EMO

Semenjak-dua menjak ni, aku melihat begitu ramai mereka yang emo. Tidak dapat kupastikan apakah sebabnya. Di Malaysia semalam ramai juga yang emo tatkala turun demo jalanan di Kuala Lumpur. Setelah berkecimpung dan menghadapi beberapa situasi emo, peratusan yang paling besar datangnya dari kaum wanita.

Masakan tidak, di Twitter dan Facebook kaum wanita mendominasi status yang berbaur emo. Sebabnya pelbagai. Bergaduh dengan boyfriend, bergaduh dengan kawan sehinggakan digigit kucing pun bisa menyebabkan emo. Emo itu bagus, menunjukkan kita ada hati dan perasaan. Tetapi emo yang berlebihan adalah tidak sihat. Ianya secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kawan sekeliling dan persekitaran kita juga.

Adat berkawan dan bermasyarakat, tidak perlulah menunjukkan emo kepada mereka. Akan wujud situasi janggal apabila salah seorang telah emo tanpa sebab. Emo juga tidak perlulah diluahkan tiap hari kerana orang yang melihatnya lambat laun akan menjadi meluat melihat golongan-golongan sebegini. Sekali sekala tidak mengapa.

Ibarat kucing, yang garang dan tidak manja tidak akan disukai manusia. Manakala kucing yang manja dan tidak menggigit-gigit akan dibelai, dan didekati manusia. Tapi itu kucing. Tiada akal untuk menjaga hati sesiapa. Manusia yang mempunyai akal emo lah pada tempatnya. Jangan kerana emo, kelak anda binasa.

Tapi kalau anda hendak emo juga, pergilah mendaftar ke NASA dan suruh mereka hantar anda di planet Pluto. Emo lah sebanyak mana yang anda mahu.

p/s - Emo kat blog lah baru cool. Kahkahkah.

WARISAN

Malaysia negara yang bertuah. Ada banyak kaum yang boleh hidup tanpa sebarang persengketaan. Tak hairan Malaysia antara negara membangun yang dikagumi negara serantau. Namun semenjak dua menjak ni, aku melihat Malaysia dari seberang, sebuah negara yang penuh dengan pelbagai isu, penuh dengan fitnah, penuh dengan masalah.

Mana pihak yang betul, mana pihak yang salah tidak dapat kita bezakan. Pihak A memburukkan pihak B dan pihak B menuding jari kepada pihak A. Pergaduhan pemimpin-pemimpin yang menjadi mangsa adalah rakyat. Ibarat bermain chess, yang harus dikorbankan terlebih dahulu adalah para askar-askar, golongan-golongan bangsawan dan elit harus dilindungi.

Usah kita berangan-angan untuk membebaskan Palestin dan menyelamatkan negara-negara yang dizalimi lain kalau kita tidak boleh hidup bersama-sama sebagai rakyat Malaysia. Hidup berpuak-puak, memainkan politik keji dan membuka ruang kepada tangan-tangan ghaib yang sememangnya ingin melihat kita rakyat Malaysia hidup dalam suasana kucar kacir dan porak peranda.

Sebagai rakyat Malaysia, sedih bila melihat keadaan negara sebegini. Kemerdekaan yang tidak sampai usia satu abad bisa terancam oleh suasana sebegini. Kadangkala kita melihat terlalu jauh terhadap negara-negara lain sehingga kita lupa kepada realiti di negara kita yang tercinta, Malaysia. Alangkah indah jika pemimpin-pemimpin di Malaysia bekerjasama tanpa apa-apa kepentingan. Sesungguhnya bala akan turun jika amanah itu diminta-minta.

p/s - Pray for Malaysia

SEMANGAT



"You treat a disease, you win you loose. You treat a person, I guarantee you, you'll win no matter what the outcome "

                                                                                                                              Hunter Patch Adams

p/s - Luaskan pergaulan. Semoga diberi kekuatan.

MANSUH

Semenjak dua menjak ni, mahasiswa sibuk berdemo untuk memansuhkan itu ini. Jadi sebagai seorang yang bergelar mahasiswa, terdetik juga dihati ini untuk memansuhkan beberapa perkara. Gua yakin bahawa cadangan gua ini akan mendapat sokongan ramai golongan mahasiswa seterusnya menaikkan populariti gua mengalahkan Adam Adli.

