tag:blogger.com,1999:blog-39916837334384747062024-02-21T14:49:12.711+07:00TIME OF YOUR LIFEZaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.comBlogger121125tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-34121089261871295622016-01-12T00:24:00.002+07:002016-01-12T00:24:59.672+07:00Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan

" Bersenang-senanglah, karena waktu ini akan kita banggakan, di hari tua "

Flores Trip, 23 Desember 2015 - 3 Januari 2016

Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-35683461430276971352014-01-20T06:51:00.001+07:002014-01-20T06:53:57.124+07:00DUA DUNIATuhan memang satu. Kita yang tak sama. Kenyataan memang tak akan sentiasa sama dengan apa yang kita inginkan. Cinta tapi beda.

Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-37687681929018133512013-09-09T13:17:00.001+07:002013-09-09T22:46:22.817+07:00MENJILAT SAMPAI PUASSekarang heboh isu minyak petrol naik. Sebagai warganegara yang acah-acah patriotik, aku turut tidak terkecuali berkata tentang isu ini. Mereka yang tak kisah dengan harga kenaikan minyak ini mungkin tak pernah merasai betapa banyak wang yang harus digunakan untuk mengisi sebuah kereta itu. Ditambah pula dengan perjalanan di highway yang kita seboleh-bolehnya menekan minyak sehingga mencecah 350km/j , sudah pasti jumlah minyak yang dipakai juga banyak. Belum lagi ditambah dengan harga tol yang perlu dibayar :')

Jadi agak menghairankan apabila sesetengah orang tidak marah dengan kenaikan harga minyak ini. Mungkin juga mereka dari golongan bangsawan dan berada. Mungkin juga mereka tidak pernah merasai memandu jauh dan mengisi minyak sendiri sehingga mereka mengambil mudah perkara ini. Mudah untuk berkata-kata sehinggalah anda merasai sendiri. Public transport ? Seberapa efisien sangatkah public transport di Malaysia sehingga kita boleh bergantung kepadanya ?

Ramai juga tak berpuasa hati dengan golongan-golongan menteri dan bangsawan lain yang begitu bermewah-mewah tatkala rakyat marhaen hidup dalam keadaan tersepit. Situasi sebegini dapat aku lihat sendiri di Jakarta ini. Disini menteri-menteri sering datang dan kebiasaannya sambutan untuk mereka agak mewah. Tidak sah kalau dinner rasmi tidak diadakan di hotel-hotel mewah dan berstatus 5 bintang. Tidak ada sedikitkah rasa bersalah dalam diri menteri-menteri ini dengan kemewahan yang sebegitu sedangkan kebanyakan pelajar Malaysia di Indonesia ini sejak dari dulu mengeluh dengan kadar elaun yang cukup-cukup makan sahaja.

Tidak semua pelajar merasai begini kerana segelintir pelajar ini dihidangkan dengan kemewahan yang dirasai oleh pak menteri. Mereka yang berstatus elit ini hanya perlu melayani pak menteri dengan baik dan mereka akan turut mendapat kelebihan ini. Seperti anjing yang diberi makan, lambat laun akan menurut apa sahaja perintah tuan yang memberi makan. Isu disini bukanlah dengki atau sebagainya, tetapi isu bagaimana kemewahan dan pembaziran yang dilakukan oleh pegawai-pegawai yang datang tatkala rakyat dihadapkan dengan isu kenaikan harga minyak, barang dan kos hidup sehari-hari.

Lihatlah dengan mata burung dan bukannya dari bawah tempurung. Adilkah apabila para pelajar dan rakyat berjimat cermat tapi dalam masa yang sama pembaziran dan kemewahan yang melampau digunakan sewenang-wenangnya. Usahlah menjadi pak turut apabila sudah diberi pelbagai kemewahan. Anda begitu bangga dengan status dan jawatan anda tapi dalam masa yang sama rakan- rakan anda hidup cukup makan. Kalau hidup hanya untuk menjilat untuk mendapatkan ganjaran dan kemewahan, apalah beza dengan anjing yang kadangkala kesetiannya lebih ikhlas dan tidak bermuka-muka.

Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-12227133952013189062013-07-25T12:50:00.001+07:002013-07-25T12:50:47.291+07:00FALSAFAH SANG PICISANDi sebuah dunia yang lain, dimana manusia bebas pergi kemana sahaja yang mereka suka. Bebas keluar masuk ke negara yang mereka suka tanpa perlu membeli tiket pesawat dan membawa pasport. Waktu yang diperlukan untuk sampai ke Brazil dari Malaysia hanya memerlukan waktu 3 saat. Dunia tersebut diberi nama internet.

Didalam dunia internet, terdapat sebuah negeri yang penuh dengan kepalsuan. Rakyatnya di alam realiti penuh dengan kejelikan tetapi sejurus masuk ke dunia ini, mereka semua menjadi cantik dan kacak semuanya. Muka yang penuh noda di alam realiti, bisa dihilangkan di dalam negeri ini. Itulah hakikat negeri tersebut, Instagram.

Kahkah. Intro nak berkias-kias pehal ? Semenjak dua menjak ni, Instagram makin popular dikalangan pengguna telefon pintar. Masakan tidak, makcik aku juga tidak terkecuali dalam menceburi bidang Instagram ini apabila akaun Instagram nya dipenuhi dengan gambar Tupperware dan lauk masakannya. Kepada sesiapa yang tak mengetahui apa itu Instagram, pandai- pandai lah anda nak hidup.

