PROPAGANDA

Gua syak Najib upah budak2 kelab ni untuk tarik gua memandangkan idea-idea bernas yang gua telah utarakan. Tapi kenapa Kelab Umno New York - New Jersey ? Gua rasa ini propaganda Freemason dan Illuminati !


p/s - Gua rasa yang send friend request ni mesti dari kalangan mat-mat Korea. Daebakk.

GOLDEN YEARS

Aku belajar kat kelas yang waktu paling sesuai untuk belajar adalah masa budak-budak. Sebab masa ni otak tengah berkembang. Tak hairan lah kalau selalu aku nampak orang-orang kaya selalau hantar anak-anak mereka belajar main muzik,belajar bahasa lain dan belajar pelbagai benda yang boleh meningkatkan nilai diri masa zaman budak-budak.

Makin dewasa,proses belajar tu makin susah. Bila makin susah,makin susah jugak benda yang baru tu nak masuk dalam kepala. Dari sini, aku hairan kenapa kat Malaysia sekolah perlu lama-lama. Sampai usia 18 tahun untuk habis tingkatan lima. Habis sekolah masuk pulak matrik,asasi dan sewaktu dengannya. Jadi umur saat masuk univeriti untuk buat degree kebanyakannya dah 20 ke atas.

Di Indonesia, kebanyakan budak-budak dah boleh mula buat degree masa umur 18 tahun. Kalau yang amek medic dalam umur 23 tahun dah habis. Kalau nak menggunakan alasan umur belasan tahun belum matang untuk buat perubatan, aku perhatikan ramai dari kalangan mereka ini yang gempak result exam mereka. Jauh mengatasi student-student Malaysia.

Jadi dari hasil pemerhatian dan apa yang aku belajar dalam kelas, makin muda umur makin mudah untuk belajar. otak tengah berkembang. Jadi aku ingin menimbulkan persoalan kenapa sistem pendidikan di Malaysia perlukan masa yang lama hanya untuk habiskan zaman sekolah. Lebih baik proses belajar di universiti dimulakan di usia awal. Menjimatkan masa dan juga minat untuk belajar. Dan yang lebih penting, kerja awal, kahwin awal.

Aku juga belajar bahawa semakin usia meningkat, tahap kesuburan makin menurun. Jadi untuk mengelakkan masalah-masalah seperti susah untuk mendapat zuriat, anak lahir dengan masalah mental, eloklah jika sistem pendidikan di Malaysia diubah. Ramai wanita-wanita yang kahwin lewat sekarang semata mengejar segulung ijazah. Begitu juga dengan lelaki. Bukannya apa,makin muda, makin produktif orang kata. Dapat anak ramai, rezeki murah, rumah pun meriah.

Amacam, tinggi tak visi dan misi gua ? Oh ya, Menteri Pelajaran sila jawab persoalan gua ni.

p/s - Semangat yang hilang.

PUITIS

Gua dah lama cari maksud lagu ni. Bahasa Melayu yang Malique guna agak tinggi. Ada sesiapa yang ada bakat seperti M Nasir yang boleh explain kat gua maksud lagu ni ? Apa-apa pun lagu ni memang power. Jamal Abdilah tu beb. Legend ! Abaikan Zizan dalam video kat bawah.




Malique ni dah lama gua perhati. Dari lagu Mantera Beradu dengan M Nasir lirik yang dia guna sangat power, mendalam, tersirat dan tak tercapai dek akal fikiran. Ini baru lagu yang power. Bukan seperti Najwa Latif. Otak kata jangan hati pula kata ya kepala bana dia !

p/s - Kalau terpelajar sila guna hak miranda.

RUMAH DI TEPI SAWAH

Aku ada satu impian. Dah tua nanti aku nak duduk kat sebuah rumah yang ditepi sawah. Ala-ala cerita Nur Kasih. Bagi pencinta alam semulajadi seperti aku ni, aku merasakan bahawa sebuah rumah ditengah dan dikelilingi sawah padi sangat awesome. Ditemani bunyi burung-burung yang cuba untuk memakan padi tanaman aku. Dan tidak dilupakan juga orang-orang yang mirip Justin Bieber yang sangat sinonim bagi sebuah sawah padi.

Kalau boleh, aku tak perlu menunggu masa tua untuk memiliki rumah sebegitu. Mungkin lebih baik jika aku memiliki rumah dengan suasana sebegitu seawal usia 30-an. Ini adalah supaya dapat aku tiru babak-babak dalam cerita Nur Kasih diantara Adam dan Nur. Babak di tepi sawah ketika hari hampir senja dan berbicara tentang hala tuju hidup. Dan diakhiri dengan Nur memeluk Adam. Pehhh. Sangat romantik susana itu.


Adam itu aku. Nur itu Neelofa. Bayangkan. Perhhh.

Aku dan isteri menjenguk hasil tanaman padi bulan ini.

