RIOT

Aku bukanlah hebat sangat bab-bab politik ni tapi aku bukanlah seperti katak lepak bawah tempurung sampai tak ambil tahu perkembangan dunia. Sekarang heboh kat Mesir pasal pemberontakan rakyat sebab tak puas hati dengan kepimpinan presiden mereka sendiri. Mana tak puas hati kalau dah 30 tahun memerintah, ramai rakyat masih miskin. Bagi aku tak kisah kau nak pegang kuasa berapa lama asalkan tangungjawab kau jalankan. Kalau rasa tak mampu, berundur dan bagi peluang kat orang lain sebelum kau ditendang dengan cara hina. 

Tun Dr Mahathir jadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun. Itu juga satu tempoh yang lama. Tapi tak pernah jadi pemberontakan yang hebat macam kat Mesir sebab kita boleh nampak sendiri sumbangan beliau. KLCC, KLIA, Menara KL, dan menangani krisis kewangan 1997 adalah antara contoh. Dan Mahathir bukanlah gila kuasa. Beliau menyerahkan kepimpinan masa Malaysia dalam keadaan yang amat stabil. Aku rasa kalau Mahathir tak ada, mungkin nasib Malaysia sama sahaja seperti Indonesia pada hari ini. Kita beruntung sebab dapat doktor sebagai seorang perdana menteri sebab doktor menyelesaikan masalah dengan sistematik. Ada diagnosis, prognosis dan curative.

Empayar Rom dan Turki Uthmaniah yang hebat pun boleh jatuh inikan pula kerajaan pada masa moden sekarang. Rakyat zaman sekarang lebih bijak dan bukannya senang ditipu. Tak kan nak duduk diam kalau orang-orang atas berlaku curang kan? Rakyat mempunyai hak untuk mendapat pemerintah yang adil. Bagi pemerintah-pemerintah pula, jalankanlah tanggungjawab anda. Jangan banyak cakap. Buat kerja dan automatik orang akan suka. Tak payah susah-susah yakinkan orang ramai yang kau dah lakukan itu dan ini kat suratkhabar. Orang zaman sekarang nampak saja senyap. Tapi senyap tak bermakna tak boleh melihat. Selepas Iran, Tunisia, Mesir, giliran siapa pula seterusnya?

p/s - Android biru putih sedap disentuh skrinnya. Jangan berlagak boleh tak?

UNDERDOG


Kita selalu mendengar perkataan 'underdog' di dalam sukan-sukan seperti bola sepak dan badminton. Andaikan jika di dalam satu pertandingan final bola sepak tu melibatkan pasukan Negeri Sembilan dan Barcelona, salah satu pasukan sudah tentu akan menjadi pasukan berstatus underdog. Dan sudah tentu yang akan menjadi pasukan underdog adalah pasukan yang tak mempunyai star player. Apalah sangat Negeri Sembilan yang hanya mempunyai pemain kembar yang jambu jika hendak dibandingkan dengan Barcelona yang mempunyai Messi. Namun siapa sangka perlawanan final ini akhirnya dimenangi oleh Negeri Sembilan. Hasbullah Awang selalu cakap yang bola itu bulat dan apa-apa sahaja bisa boleh terjadi.

Istilah underdog bukan sahaja digunapakai dalam sukan sahaja. Kalau kita sedar dalam kehidupan sehari-hari kita, kita mengaplikasi kan istilah ini. Sebagai contoh kalau di satu sekolah, di dalam kelas 3 Comel, yang selalu dapat nombor 1 dalam tiap kali exam adalah Upin. Jadi classmate Upin yang dapat nombor 13, 26 atau 35 automatik akan menjadi underdog di mata guru kelas 3 Comel. Yelah kalau dah tiap kali exam asyik Upin yang score, dah tentulah cikgu kelas akan expect yang Upin akan sentiasa di atas. Apalah sangat mereka-mereka yang mendapat nombor dua digit itu. Tapi langit tidak selalunya cerah. Orang cakap hidup kita ni umpama roda sekejap diatas dan sekejap dibawah. Mana tahu satu hari classmate Upin yang bernombor 13, 26 dan 35 ini berazam untuk berubah dan ingin menggulingkan Upin dari takhta 3 Comel. Lalu semasa keputusan UPSR dikeluarkan, yang mendapat 5A adalah mereka yang underdog ini dan Upin yang dulunya sering naik ke pentas untuk menerima anugerah hanya mendapat 3A. Time tu barulah cikgu kelas 3 Comel menyesal dan mula menghormati anak-anak muridnya yang dulu sering mendapat nombor 2 digit.

Apa yang aku cuba sampaikan kat sini adalah walaupun kita berstatus underdog dalam hidup, tidak semestinya kita tidak boleh berjaya. In fact orang yang berstatus underdog lebih mempunyai potensi untuk berjaya kalau hendak dibandingkan dengan mereka yang sudah terbiasa dengan kejayaan dan pujian. Status underdog membuatkan kau lebih tenang dan relax. Takde tekanan. Sebab tu Negeri Sembilan boleh menang melawan Barcelona. Orang tak meletakkan harapan yang tinggi kat Negeri Sembilan untuk menang dan oleh kerana itu, tiada tekanan pada mereka. Dalam masa yang sama, Barcelona yang diharap oleh orang ramai untuk menang akan mempunyai tekanan yang tinggi untuk memenuhi expectation orang ramai. Bila dah tertekan, semua benda yang dibuat akan jadi serabai. 