Aku juga tak terkecuali dalam dunia Instagram ini. Alhamdulillah setakat ini tiada lagi wajah aku sambil memuncungkan bibir sambil membuat lambang peace dengan caption yang diambil dari kata-kata tokoh yang dianggap berfalsafah. Instagram ini bagus sebenarnya. Anda boleh lihat foto- foto yang berkualiti dari pelbagai lapisan unat manusia.

Bagi aku yang suka singa, boleh double tap gambar singa yang diambil oleh jurukamera National Geographic yang tidak mungkin boleh diambil oleh orang lain. Instagram juga boleh menjadikan seseorang itu popular. Populariti di Instagram boleh dilihat dari jumlah follower dan berapa like yang anda dapat. Apa yang aku perhatikan, anda akan menjadi popular secara automatik apabila menepati ciri- ciri berikut.

1) Artis. Golongan artis tidak disangkal lagi mempunyai ramai peminat. Bonus sekiranya artis tersebut cantik dan comel. Akan beribu-ribu like yang akan beliau dapat hatta beliau meletakkan gambar kuih karipap sekalipun.

2) Seksi. Orang yang seksi juga mempunyai follower yang ramai. Mujur aku tidak tergolong dalam golongan follower mereka ini. Gila nak follow orang seksi ? Tercemar lah imej baik aku nanti. Tak follow tak bermakna tak mengikuti perkembangan. Ehe.

3) Kucing. Sekiranya anda tidak mempunyai pakej cantik dan seksi tapi berkeinginan untuk mendapat follower yang ramai, sila dapatkan seekor kucing yang comel dan letakkan gambar kucing tersebut di akaun anda. Nescaya anda akan popular. Oh silap, kucing anda akan popular.

4) Baby. Kalau anda hodoh tetapi anda dah berkahwin dan mempunyai anak yang comel dan tidak mengikut rupa anda, anda juga berpotensi untuk jadi comel. Tapi pastikan anda tidak meletak gambar anda. Takut- takut orang mengatakan anak anda anak angkat kerana tiada ciri-ciri hodoh anda.

5) Cantik. Kalau anda bukan artis tetapi wajah anda cantik dan kacak, anda juga boleh menjadi popular di Instagram. Oh ya, kalau anda hendak follow golongan ini, perlu diingat bahawa 546 gambar mereka adalah muka mereka sendiri. Ye lah dah cantik buat apa nak letak gambar lain ye tak ?

Itu adalah apa yang aku perhatikan di dunia Instagram. Adakah anda salah satu golongan diatas ? Atau anda hanyalah mereka yang acah-acah deep tetapi gambar hanya dipenuhi gambar makanan. Renung-renungkanlah...
Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-37647798114000606852013-07-24T07:02:00.001+07:002013-07-24T07:02:12.897+07:00LIBURMusim cuti bermula bagi anak-anak Malaysia di sebuah universitas di Jakarta. Seperti biasa, cuti yang boleh tahan lama dimanfaatkan untuk pulang bertemu kekasih hati di Malaysia.

Alkisah sebelum cuti bermula, pelbagai suka dan duka yang terjadi. Lumrah hidup, aku tenang menghadapinya. Jakarta menyaksikan pelbagai ragam manusia. Ada yang jatuh cinta, ada yang terpisah, ada yang semakin gagah dan ada yang rebah.

Sebenarnya aku acah- acah puitis je ni. Dah lama tak menulis. Kena asah skil semula. Oh ya. Selamat berpuasa !
Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-65612442482377199262013-05-03T11:47:00.003+07:002013-05-03T11:49:26.799+07:00KEMBALIHidup ni tak lama. Sampai bila mahu buat dosa ? Kembalilah kepadaNya.

p/s - Rahmat Allah itu luas.Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-17359695362018149572013-03-20T22:57:00.001+07:002013-03-20T23:02:14.569+07:00IMAM MUDAKita biasanya dengar lagu mengikut mood. Kalau sedang bercinta dan berbunga-bunga, kita akan mendengar lagu jiwang dan mendayu-dayu, yang membuatkan kita hanyut dalam lagu tersebut. Bagi orang yang putus cinta pula, lagu-lagu sedih menjadi pilihan. Sambil air mata bergelinangan, setiap bait lagu sedih tersebut dihayati dan ada orang yang sanggu membunuh diri. Itu keji.

Masa aku kecik dulu, mak aku belikan kaset Raihan, album Puji-Pujian. Raihan waktu itu boleh dikatakan fenomena. Dari brader rockers sampailah makcik-makcik yang berniaga kat pasar, lagu-lagu nasyid kumpulan Raihan menjadi siulan.

Pengaruh Raihan sangat kuat sehinggakan pertandingan nasyid di sekolah, semua orang nak nyanyi lagu Raihan termasuklah budak-budak perempuan. Kumpulan nasyid perempuan masa zaman tu tak berapa nak ada, nak tak nak lagu Raihan menjadi pilihan mereka ini.

Raihan juga secara tak langsung mempengaruhi kehidupan aku sehari-hari pada masa tersebut. Masakan tidak, sambil bermain bola sepak dengan hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju, aku tenang menyanyikan lagu Iman Mutiara ketika menunggu bola sampai ke kaki aku. Begitu berimannya aku ketika bermain bola sepak di waktu itu.

