk membasuh rambut aku terlebih dahulu. Namun setelah beberapa kali ke salon yang sama aku sudah faham modus operandi salon ini dan sekarang menggunting rambut sudah seakan-akan terapi merehatkan minda takala cewek-cewek membasuh dan menyampo rambut anda.

Jadi kepada rakan taulan yang ingin datang ke Indonesia, aku sarankan supaya mencuba perkhidmatan gunting rambut di salon sini. Oh ya, selepas gunting rambut, rambut akan dibasuh sekali lagi. Dan jangan lupa bawak Rp 20000. Cukup murah. Sudah tentu anda akan pulang ke Malaysia dengan kepuasan sambil pramugari AirAsia yang melihat anda dalam hati kecil mereka berkata '' Eh Aaron Aziz ? ''.

p/s - Lutut gua sakit. Dah tua mungkin.