IMAGINE

Ada sebuah negara, rakyat hidup bersatu padu. Namun pada suatu hari, atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, rakyat di negara ini berpecah belah. Menjadi rakyat yang berpuak-puak. Puak A menyalahkan puak B dan puak B menyalahkan puak A. Setiap puak yang terbabit mempunyai ideologi masing-masing. Namun itu tak menjadikan satu puak lebih baik daripada puak yang lainnya hanya kerana mereka tidak berkongsi ideologi yang sama.

Syurga itu banyak jalannya dan tak perlu memandang rendah kepada pihak yang lain. Jika benar anda adalah pihak yang benar, kenapa harus mengasingkan diri ? Kenapa harus memisahkan diri dari pihak yang lain ? Dan anda lebih selesa berada dalam kelompok anda sendiri. Niat anda mungkin betul tapi cara anda harus diperbetul.

Ketika Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah, baginda mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar terlebih dahulu. Kerana apa ? Kerana perpaduan itu adalah asas kekuatan untuk sesebuah entiti. Baginda tidak mengasingkan diri dan memandang rendah orang lain. Kunci utamanya adalah perpaduan.

Dan jika kedua-dua belah pihak membuat perkara yang sama, apa yang membuatkan anda berbeza dan suci dari pihak yang satu lagi ?

p/s - Ayat skema apehal ?