Seingat aku, zaman Raihan dulu aku masih belum mumayyiz. Jadi sangat sesuai lah lagu-lagu bercorak rohani dengan jiwa aku yang innocent pada masa tu. Nampaknya jiwa aku yang innocent dan suci pada zaman tersebut masih terbawa-bawa sehingga kini. Walaupun dari luar aku seperti Hans Isaac, tapi jauh disudut hati, aku masih seperti Nazrey Johani. Jadi tak hairanlah di kalangan rakan-rakan, aku dipanggil Imam Muda Zaki.Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-86496427539940722252013-03-19T23:00:00.001+07:002013-03-19T23:00:18.560+07:00BAWANGBaru-baru ni, harga bawang putih dengan bawang merah kat Jakarta naik dengan mendadak. Secara tak langsung harga makanan yang dimasak dengan bawang juga meningkat. Nasi padang yang menjadi menu makanan tengahari aku setiap hari juga sudah naik.

Isu kenaikan harga bawang ini juga dah disuarakan pada pihak pemberi biasiswa yakni JPA. Dan seperti biasa kami diyakinkan oleh pakcik JPA bahawa kadar elaun kami akan dikaji. Begitu power efek bawang ni sampai elaun pon boleh dikaji untuk dinaikkan. Apa yang mereka nak kaji, mungkin kita boleh tunggu tahun depan. Kalau tak tahun depan, kita tunggu sahaja sampai harga bawang turun semula supaya kadar elaun tidak perlu dikaji lagi.

Isu harga bawang ni jugak sedikit sebanyak telah merencatkan azam baru aku untuk memasak. Yelah, nak memasak makanan yang menggunakan bawang, sudah tentu akan menggunakan kos yang banyak. Jadi mungkin ada sedikit konspirasi oleh pihak-pihak tertentu untuk menghalang aku daripada memasak dan dipuji kesedapan masakan aku oleh rakan-rakan. Pihak-pihak yang dengki ini lah yang mungkin menghasut peniaga untuk menaikkan harga bawang di Jakarta.

Niat di hati untuk menjamu rakan-rakan dengan hasil masakan aku tidak kesampaian. Mungkin apabila isu harga bawang ini sudah selesai kelak, aku akan meneruskan niat murni aku ini. Tapi aku risau, apabila harga bawang sudah kembali normal, skil memasak aku automatik hilang. Jadi, doakan agar harga bawang terus tinggi supaya skil memasak aku tetap hebat.Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-66572910667837497732013-01-07T17:45:00.000+07:002013-01-07T17:49:42.745+07:00DISANA MENANTI DISINI MENUNGGUSemalam aku pergi Malaysia Hall untuk makan-makan sempena perkahwinan tiga pasangan Malaysia yang belajar kat sini. Disebabkan dah lama tak pergi kenduri kahwin, aku pun pergi dengan niat untuk makan nasi briyani dan air sirap. Alhamdulillah kenyang dan aku tersenyum sendiri tatkala melihat betapa sweet nya pasangan pengantin yang umur pun lebih kurang aku.

Selesai makan, aku meminta izin tuan rumah untuk pulang dan kemudian menunggu teksi di luar. Setelah mennggu lebih kurang 7 minit, teksi pun datang. Aku dan beberapa orang teman naik, dan memberitahu arah tujuan kami. Didalam teksi, aku membuka radio. Tak sampai dua kilometer bergerak, kedengaran lagu Exist di corong radio.

" Ini lagunya dari radio atau pake CD mas ? tanya aku kepada mas teksi tersebut.

" Oh ini CD donk. " balas mas teksi.

" Kok lagu Malaysia semua ya ? " tanya aku lagi apabila lagu Slam dan Wings pula yang kedengaran selepas itu.

" Owh lagu Malaysia jaman 90-an itu bagus semua. Kalau didengar langsung menusuk ke hati. Saya itu kalau pulang ke rumah, sebelum tidur pasti saya putar lagu-lagu Malaysia "

Aku tersenyum bangga. Bukannya apa, bukan senang nak jumpa orang Indonesia yang memuji Malaysia. Kebanyakan orang Indonesia ni aku tak tahulah apa yang dorang dengki sangat dengan Malaysia. Semua benda yang berkaitan dengan Malaysia nampak buruk di mata mereka.

Perjalanan pulang berlangsung dengan aman dan tenang apabila lagu-lagu yang dimainkan semuanya lagu rock kapak belaka. Separuh perjalanan, lagu Disana Menanti Disini Menunggu dendangan Ukays kedengaran.

" Untuk pengetahuan mas, lagu ini cocok bangat sama saya " kata mas teksi kepada aku secara tiba-tiba.

Beliau menyambung lagi, " Dulu saya ada dua cewek. Satu di Jakarta, satu lagi di Surabaya. "

" Terus gimana mas ? " aku bertanya dengan penuh minat.

" Owh yang di Surabaya saya tinggalin. Soalnya jauh donk. Saya ambil yang dekat aja. Hehehe. " balas mas teksi dengan perasaan tak bersalah.

" Makanya, mas kalau ada dua orang cewek, ambil yang dekat aja. Gampang deyh. " sambung mas teksi lagi.

Didalam hati, aku menahan geram. Celaka, dia tak tahu ke aku ni setia pada yang satu ? Bermula detik itu sampai lah kerumah, aku mengambil keputusan untuk berdiam diri. Aku kecewa kesetiaan aku diremehkan.

Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-66897543468801784632012-12-19T06:13:00.001+07:002012-12-19T06:13:43.688+07:00LION KINGDulu masa kecik kat rumah aku ada video tape cerita Lion King. Pengaruh Lion King masa zaman budak-budak dulu boleh dikatakan agak kuat.

