HUJAN PETANG

Petang itu, hujan renyai-renyai di luar rumah. Jamal duduk keseorangan di rumah. Setelah pulang dari kelas tengahari tadi, Jamal lebih senang bergolek-golek di atas katil kesayangan yang cadarnya sudah 3 bulan tak bertukar-tukar. Akibat kebosanan, Jamal memulakan BBM dengan gadis pujaannya, Anna.

" Hoi Anna gemok, buat apa tu ? " taip Jamal.

Begitulah cara Jamal. Walaupun dengan gadis pujaan sendiri, beliau tidak pernah berlembut. Baginya, lemah lembut hanyalah fiksyen didalam filem Ombak Rindu dan penuh dengan kepura-puraan. Setelah menunggu lebih kurang 5 minit, Blackberry Jamal berbunyi. Anna membalas BBM nya.

" Amboi, sedap cakap orang gemok. Tak sedar diri kee ? ", Anna membalas dengan comel.

Perbualan petang itu berlangsung lebih kurang 30 minit. Jamal berbunga-bunga keriangan. Walaupun ketika berhadapan, kedua-dua mereka diam seribu bahasa, di dalam BBM perbualan mereka sangat rancak. Dari persoalan serius seperti isu antarabangsa sehingga isu telur penyu, semua diluahkan dalam BBM.

Di akhir perbualan, Jamal tersentak apabila Anna secara tiba-tiba meluahkan perasaan kepada Jamal.

" Saya suka awak " pendek namun cukup bermakna buat Jamal.

Entah semangat angin monsun dari mana yang menyerap kedalam jiwa Anna, Jamal kurang pasti. Jamal berfikir lama. Beliau harus menyusun ayat sehabis baik supaya tetap nampak cool. Status beliau sebagai jejaka paling cool ketika jamuan makan malam kelas Tingakatan 4 Epsilon tahun lepas harus dikekalkan.

" Anna, sebenarnya saya sudah lama menimpan perasaan kat awak jugak. Tapi saya pendam kerana awak terlalu baik buat saya. Awak rajin pergi majlis ilmu, tapi saya suka tidur. " taip Jamal. Kemudian Jamal menekan butang " Send "

Setelah menunggu lebih kurang 10 minit, Blackberry Jamal berbunyi. Beliau berdebar-debar. Beliau membuka inbox nya.

" Jamal, maaf tadi adik lelaki saya main phone saya. Saya pergi kedai tadi, tak bawak phone. Phone awak, adik awak main jugak ke ni ?  "

Jamal terkesima. Didalam kepala beliau sudah berkira-kira untuk tidak mahu hadir ke sekolah besok.

JAMAL

Pagi itu, Jamal asyik termenung bersendirian di sekolah. Pelawaan kawan sebaya untuk hisap rokok kat toilet tidak dihiraukan beliau. Senyuman Anna, gadis pujaan beliau sewaktu beratur membeli kerepek ubi pedas di koperasi pagi tadi juga tak dapat mententeramkan hati Jamal. Fikirannya runsing sejak peristiwa malam tadi.

Malam tadi, sebelum masuk tidur, Jamal  sibuk melayan chat awek-awek di Facebook. Jamal sememangnya dikenali sebagai seorang yang kacak dan mempunyai ramai peminat. Di biliknya sahaja terdapat 7 buah teddy bear pemberian gadis-gadis pemuja rahsia Jamal. Leha, tiga hari lepas histeria selepas melihat Jamal senyum kepada beliau. Begitu hebat penangan Jamal.

Setelah mengapprove friend request dari 2-3 orang gadis yang dirasakan cun oleh Jamal, Jamal mengambil keputusan untuk tidur. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Jamal bersiap-siap untuk tidur. Setelah membasuh muka, dan gosok gigi, Jamal terjun keatas katil kesayangan beliau. tapi tak sampai 10 minit Jamal terlelap, beliau mendengar emaknya menjerit memanggil namanya di tingkat bawah rumahnya.

Jamal bergegas keluar dari bilik, tapi belum sempat beliau turun, terdengar pula suara emaknya dari dalam bilik di sebelah bilik Jamal. Emaknya memberitahu, " Jangan turun, mak dengar jugak suara kat bawah tu "

Persoalannya sekarang, yang mana satu mak Jamal yang betul ? Kat bawah atau di dalam bilik tu ?