Hasrat di lubuk hati gua ingin memansuhkan hantaran perkahwinan. Adat Melayu pusaka nenek moyang ini dilihat mencengkam masyarakat kita dewasa ini. Hantaran menyebabkan ramai anak-anak muda takut untuk berkahwin awal. Sedangkan duit untuk membeli sabun diri sendiri tidak mencukupi, inikan pula untuk menyediakan wang hantaran. Isu ini timbul apabila jumlah wang hantaran semakin hari semakin naik, sama naiknya dengan harga minyak dunia.

Perlu dibezakan antara wang hantaran dan mas kahwin. Mas kahwin harganya sudah tertakluk mengikut negeri. Mengikut filem Ketika Cinta Bertasbih yang gua tonton kelmarin, mas kahwin nya cukup sekadar sebentuk cincin asalkan mendapat persetujuan wali si perempuan. Wang hantaran pula adalah adat Melayu yang gua syak dicipta oleh Melayu-Melayu Freemason untuk menyusahkan proses perkahwinan.

Pada pendapat gua, wang hantaran ini perlu dimansuhkan bagi meringankan beban lelaki yang mana keadaan kewangannya tidak mengizinkan. Memandangkan golongan perempuan sekarang ramai yang kelaut dalam skil memasak dan skil ekonomi rumah tangga, jadi memadailah wang hantaran ini dimansuhkan selaras dengan skil-skil mereka ini. Kalau tetap mahu digunakan sistem wang hantaran ini, perlulah sesuai dengan skil yang ada pada wanita tersebut. Ibarat pemain bola sepak, semakin power semakin mahal.

Kesimpulannya, marilah kita kaum Adam melaksanakan demo mansuh wang hantaran ini di Malaysia. Inilah tindak tanduk yang bisa kita laksanakan bagi menunjukkan kekuasaan kita kepada kaum Hawa sebelum berkahwin bagi mengelakkan situasi queen control selepas berkahwin. Hidup hidup !

p/s - Kalau ikut perlembagaan, gua dah patut kahwin sekarang.

BELOG

Semenjak dua menjak ni, aku perhati member-member aku semakin ramai yang mempunyai blog. Ade yang jenis tulis dua tiga baris lepas tu tulis ' to be continued', ade yang letak gambar kucing hitam comel dan ada juga yang letak gambar ukelele besar-besar. Setiap orang lain kreativitinya jadi itu menjadikan dunia perblogan semakin menarik dan rancak.

Kalau zaman dulu para intelektual melahirkan idea mereka melalui tulisan mereka yang dibukukan, zaman sekarang setiap orang bebas melahirkan idea melalui blog. Perkembangan ini di kalangan anak-anak muda sangat membanggakan. Tapi bila blog hanya dipenuhi gambar sendiri, celaka apakah itu ? Cuba contohi aku, berwajah kacak namun tidak membangga-bangga dengan kekacakan diri dengan meletak gambar di blog.

Aku cadangkan subjek penulisan untuk SPM digantikan dengan tulisan didalam blog. Ini lebih praktikal dan menyeronokkan. Dengan cara ini juga banyak kertas dapat dijimatkan seterusnya mengelakkan pokok-pokok daripada ditebang tiap tahun. Oh ya, aku dengar lelaki yang ada blog itu seksi. Hmmm.

p/s - Lama tak makan pizza.

ULTRAS JAMAL

Aku berjiwa klasik. Jamal Abdillah sangat aku kagumi. Dengan suara yang power, dan lirik lagu yang ditulis oleh komposer-komposer power. Inilah yang dinamakan karya seni. Bukannya mereka yang sekadar tahu terkinja-kinja menari dan bermodalkan rupa semata-mata. Kepop ? Itu tahap budak-budak tadika boleh la layan.


Walaupun Jamal agak high semasa konsert ini, pembawaan lagu masih power. Begitu juga dengan lirik kedua-dua lagu ni. Sangat power. Tersirat dan mendalam. Sila fahami dan renungi. Sayang lagu-lagu di Malaysia sekarang tidak banyak begini. Salahkan Justin Bieber dan artis Kepop.

p/s - Bom Shakalaka tok hang !