Mana taknya, bila subjek Pendidikan Seni tajuk flora dan fauna, aku akan lukis gambar singa berlatarbelakang kan gunung, sawah dan scene matahari tengah terbit. Kat mana logiknya singa duduk kat sawah pun aku tak taw lah masa tu.

Cerita Lion King tu sedap sebab ada banyak binatang dalam cerita tu. Yelah, nama pun budak-budak. Takkkan nak teruja pasal projek mega era Mahathir pulak.

Dan yang paling menarik sebab scene dalam Lion King berlaku kat Afrika. Afrika bagi aku negara yang amat eksotik dengan scene savanna dan binatang-binatangnya. Tak hairan dah besar ni aku suka tengok National Geographic.

Aku ingat bila aku dah kaya nanti, aku nak pergi Afrika sambil main biola macam video kat atas. Tu pun kalau kaya lah. Lepas ni boleh lah aku berangan ada dalam scene National Geographic sambil tengok seladang kena kejar dengan singa. Dan harap-harap, aku boleh jumpa Simba dan menolong beliau mentadbir dunia haiwan.

p/s - Sampai sekarang aku benci watak singa jahat bulu hitam tu. Sape nama mamat tu ?

Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-63126942511006718822012-12-17T01:57:00.001+07:002012-12-17T02:02:21.433+07:00DELUSISemalam masa aku tidur, aku dengar suara orang bercakap-cakap kat bawah katil. Masa tu dalam pukul 3-4 pagi. Sebagai lelaki yang macho dan berani, aku buat rilek je. Aku syak tu bunyi radio budak bilik bawah. Tapi lama kelamaan, bunyi tu makin kuat.

Aku mengambil langkah berani untuk melihat ke bawah katil. Berdebar jugak rasanya. Gila mana taknya. Buatnya ada pocong tengah berborak bawah tu tak ke naya.

Dengan perlahan, aku meninjau kebawah. Apa aku nampak ? Aku nampak ada dua ekor kucing berkepala manusia tengah sedap berborak-borak. Mula-mula aku ingat tu adalah Pipiyapong, kucing kat rumah ni. Tapi rupa-rupanya bukan. Masa tu, perasaan takut aku dah bertukar jadi perasaan pelik.

Aku tarik dua ekor kucing berkepala manusia tu keluar.

Soalan pertama aku tanya, " Faham bahasa Melayu tak ? "

Kucing-kucing tu mengangguk. Pastu masing-masing perkenalkan diri. Sekor nama Sudino, sorang lagi nama Suryadi.

" Siot, korang ni kucing jawa ke ? " aku tanya.

Tiba-tiba satu pukulan tepat hinggap kat kepala aku. Rupa-rupanya Sudino yang pukul dengan ekor beliau.

" Kau jangan nak buat lawak tengah pagi ni, kitorang datang bilik kau ada misi yang serius ni. Aku harap kau ambil berat benda ni " kata Sudino. Aku mengangguk sambil buat muka menyesal..

" Macam ni, kami datang dari planet Musytari. Kami merupakan pewaris kesultanan kerajaan Musytari. Masalahnya sekarang, rakyat negara kami dah memberontak. Mereka nak hapuskan sistem beraja dan buat kerajaan republik " jelas Suryadi dengan bersungguh-sungguh.

" Jadi sekarang kami nak mintak tolong kau. Kami dapat tahu kau anak Clark Kent, so dengan superpower kau, kami harap kau boleh tolong naikkan kerajaan kami balik " jelas Suryadi lagi.

Aku mencapai bantal peluk, dengan pantas aku melibas kedua-dua ekor makhluk tersebut.

" Kepala hotakmu. Kau dah kacau tidur aku tengah pagi buta, nak mintak tolong aku pulak. Sejak bilanya aku ni anak Clark Kent ? Pergi balik sana. Kau salah orang doh " aku berkata.

Setelah bersusah payah untuk bangun setelah libasan bantal tadi, kedua-dua ekor makhluk itu keluar dari bilik aku. Tanpa meminta maaf setelah menggangu tidur aku, mereka terus pergi begitu sahaja. Jilaka.

p/s - Kahkahkah. Aku sekarang tengah belajar pasal kesihatan jiwa sebenarnya ni. Aku rasa aku dah berjaya mengaplikasikan masalah kesihatan jiwa dalam penulisan aku.

Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-32818367277899803582012-12-09T08:44:00.000+07:002012-12-09T08:44:20.637+07:00SUGAR DADDYNadia adalah seorang wanita yang periang dan ceria. Beliau mempunyai ramai kawan dan mereka sering keluar bersama-sama. Namun semenjak dua menjak ini, Julia mula menjauhkan diri daripada kawan-kawannya apabila bertemu dengan seorang jejaka. Rakan-rakannya juga menyedari perubahan sikap Nadia ini.

Nadia melalui hari-hari yang indah bersama jejaka tersebut. Kemana sahaja Nadia ingin pergi, jejaka tersebut akan membawanya dan yang paling penting, Nadia tidak perlu untuk mengeluarkan sesen pun wangnya kerana beliau di taja penuh oleh jejaka tersebut. Hidup Nadia berbunga-bunga.