Kebanyakan rumah sekarang dijual dengan gaya satu kawasan perumahan yang mempunyai rumah-rumah yang kesemuanya serupa. Ini sangatlah tidak menarik dan tidak mempunyai kelainan. Selain itu, rumah-rumah sebegini menyebabkan aku tidak dapat melakukan babak seperti Adam dan Nur di tepi sawah. Pemaju perumahan patut memikirkan konsep sebegini. Sebuah rumah di kawasan kampung di tepi sawah dan berlatarbelakangkan gunung-ganang. Sangat awesome.

Ini sangat awewome kau taw ?

Rumah sebegini juga aku rasa sangat sesuai dan meriah terutamanya di hari raya. Aku sebagai seorang atuk akan mengajak cucu-cucu aku untuk menangkap burung wak-wak di tengah sawah sambil membawa pancing yang diperbuat daripada kayu untuk memancing ikan puyu dan haruan untuk dibuat juadah sempena berbuka puasa. Kawasan rumah sebegini juga sesuai untuk aku dan cucu bermain meriam buluh kerana jarak antara rumah aku dan jiran yang tidak terlalu dekat.

Semoga aku berhasil mendapat suasana yang sebegini. Disaat itu, aku akan panggil pengarah filem Nur Kasih dan membayar beliau untuk menghasilkan filem Nur Kasih Reborn. Aku sebagai hero dan Neelofa sebagai heroin. Dan aku sangat yakin, filem ini akan berjaya mendapat keuntungan mengalahkan Ombak Rindu.  Dan dalam tahun yang sama, aku akan berjaya mengalahkan Aaron Aziz dalam kategori pelakon lelaki paling popular Anugerah Bintang Popular. Percayalah.

p/s - Kalau harga beras naik, boleh beli beras dengan aku. Ada diskaun.

SALJU DI DANAU RINDU

Jakarta sekarang sedang mengalami winter. Salji turun tanpa mengira waktu. Keadaan sejuk sebegini membuatkan sesiapa sahaja di Jakarta lebih sedap untuk berhibernasi di atas katil diselubungi selimut tebal tanpa melakukan apa-apa. Hanya berbaring dan tidur sepuas-puasnya. Keadaan yang jarang dapat dinikmati ketika Jakarta di musim panas.

Keadaan bersalji di Jakarta yang tidak dapat dinikmati di Malaysia membuatkan aku telah mengupload beberapa gambar keadaan Jakarta yang bersalji khas untuk keluarga dan teman-teman di laman sesawang Facebook. Yelah, keluarga dan rakan taulan yang tidak berpeluang untuk melihat salji mungkin akan terubat sedikit kekecewaan mereka bila aku memuat naik gambar-gambar salji di Jakarta ni.

Tidak lupa juga, aku telah membuat orang salji khas untuk diambil gambar dan kemudiannya di upload di Facebook. Mana mungkin orang-orang di Malaysia dapat membuat orang salji. Orang-orang di sawah padi mungkin lebih logik. Aku berharap keluarga dan rakan-rakan aku di negara yang tidak bersalji gembira melihat gambar-gambar salji yang telah aku upload. Salam sayang dari Jakarta.

p/s - Malas level 99.

KUTU

Ada benda kat dunia ni yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ye dok ?


p/s - Aku ingin pulang !

WAJAH KITA

Malaysia merupakan tempat dimana filem-filem yang tak berkualiti dan sampah diangkat menjadi filem yang banyak mendapat kutipan di pawagam. Ombak Rindu adalah frasa yang paling geli pernah aku dengar bagi sebuah filem. Ramai mengatakan filem ini bagus dan lain daripada yang lain. Namun setelah aku tonton, ternyata ianya hanyalah sampah semata-mata.

Tidak hairanlah remaja-remaja Melayu sekarang ramai yang layan cinta sana-sini akibat daripada lambakan filem-filem sampah dan tipikal dari Malaysia. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang tiada ilmu tentang filem, aku masih merasakan filem-filem di Malaysia tiada yang benar-benar berkualiti. Tiada filem yang membuatkan aku ingin tonton banyak kali.

Apakah nilai pengajaran dan moral yang dapat diperoleh dari filem-filem di Malaysia ? Tiada. Seperti tiadanya nilai-nilai pengajaran dalam drama-drama korea kegilaan anak muda sekarang. Aku berharap ahli-ahli politik memberikan perhatian kepada aspek perfileman di negara ini. Oh aku silap. Tiada apa yang boleh diharap dari ahli politik.

Justeru aku cuma berharap agar ada pengarah-pengarah yang berfikiran jauh yang membikin filem-filem hebat di Malaysia. Bukan filem-filem dan drama-drama tipikal yang boleh dijangka kesudahannya. Dan bukan juga filem-filem sampah yang hanya memenuhkan poket-poket pengarah yang hanya memikirkan keuntungan. Kami rakyat Malaysia menginginkan filem yang berkualiti.

p/s - Ombak Rindu kepala bana dia !