LION KING

Dulu masa kecik kat rumah aku ada video tape cerita Lion King. Pengaruh Lion King masa zaman budak-budak dulu boleh dikatakan agak kuat.

Mana taknya, bila subjek Pendidikan Seni tajuk flora dan fauna, aku akan lukis gambar singa berlatarbelakang kan gunung, sawah dan scene matahari tengah terbit. Kat mana logiknya singa duduk kat sawah pun aku tak taw lah masa tu.

Cerita Lion King tu sedap sebab ada banyak binatang dalam cerita tu. Yelah, nama pun budak-budak. Takkkan nak teruja pasal projek mega era Mahathir pulak.

Dan yang paling menarik sebab scene dalam Lion King berlaku kat Afrika. Afrika bagi aku negara yang amat eksotik dengan scene savanna dan binatang-binatangnya. Tak hairan dah besar ni aku suka tengok National Geographic.




Aku ingat bila aku dah kaya nanti, aku nak pergi Afrika sambil main biola macam video kat atas. Tu pun kalau kaya lah. Lepas ni boleh lah aku berangan ada dalam scene National Geographic sambil tengok seladang kena kejar dengan singa. Dan harap-harap, aku boleh jumpa Simba dan menolong beliau mentadbir dunia haiwan.

p/s - Sampai sekarang aku benci watak singa jahat bulu hitam tu. Sape nama mamat tu ?

DELUSI

Semalam masa aku tidur, aku dengar suara orang bercakap-cakap kat bawah katil. Masa tu dalam pukul 3-4 pagi. Sebagai lelaki yang macho dan berani, aku buat rilek je. Aku syak tu bunyi radio budak bilik bawah. Tapi lama kelamaan, bunyi tu makin kuat.

Aku mengambil langkah berani untuk melihat ke bawah katil. Berdebar jugak rasanya. Gila mana taknya. Buatnya ada pocong tengah berborak bawah tu tak ke naya.

Dengan perlahan, aku meninjau kebawah. Apa aku nampak ? Aku nampak ada dua ekor kucing berkepala manusia tengah sedap berborak-borak. Mula-mula aku ingat tu adalah Pipiyapong, kucing kat rumah ni. Tapi rupa-rupanya bukan. Masa tu, perasaan takut aku dah bertukar jadi perasaan pelik.

Aku tarik dua ekor kucing berkepala manusia tu keluar.

Soalan pertama aku tanya, " Faham bahasa Melayu tak ? "

Kucing-kucing tu mengangguk. Pastu masing-masing perkenalkan diri. Sekor nama Sudino, sorang lagi nama  Suryadi.

" Siot, korang ni kucing jawa ke ? " aku tanya.

Tiba-tiba satu pukulan tepat hinggap kat kepala aku. Rupa-rupanya Sudino yang pukul dengan ekor beliau.

" Kau jangan nak buat lawak tengah pagi ni, kitorang datang bilik kau ada misi yang serius ni. Aku harap kau ambil berat benda ni " kata Sudino. Aku mengangguk sambil buat muka menyesal..

" Macam ni, kami datang dari planet Musytari. Kami merupakan pewaris kesultanan kerajaan Musytari. Masalahnya sekarang, rakyat negara kami dah memberontak. Mereka nak hapuskan sistem beraja dan buat kerajaan republik " jelas Suryadi dengan bersungguh-sungguh.

" Jadi sekarang kami nak mintak tolong kau. Kami dapat tahu kau anak Clark Kent, so dengan superpower kau, kami harap kau boleh tolong naikkan kerajaan kami balik " jelas Suryadi lagi.

Aku mencapai bantal peluk, dengan pantas aku melibas kedua-dua ekor makhluk tersebut.

" Kepala hotakmu. Kau dah kacau tidur aku tengah pagi buta, nak mintak tolong aku pulak. Sejak bilanya aku ni anak Clark Kent ? Pergi balik sana. Kau salah orang doh " aku berkata.

Setelah bersusah payah untuk bangun setelah libasan bantal tadi, kedua-dua ekor makhluk itu keluar dari bilik aku. Tanpa meminta maaf setelah menggangu tidur aku, mereka terus pergi begitu sahaja. Jilaka.

p/s - Kahkahkah. Aku sekarang tengah belajar pasal kesihatan jiwa sebenarnya ni. Aku rasa aku dah berjaya mengaplikasikan masalah kesihatan jiwa dalam penulisan aku.