Pada suatu hari, ketika Nadia dalam perjalanan ke tempat kerja, jejaka itu beliau menelefon belia. Dalam telefon jejaka tersebut mengatakan yang beliau ingin berpindah ke luar negara. Nadia yang ketika itu memandu kereta Mercedes pemberian jejaka tersebut berasa sedikit terkejut. Dalam hatinya, beliau sudah mula membayangkan bagaimana kehidupannya bakal berlangsung tanpa jejaka tersebut.

Nadia sedih. Beliau tidak menyangka bahawa jejaka itu tidak ingin membawanya turut berpindah ke luar negara. Nadia mulai tenggelam dalam emosi. Fikirannya melayang sehingga tidak sedar lampu isyarat sudah menunjukkan lampu merah. Nadia tidak memberhentikan keretanya. Sedar tak sedar, Nadia dilanggar dari bahagian kanan oleh lori kontena 18 tayar.

Kini Nadia mula menyesal. Mujur kawan-kawannya yang beliau jauhi dulu tidak meninggalkan beliau. Rakan-rakanya sering datang ke rumah beliau untuk memberikan semangat hidup. Kesan daripada kemalangan tempohari, Nadia kini bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Dalam hati, Nadia menyesal, menyesal.Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-84044154397172484482012-12-05T21:00:00.002+07:002012-12-05T21:04:13.462+07:00AGONG RONDONUWUHari ini Agong Malaysia atau Sultan Abdul Halim datang Jakarta. Dia nak jumpa Presiden Indonesia. Aku syak mereka nak satukan Malaysia dan Indonesia sebagai sebuah negara menjadi Melayu Raya. Sebelum datang Jakarta, Agong BBM aku.

" Woi Zack, aku nak datang Jakarta esok ni. Kau free tak ? Jom lepak Shangri-La Hotel " tanya Agong.

Aku membalas, " Sori bro, aku tak biasa makan-makan tempat mahal ni. Aku mana suka pakai suit, makan kena kaver, ikut protokol-protokol ni semua ".

" Cilaka, kau ingat aku suka ke benda-benda protokol ni ? Tapi apa boleh buat bro, gua Agong, terpaksa lah ikut adat turun temurun ni " jawab Agong.

Dengan tenang, aku berfikir untuk menerima ajakan Agong ni untuk lepak. Tapi bila mengenangkan ramai kawan-kawan aku yang makan malam nya pecel lele, nasi goreng, jiwa brotherhood aku menusuk kedalam hati. Tak kan member-member makan murah, aku nak makan sedap-sedap kat hotel ?

" Bro, macam ni la, aku ada solidariti untuk tak nak ikut function mewah-mewah ni. Kau bukannya tak taw elaun budak-budak kat Jakarta ni cukup-cukup makan je, baik lu kasi bajet duit kat makan kat hotel tu kat budak-budak ni. Dengan itu, kau akan lebih disayangi bro " reply aku kepada Agong.

" Laaaaa, lu tetiba nak sedih ni apehal ? Jangan sampai aku hantar hulubalang istana untuk angkut kau ke Shangri-la ni. Ala bro, lu nak elaun naik, tu diluar bidang kuasa gua bro. Lu pergi mintak kat Najib sana. Hmmm so amacam ? Lu datang ke tak ni ? tanya Agong.

" Takpela bro, gua lepak rumah je. Lu have fun la kat Shangri-La sana. Nanti balik Malaysia kita lepak lagi. Sebelum balik Malaysia, lu jangan lupa try pecel lele bro. Sedap. " balas aku.

" Okay okay, takpe Zack. Ada rezeki kita jumpa lagi "

Perbualan aku dengan Agong tamat disitu. Disebabkan terlampau lapar, aku ke dapur memasak Maggi TomYam.

p/s - Rakyat kesempitan, sang ketua bermewah-mewahan. Cilaka.Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-14776685047652971202012-11-15T02:46:00.001+07:002012-11-15T02:50:09.849+07:00HUJAN PETANGPetang itu, hujan renyai-renyai di luar rumah. Jamal duduk keseorangan di rumah. Setelah pulang dari kelas tengahari tadi, Jamal lebih senang bergolek-golek di atas katil kesayangan yang cadarnya sudah 3 bulan tak bertukar-tukar. Akibat kebosanan, Jamal memulakan BBM dengan gadis pujaannya, Anna.

" Hoi Anna gemok, buat apa tu ? " taip Jamal.

Begitulah cara Jamal. Walaupun dengan gadis pujaan sendiri, beliau tidak pernah berlembut. Baginya, lemah lembut hanyalah fiksyen didalam filem Ombak Rindu dan penuh dengan kepura-puraan. Setelah menunggu lebih kurang 5 minit, Blackberry Jamal berbunyi. Anna membalas BBM nya.

" Amboi, sedap cakap orang gemok. Tak sedar diri kee ? ", Anna membalas dengan comel.

Perbualan petang itu berlangsung lebih kurang 30 minit. Jamal berbunga-bunga keriangan. Walaupun ketika berhadapan, kedua-dua mereka diam seribu bahasa, di dalam BBM perbualan mereka sangat rancak. Dari persoalan serius seperti isu antarabangsa sehingga isu telur penyu, semua diluahkan dalam BBM.

Di akhir perbualan, Jamal tersentak apabila Anna secara tiba-tiba meluahkan perasaan kepada Jamal.

" Saya suka awak " pendek namun cukup bermakna buat Jamal.

