SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


Hari ini keputusan SPM diumumkan kan. Kepada yang berjaya tahniah dan kepada yang kurang berjaya, ingatlah yang SPM bukan segala-galanya. Mungkin yang tidak dapat straight A akan sedih bila tengok member-member lain dapat straight A. Tapi straight A dalam SPM bukanlah bermakna kau akan terus menerus mendapat A dalam peperiksaan-peperiksaan yang akan datang. Namun apakan daya sistem pendidikan di Malaysia sudah begitu. Yang mendapat straight A akan dipandang hebat dan yang tidak banyak jumlah A nya akan dipandang sebelah mata. Mentaliti masyarakat Malaysia juga sudah ditanam sejak kecil bahawa untuk berjaya dalam hidup kita mestilah mendapat sebanyak mungkin A dalam peperiksaan. 

Kalau tak masakan ada pelbagai bengkel kecemerlangan diri, pusat tusyen merata-rata tempat dan pelbagai buku latihan yang dijual semata-mata memastikan diri supaya mendapat A. Bukan semua orang dilahirkan dengan otak yang cerdik dan dapat memahami sesuatu pelajaran dengan mudah. Jadi ubahlah anggapan kita bahawa jumlah A sebagai penentu kejayaan. Apa guna jumlah A yang banyak kalau sekadar duduk di rumah untuk belajar dan tidak mahu bersosial dengan orang lain. Memandang orang yang bersosial sebagai membuang masa. Belajar bukan sekadar di dalam kelas. Hidup ini satu pembelajaran. Anda tidak dapat straight A anda masih ok.

p/s - Kecundang hari ini, esok masih ada.


2 comments:

sjaa64 said...

hahahaha..sejibik ngan post dilah!!

Zaki Marsoha said...

dia curik aku punya.sekian.