MATAHARIKU

Bagi orang-orang yang dilahirkan di Eropah seperti aku ini, cuaca di Jakarta amatlah panas sekali. Matahari di Jakarta seperti ada dua buah kerana panasnya yang amat menyengat sekali. Oleh kerana itu aku mengambil keputusan untuk duduk dirumah sahaja kerana aku telah diajar sejak sekolah rendah bahawa sinaran UV daripada matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Ditambah pula dengan genetik orang Eropah di dalam diri, kekurangan melanin pada kulit menyebabkan sinaran matahari amatlah berbahaya.

Selimut untuk tidur malam amatlah tidak diperlukan disini. Kipas perlu dibuka 24 jam. Bukan tak mempunyai niat untuk memasang pendingin hawa, tapi bagi lelaki metroseksual seperti aku ini haruslah menjaga kulit dengan sebaik-baiknya. Awal Ashaari pernah memberi nasihat bahawa pendingin hawa bisa menyebabkan kulit menjadi kering dan bersisik seperti ular bersalin kulit. Justeru memadailah hanya sekadar menggunakan kipas murah yang dibeli di Carrefour.

Namun begitu, walaupun berbekalkan kipas murah, tatkala berjalan-jalan di kota Jakarta, ternyata aku lebih bernasib baik daripada mereka-mereka yang meminta di tepi-tepi jalan untuk meneruskan kehidupan sehari-harian. Tidak mempedulikan langsung dengan sinaran matahari yang menyengat tubuh kerana apa yang penting, mereka harus terus mencari rezeki untuk meneruskan hidup walaupun dengan cara meminta-minta.

Mungkin aku perlu lebih bersyukur selepas ini. Walaupun panas, sekurang-kurangnya aku masih ada kipas untuk menyejukkan badan. Jakarta oh Jakarta.

p/s - Barang-barang Made in China memang terbaik. Laptop pun boleh jadi home theater. HAHA.

IKAN NURI

Dulu masa sekolah rendah, semua benda seronok. Time belajar pun seronok. Masa tu, tak perlu nak stadi untuk peperiksaan akhir tahun tapi still result membanggakan. Tap sekarang, kalau tak stadi untuk exam, memang kelaut lah nampaknya.

Apa beza dulu dan sekarang? Mungkin dulu masa kecik masih belum mumayiz, suci daripada dosa jadi sekali cikgu cakap terus ingat. Kalau sekarang jangan cakap lah, lecturer cakap baru 5 minit tadi pun boleh lupa. Haih hati gelap sangat ni. Sebab tu senang lupa. Dulu masa sekolah rendah balik rumah terus merayau main-main dengan kawan-kawan. Tak payah nak revise-revise.

Tapi normal lah macam tu. Belajar makin lama makin susah. Dulu masa kecik tak sabar-sabar nak jadi besar, sekarang bila dah besar mula lah berangan nak pergi zaman budak-budak balik. Apa-apa pun, jadilah seperti bola bowling yang sentiasa bergerak kedepan untuk sampai kepada target. Bukan ke belakang ye adik-adik. HAHA.

p/s - Ikan nuri adalah spesis ikan yang baru agaknya.

MAKAP LEBIH

Hidup kat negara yang semua orang gilakan duit amatlah mencabar. Semua benda dilakukan kerana duit, semua benda hendak dijual. Korupsi ada di mana- mana. Kesempitan hidup memaksa mereka ini berkelakuan demikian. Memang tiada yang percuma dalam dunia zaman sekarang tapi apabila benda yang seharusnya percuma juga harus dibayar, ianya amatlah menjengkelkan. Tiada langsung konsep ikhlas di dalam diri. Siapa yang harus dipersalahkan?

p/s - Propaganda apa pula selepas ni?