Entah semangat angin monsun dari mana yang menyerap kedalam jiwa Anna, Jamal kurang pasti. Jamal berfikir lama. Beliau harus menyusun ayat sehabis baik supaya tetap nampak cool. Status beliau sebagai jejaka paling cool ketika jamuan makan malam kelas Tingakatan 4 Epsilon tahun lepas harus dikekalkan.

" Anna, sebenarnya saya sudah lama menimpan perasaan kat awak jugak. Tapi saya pendam kerana awak terlalu baik buat saya. Awak rajin pergi majlis ilmu, tapi saya suka tidur. " taip Jamal. Kemudian Jamal menekan butang " Send "

Setelah menunggu lebih kurang 10 minit, Blackberry Jamal berbunyi. Beliau berdebar-debar. Beliau membuka inbox nya.

" Jamal, maaf tadi adik lelaki saya main phone saya. Saya pergi kedai tadi, tak bawak phone. Phone awak, adik awak main jugak ke ni ?  "

Jamal terkesima. Didalam kepala beliau sudah berkira-kira untuk tidak mahu hadir ke sekolah besok.Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-24106395827562838322012-11-07T22:42:00.001+07:002012-11-07T22:42:05.517+07:00JAMALPagi itu, Jamal asyik termenung bersendirian di sekolah. Pelawaan kawan sebaya untuk hisap rokok kat toilet tidak dihiraukan beliau. Senyuman Anna, gadis pujaan beliau sewaktu beratur membeli kerepek ubi pedas di koperasi pagi tadi juga tak dapat mententeramkan hati Jamal. Fikirannya runsing sejak peristiwa malam tadi.

Malam tadi, sebelum masuk tidur, Jamal sibuk melayan chat awek-awek di Facebook. Jamal sememangnya dikenali sebagai seorang yang kacak dan mempunyai ramai peminat. Di biliknya sahaja terdapat 7 buah teddy bear pemberian gadis-gadis pemuja rahsia Jamal. Leha, tiga hari lepas histeria selepas melihat Jamal senyum kepada beliau. Begitu hebat penangan Jamal.

Setelah mengapprove friend request dari 2-3 orang gadis yang dirasakan cun oleh Jamal, Jamal mengambil keputusan untuk tidur. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Jamal bersiap-siap untuk tidur. Setelah membasuh muka, dan gosok gigi, Jamal terjun keatas katil kesayangan beliau. tapi tak sampai 10 minit Jamal terlelap, beliau mendengar emaknya menjerit memanggil namanya di tingkat bawah rumahnya.

Jamal bergegas keluar dari bilik, tapi belum sempat beliau turun, terdengar pula suara emaknya dari dalam bilik di sebelah bilik Jamal. Emaknya memberitahu, " Jangan turun, mak dengar jugak suara kat bawah tu "

Persoalannya sekarang, yang mana satu mak Jamal yang betul ? Kat bawah atau di dalam bilik tu ?

Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-86542172269751397692012-10-07T17:29:00.003+07:002012-10-07T17:34:05.866+07:00IMAGINEAda sebuah negara, rakyat hidup bersatu padu. Namun pada suatu hari, atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, rakyat di negara ini berpecah belah. Menjadi rakyat yang berpuak-puak. Puak A menyalahkan puak B dan puak B menyalahkan puak A. Setiap puak yang terbabit mempunyai ideologi masing-masing. Namun itu tak menjadikan satu puak lebih baik daripada puak yang lainnya hanya kerana mereka tidak berkongsi ideologi yang sama.

Syurga itu banyak jalannya dan tak perlu memandang rendah kepada pihak yang lain. Jika benar anda adalah pihak yang benar, kenapa harus mengasingkan diri ? Kenapa harus memisahkan diri dari pihak yang lain ? Dan anda lebih selesa berada dalam kelompok anda sendiri. Niat anda mungkin betul tapi cara anda harus diperbetul.

Ketika Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah, baginda mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar terlebih dahulu. Kerana apa ? Kerana perpaduan itu adalah asas kekuatan untuk sesebuah entiti. Baginda tidak mengasingkan diri dan memandang rendah orang lain. Kunci utamanya adalah perpaduan.

Dan jika kedua-dua belah pihak membuat perkara yang sama, apa yang membuatkan anda berbeza dan suci dari pihak yang satu lagi ?

p/s - Ayat skema apehal ?Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-20804097982323708152012-08-31T00:32:00.001+07:002012-08-31T00:33:00.819+07:00MALAYSIA BUMI BERTUAHMalaysia hari ini menyambut hari Merdeka. Lain orang lain definisi Merdeka mereka. Tapi yang penting duduk lah dinegara mana pun, selama mana pun, Malaysia tetap tanah tumpah darah kita. Bersyukurlah dengan nikmat merdeka yang kita ada. Jangan menjadikan fahaman politik yang berbeza penghalang penyatuan kita rakyat Malaysia.

" Andai ku terbuang tak diterima, andai aku disingkirkan, kemana harus ku bawakan, kemana harus ku semaikan cinta ini "

Sebusuk-busuk mana pun negara kita, kita kena menerimanya. Benar bagai lirik diatas, jika kita terbuang dan tak diterima dinegara sendiri, apatah lagi negara lain untuk menerima kita ? Bersatulah kita rakyat Malaysia. Kita boleh.

p/s - Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 55 Malaysia :)

Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-76185462594276571732012-07-26T01:14:00.001+07:002012-07-26T01:19:43.221+07:00SKIL LEMBUTAku baru perasan yang untuk bulan Julai ni belum ada post kat blog ni. Apakan daya, kesibukan menghalang diri ini dari bermesra dengan blog.

