AKU DAN KENANGAN

Aku dulu pemain bola sepak yang profesional. Aku lahir dari Akademi Bola Sepak Barcelona. Training bersama-sama Fabregas, Pique dan ramai lagi. 

Namun begitu, keadaan bola sepak di Malaysia yang tak menjanjikan peluang untuk menjadi kaya, aku memilih untuk berhenti dan menumpukan pada pelajaran sahaja. 

Akibatnya, aku kini sudah tidak power bermain bola sepak. Sering dibuli oleh anak-anak jiran yang umurnya berkisar 7-8 tahun. Aku pasrah. Yang tinggal kini hanyalah kenangan.





Setiap hari hanya gambar-gambar kenangan ini yang menjadi pengubat kepada zaman kegemilangan aku. Rakan-rakan seperjuangan semasa di akademi Barcelona dahulu semuanya sudah menjadi pemain profesional sekarang. Namun sebagai sahabat, aku gembira melihat pencapaian mereka.

Oleh kerana sekarang aku dah tak power main bola, aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh supaya nanti aku boleh memohon sijil kejurulatihan bola sepak dan menjadi jurulatih pasukan Harimau Malaya dan seterusnya membawa Malaysia ke Piala Dunia mengalahkan Sepanyol, German dan Brazil. Malaysia pasti bisa.


p/s - Agak gedik disitu bila blog penuh dengan gambar. Comel gittew.

KAU DAN AKU

Kejap lagi bakal berlangsung perlawanan bolasepak Malaysia vs Indonesia dalam sukan SEA. Dua negara berjiran yang serumpun. Banyak persamaan dari pelbagai aspek. Namun seperti juga kita dan jiran sebelah rumah, bukan selalunya baik. Ada kala terlepas cakap dan berkecil hati antara satu sama lain. Begitulah juga halnya dengan Malaysia dan Indonesia.

Perlawanan ini mempunyai nilainya yang tersendiri. Cukup berbeza perlawanan Malaysia melawan Thailand atau Singapura jika hendak dibandingkan dengan perlawanan ini. Indonesia dan Malaysia mempunyai hubungan yang tenang di permukaan namun di dasarnya mempunyai pelbagai perkara yang boleh menimbulkan persengketaan. Ah persetankan itu semua. Tunggu aku jadi perdana menteri untuk mengulas satu persatu hal-hal berbangkit antara Malaysia dan Indonesia.

Secara ringkasnya, rakyat-rakyat marhaen di Indonesia ramai yang tak berpuas hati dengan Malaysia. Ini semua adalah hasil dari media yang telah berjaya memainkan isu-isu yang sering memburukkan nama Malaysia di mata mereka. Jadi perlawanan bola sepak ini antara hal yang boleh menjadi medan untuk mereka melepaskan segala ketidakpuasan hati. Itupun jika Indonesia dapat mengalahkan Malaysia.

Namun begitu, apalah guna jika kita yang serumpun ini bergaduh kerana hal-hal yang kecil. Jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Marilah kita bersaing secara sihat. Untuk dihormati anda perlu menghormati. Semoga pasukan yang lebih bagus akan menang.

p/s -  Struktur dan penggunaan ayat yang skema menunjukkan keseriusan dalam penulisan ini.

KAMBING BAWAH TEMPURUNG

Hidup kat negara orang memerlukan kita hidup bermasyarakat. Bercampur dengan seramai mungkin yang boleh. Tak perlukan satu badan yang formal untuk hidup bermasyarakat. Mungkin betul satu badan atau kelab salah satu cara untuk bermasyarakat. Tapi seberapa kerap sangatlah ahli-ahli kelab ini bertemu kalau nak dibandingkan dengan mereka yang bermasyarakat secara tak formal.

Apalah gunanya jika kau berjawatan tinggi dalam kelab jika tak pandai bercampur. Lebih selesa hidup dalam kelompok sendiri. Bercampur dengan orang ramai tak perlukan satu medium yang eksklusif. Hidup jangan jadi macam kambing. Lebih selesa hidup dalam kawanan sendiri. Spesis sendiri. Bila terpisah dari kawanan, diam membisu.

Bila kawan ramai keliling kita cakap besar tunjuk belang. Tapi bila sorang-sorang pengecut pemalu macam semua orang. Hidup ni jangan jadi hipokrit. Buat apa yang kita suka. Kalau buat satu benda kerana terpaksa dan untuk menjaga hati orang lain, apalah gunanya. Hidup kena cool. Tak boleh cepat melatah. Biarlah orang memalukan kau sekalipun, stay cool bro. Kawan kau ramai.

p/s - Daripada aku pergi meeting, baik aku pergi swimming. Boleh usha awek mandi.