SUGAR DADDY

Nadia adalah seorang wanita yang periang dan ceria. Beliau mempunyai ramai kawan dan mereka sering keluar bersama-sama. Namun semenjak dua menjak ini, Julia mula menjauhkan diri daripada kawan-kawannya apabila bertemu dengan seorang jejaka. Rakan-rakannya juga menyedari perubahan sikap Nadia ini.

Nadia melalui hari-hari yang indah bersama jejaka tersebut. Kemana sahaja Nadia ingin pergi, jejaka tersebut akan membawanya dan yang paling penting, Nadia tidak perlu untuk mengeluarkan sesen pun wangnya kerana beliau di taja penuh oleh jejaka tersebut. Hidup Nadia berbunga-bunga.

Pada suatu hari, ketika Nadia dalam perjalanan ke tempat kerja, jejaka itu beliau menelefon belia. Dalam telefon jejaka tersebut mengatakan yang beliau ingin berpindah ke luar negara. Nadia yang ketika itu memandu kereta Mercedes pemberian jejaka tersebut berasa sedikit terkejut. Dalam hatinya, beliau sudah mula membayangkan bagaimana kehidupannya bakal berlangsung tanpa jejaka tersebut.

Nadia sedih. Beliau tidak menyangka bahawa jejaka itu tidak ingin membawanya turut berpindah ke luar negara. Nadia mulai tenggelam dalam emosi. Fikirannya melayang sehingga tidak sedar lampu isyarat sudah menunjukkan lampu merah. Nadia tidak memberhentikan keretanya. Sedar tak sedar, Nadia dilanggar dari bahagian kanan oleh lori kontena 18 tayar.

Kini Nadia mula menyesal. Mujur kawan-kawannya yang beliau jauhi dulu tidak meninggalkan beliau. Rakan-rakanya sering datang ke rumah beliau untuk memberikan semangat hidup. Kesan daripada kemalangan tempohari, Nadia kini bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Dalam hati, Nadia menyesal, menyesal.

AGONG RONDONUWU

Hari ini Agong Malaysia atau Sultan Abdul Halim datang Jakarta. Dia nak jumpa Presiden Indonesia. Aku syak mereka nak satukan Malaysia dan Indonesia sebagai sebuah negara menjadi Melayu Raya. Sebelum datang Jakarta, Agong BBM aku.

" Woi Zack, aku nak datang Jakarta esok ni. Kau free tak ? Jom lepak Shangri-La Hotel " tanya Agong.

 Aku membalas, " Sori bro, aku tak biasa makan-makan tempat mahal ni. Aku mana suka pakai suit, makan kena kaver, ikut protokol-protokol ni semua ".

" Cilaka, kau ingat aku suka ke benda-benda protokol ni ? Tapi apa boleh buat bro, gua Agong, terpaksa lah ikut adat turun temurun ni " jawab Agong.

Dengan tenang, aku berfikir untuk menerima ajakan Agong ni untuk lepak. Tapi bila mengenangkan ramai kawan-kawan aku yang makan malam nya pecel lele, nasi goreng, jiwa brotherhood aku menusuk kedalam hati. Tak kan member-member makan murah, aku nak makan sedap-sedap kat hotel ?

" Bro, macam ni la, aku ada solidariti untuk tak nak ikut function mewah-mewah ni. Kau bukannya tak taw elaun budak-budak kat Jakarta ni cukup-cukup makan je, baik lu kasi bajet duit kat makan kat hotel tu kat budak-budak ni. Dengan itu, kau akan lebih disayangi bro " reply aku kepada Agong.

" Laaaaa, lu tetiba nak sedih ni apehal ? Jangan sampai aku hantar hulubalang istana untuk angkut kau ke Shangri-la ni. Ala bro, lu nak elaun naik, tu diluar bidang kuasa gua bro. Lu pergi mintak kat Najib sana. Hmmm so amacam ? Lu datang ke tak ni ? tanya Agong.

" Takpela bro, gua lepak rumah je. Lu have fun la kat Shangri-La sana. Nanti balik Malaysia kita lepak lagi. Sebelum balik Malaysia, lu jangan lupa try pecel lele bro. Sedap. " balas aku.

" Okay okay, takpe Zack. Ada rezeki kita jumpa lagi "

Perbualan aku dengan Agong tamat disitu. Disebabkan terlampau lapar, aku ke dapur memasak Maggi TomYam.

p/s - Rakyat kesempitan, sang ketua bermewah-mewahan. Cilaka.