Bulan Julai juga mengajar banyak benda. Gembira, sedih dan macam-macam lagi yang boleh dijadikan pengajaran tidak formal didalam hidup ini.

Esok saatnya untuk pulang ke Malaysia. Gembira namun ada duka. Apalah erti pulang tanpa kawan-kawan bersama. Aku mengerti perasaan jiwa yang ingin pulang ke rumah masing-masing namun tiada peluang. Pengorbanan dilakukan, wajah tersenyum tawar tatkala dalam hati merintih sayu ingin pulang.

Tapi hidup memang macam tu. Tak selalu indah. Semua yang berlaku menjadi ijazah terbaik dalam membina kekuatan diri. Bersabarlah. Terus tenang dan tersenyum.

p/s - Formality divides people.
Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-57759239041762015362012-06-23T12:39:00.001+07:002012-06-23T12:42:20.413+07:00UNTITLED

p/s - But I didn't see, that the joke was on me.

Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-86540349132074113582012-06-21T21:32:00.000+07:002012-06-23T12:41:59.604+07:00HAKIKAT MANUSIA

p/s - K-Pop adalah erti lagu yang sebenar. Sangat mendalam. Tersirat dan bermakna liriknya.

Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-16314764098161253962012-06-13T04:59:00.001+07:002012-06-13T05:01:33.956+07:00BOLA SEPAKSekarang ni heboh dengan Euro 2012. Kalau ikut logik bolasepak, Euro ni kedua meriah selepas World Cup. Negara-negara ranking atas kebanyakan berasal dari negara Eropah. Pemain-pemain kacak juga banyak yang berasal dari Eropah jadi secara tak langsung bakal diminati oleh kaum wanita amnya dan lelaki yang mempunyai masalah hormon khususnya. Ada ke perempuan layan Piala Afrika ? Ah perempuan memang racist.

Memandangkan zon waktu Eropah dan Asia berbeza, ramai pemuda-pemuda di Asia sudah bertukar waktu tidur mereka. Dikalangan mereka yang tidak begitu meminati sukan bolasepak, turut terkena tempias nya. Masakan tidak, di Facebook dan Twitter penuh dengan update berkenaan bolasepak. Mahu tidak mahu terpaksa menelannya juga.

Bolasepak diakui sebagai sukan nombor satu dunia. Hanya mereka yang meminati akan memahami keindahan dan kesenian bolasepak itu sendiri. Mereka yang tak menggemari sukan ini, mungkin dari kalangan penggemar musik K-Pop yang lebih terhibur dengan kekacakan hasil pembedahan plastik penyanyi-penyanyi yang sulit untuk dibezakan sama ada mereka perempuan ataupun lelaki.

Di saat pelbagai negara mengalami masalah politik yang tidak sudah-sudah dari hari kehari termasuk Malaysia, bolasepak menyatukan rakyat sesebuah negara. Suasana stadium yang penuh apabila menonton negara kelahiran sendiri bermain, hanya mereka yang pernah melaluinya akan dapat merasakan perasaan tersebut.

Tapi suasana mungkin berubah bila BN dan PKR menggunakan bolasepak untuk menunjukkan siapa yang lebih power. Mungkin satu hari nanti akan ada BN FC dan PKR FC. Dan disaat itu juga, rakyat yang tadinya satu akan mula terbahagi kepada dua. Disaat itu, anda boleh pergi mencari negara lain untuk dijadikan negara anda yang baru. Negara yang tidak gila politik seperti Malaysia.

p/s - Kalau engkau adalah goalkeeper, ingin aku menjadi bola supaya aku selalu kedakapanmu.Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-73589734864254772472012-06-06T20:03:00.002+07:002012-06-06T20:05:03.805+07:00BANGSAWANAku merupakan golongan bangsawan. Makan di hotel-hotel yang besar, sukan nombor satu aku bukanlah bolasepak seperti rakyat-rakyat marhaen yang lain. Aku lebih memilih golf dan polo sebagai sukan utama. Ada kelas tersendiri dan tidak semua orang boleh bermainnya.

Oh ya, makan di hotel-hotel besar itu juga sesuatu yang bersifat eksklusif dan bukan semua rakyat marhaen dapat makan di hotel-hotel besar. Bagiku, status sebagai golongan elit dan bangsawan itu perlu dijaga.

Aku juga berhati-hati dalam pergaulan. Hanya mereka yang berstatus elit seperti aku dijadikan kawan. Mereka yang marhaen dan rakyat kebanyakan, tidak dipedulikan. Apa yang orang cakap tidak ku peduli asalkan aku dan kawan-kawan seangkatan selesa makan di hotel-hotel besar, bebas pencemaran dan paling penting, aku dapat makan percuma kerana kroni-kroni aku yang menanggungnya.

Ramai yang mengatakan aku sombong, tetapi aku tidak peduli. Bagiku, aku hanya mengambil peluang dan menumpang kekayaan yang dipunyai oleh kroni-kroni ku sendiri.

Disaat rakyat-rakyat marhaen meneruskan hidup yang tidak seberapa dan penuh kesempitan, aku lebih selesa begini. Hidup penuh kemewahan dan kekal bangsawan. Pedulikan mereka yang kesempitan, asalkan aku bahagia.

p/s - Anjing bila diberi makan, lambat laun setia kepada tuannya.Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-64816297203381670452012-05-28T15:50:00.001+07:002012-05-28T15:54:15.945+07:00LODEHAdam dan Nur sememangnya dua insan yang berbeza. Adam dengan perangai gila-gilanya, Nur pula wanita yang lemah lembut dan patuh pada agamanya. Kedua-dua insan ini ibarat langit dan bumi perwatakannya.

Adam walaupun dikeliling wanita yang cantik dan hot, sedikitpun beliau tidak peduli. Hatinya terpikat dengan kelembutan yang ditunjuk Nur.

Pelbagai cara dilakukan oleh Adam untuk memikat Nur. Seperti biasa, sikap Adam yang sukakan hedonisme dan gila-gila perangainya menggunakan cara yang salah untuk mengambil hati Nur.

Menggunakan telefon pintar kepunyaan beliau, Adam sering Whatsapp Nur. Isu yang dibincangkan juga berkisar tentang hal-hal harian yang remeh temeh. Sehinggalah suatu hari, Adam bertanyakan tentang keluarga Nur, tentang ibu ayah dan atok nenek Nur.

Nur yang merasakan Adam seakan berlebihan, bertanya kepada Adam, " Ni proses taaruf ke ? "

Adam tersentak dengan pertanyaan itu. Adam akhirnya sedar. Cara yang digunakan oleh beliau tidak betul. Petang itu, Adam kecewa dan kata-kata Nur itu masih terngiang-ngiang di kotak fikirannya. Adam pun terus hanyut dalam dunianya.

p/s - Kahkahkah apa la gua mengarut petang-petang ni.Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-56376519637342816612012-05-20T14:28:00.001+07:002012-05-20T14:33:39.394+07:00SUARA EMASAku dilahirkan dengan suara yang sedap. Buktinya, zaman tadika dulu dengan tenang aku dipilih jadi ketua boria masa persembahan akhir tahun oleh cikgu Mahanum. Dan dengan tenang juga, aku duduk tengah dan menyanyi menggunakan microphone. Masuk sekolah rendah, aku pernah join nasyid juga sebagai penyanyi utama. Punyalah sedap sampai aku hampir dilantik menjadi ketua murid menggantikan ketua murid yang ada.

Tapi bila masuk sekolah menengah, aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan bakat yang aku ada. Maklumlah, bila dah masuk sekolah menengah, dah baligh. Suara pon dah garau dan macho macam Vin Diesel. Tak kan lah suara sebegitu nak digunakan untuk menyanyi lagu Pesanan Buat Kekasih. Ibarat Ramli Sarip menyanyikan lagu Cinta Muka Buku. Tak berapa kena orang cakap.

Tapi orang ramai salah sangka. Suara yang garau tak bermaksud aku tak boleh tarik suara macam video kat atas ni. Setakat suara macam tu, sambil baring pun takdehal. Kalau ikut trend sekarang, nak jugak aku upload video cover lagu She's Gone kat atas ni kat YouTube. Tapi memandangkan aku malas kacau periuk nasi Jamal Abdillah, aku tenang meneruskan pengajian dan fokus kepada pelajaran.

p/s - Keep calm and eat bakso.

Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3991683733438474706.post-57682993781101386322012-05-13T18:35:00.002+07:002012-05-13T18:35:36.297+07:00NEELOFAPagi itu selesai sarapan pagi, aku dan Neelofa bersiap-siap untuk ke majlis perkahwinan kawan aku semasa sekolah rendah dulu. Pagi Ahad yang cukup romantis itu aku luangkan masa sepenuhnya dengan dia kerana kerjaya kami yang berbeza membuatkan kami susah untuk bergurau senda. Aku sebagai seorang doktor, dia sebagai pelakon. Masing-masing sibuk dengan urusan harian.

Dalam kereta menuju rumah teman ku itu, Neelofa memulakan perbualan.

" Honey, I tak faham lah kenapa ramai sangat yang jelous tengok kita ni mesra. Apa salah kita ek ? " ujar Lofa dengan suara manja beliau.

Aku tersenyum sinis. Sambil menukar siaran radio dari Hitz.Fm kepada Sinar.Fm, aku membalas pertanyaan beliau itu.

" U ni pon. Benda obvious macam tu pon nak tanya kat I. U cantik, I handsome, so ramai la yang jealous dengan kita. Orang cakap macam Brad Pitt dan Angelina Jolie. Hehehe. " balas aku sambil tertawa kecil.

" Hmmm ye tak ye jugak kan. Kenapa lah I bebal sangat tak terfikir tu. Hihihi sukenye I dengar. Suka suka sukaa. Hmmmm honey, janji eh jangan tinggalkan I ? tanya Lofa sambil membuat mimik muka itik.

'' Ok I janji. I takkan tinggalkan U. I janji U akan jadi bini pertama I. Bukan kedua atau ketiga "

'' Eeee U ni jahat taw ! Bencilah macam ni ! " balas Lofa sambil mencubit lengan kiriku.

Cubitan Neelofa itu tepat pada bekas luka akibat gigitan kucing peliharaanku dan itu membuatkan aku mengerang kesakitan. Aku menekan tangan kiriku dengan tangan kanan dan akibatnya steering kereta terbiar tanpa pengawalan. Kereta yang ku pandu terbabas dan sedar tak sedar, aku terjaga dari mimpi. Disebelah ku bertaburan surat khabar dengan wajah Neelofa sebagai penghias muka depannya.

p/s - Kahkahkah.Zaki Marsohahttp://www.blogger.com/profile/17363407877015336701noreply@blogger.com2