Berstatus underdog juga membuatkan kau mempunyai semacam satu semangat dalam diri untuk membuktikan yang walaupun kau ni bukan pilihan, kau juga boleh buat macam mereka yang bukan underdog. Biasanya mereka-mereka yang underdog ini lebih humble dan zuhud sifatnya. Kalau di sekolah, orang-orang seperti ini terdiri daripada murid-murid yang kurang popular di mata cikgu dan kalau nak jadi jambu cikgu tu lagilah bagai langit dengan bumi. Berbeza dengan Barcelona dan Upin. Orang-orang seperti ini biasanya mempunyai keyakinan diri yang terlampau dan memandang rendah terhadap orang lain. Yelah bila dah rasa diri tu hebat, orang lain mestilah akan dipandang sebelah mata je. Orang-orang seperti ini di sekolah biasanya merupakan jambu cikgu atau kata lainnya murid kesayangan cikgu. Golongan-golongan ini juga biasanya agak sombong dan tak nak berkawan dengan mereka-mereka yang di mata cikgu hanyalah underdog.  Yelah, apa barang kawan dengan budak nombor 35 dalam kelas. Jatuhlah saham ye tak.

Underdog atau tak bagi aku itu tidak penting. Biarlah orang nak pandang kau sebelah mata dan menganggap kau ni hanyalah loser. Tak apa. Kau lebih mengetahui diri kau. Biarlah mereka yang merasakan diri mereka hebat dengan ego mereka sendiri. Tak bagi apa-apa kesan kat kau pun. Apalah sangat dengan pujian dan gelaran. Orang nombor 1 tak semestinya lebih hebat daripada orang nombor 2. Lee Chong Wei yang merupakan pemain badminton nombor 1 dunia pun boleh terkulai dengan senang apabila menghadapi Lin Dan. Sebab apa? Sebab Lin Dan bermain tanpa tekanan. Lee Chong Wei pula mempunyai tekanan beribu-ribu Pascal. Bila dah tertekan, akan banyak buat silap dan akhirnya kecundang. Jadi aku rasa aku akan memilih untuk terus meng underdog selepas ini. Tidak mengapa. Biarlah mereka dengan ego mereka sendiri. Saya underdog, saya ok.

p/s - Boleh tak kalau kau jangan tukar-tukar? Kau bukanlah berstatus tadika lagi. Tension dowh.

KOO RE AA

Dulu masa aku sekolah rendah, cerita Winter Sonata sangat popular kat TV3. Sampaikan makcik jual goreng pisang petang-petang pun tutup kedai awal semata-mata nak tengok cerita ni. Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu Winter Sonata, ianya adalah sebuah drama dari Korea yang boleh membuatkan kau menangis kesedihan. Zaman dulu drama Korea takdelah sepopular sekarang. Yang popular dulu pun hanyalah sehelai dua dan yang aku tahu dulu pun Winter Sonata dengan Autumn In My Heart. Tapi semakin usia aku menginjak ke usia dewasa, fenomena drama Korea ni makin menjadi-jadi pula. Aku bukanlah peminat drama Korea tegar seperti kebanyakan kawan perempuan aku. Sebahagian kawan perempuan aku amatlah fanatik keKoreaannya mengalahkan Park Ji Sung. Kalau ditanya kepada mereka-mereka ni warna seluar dalam apa yang dipakai oleh mamat jambu Korea 1 pada hari ini pun mungkin mereka dapat menjawab dengan betul. 

Cerita Korea pertama yang aku tengok sampai habis bertajuk Boys Over Flowers. Ok lagi sekali diingatkan yang aku bukan peminat drama Korea tegar. Cerita ni aku tengok secara tidak sengaja. Aku ingat lagi masa tu aku tengah tengok Buletin Utama kat TV3 dan kebetulan masa tu iklan. Jadi aku pun ambil remote dan terus usha-usha channel lain. Dan bagai sudah ditakdirkan, aku tertukar ke channel yang menyiarkan cerita Boys Over Flowers dan faktor yang menyebabkan aku terpaku kat cerita ni adalah kerana pelakon utamanya iaitu Lee Min Ho. Aku bukanlah seorang gay tapi aku ni jenis yang suka tengok lelaki yang berpakaian smart dan berwajah kacak. Itu normal lah. Aku pun try lah tengok seminit dua tapi memandangkan jalan ceritanya yang agak menarik, aku pun terjerat dalam fenomena Korea ini. Sebulan dua selepas itu aku dipengaruhi oleh kawan aku yang bernama Toyang ( bukan nama sebenar )  iaitu Duta Besar K-Pop di Malaysia untuk menonton cerita Personal Taste yang juga dilakonkan oleh Lee Min Ho. Dan aku terpaksa akur dengan hasutan Toyang apabila beliau menggunakan nama Lee Min Ho untuk mengumpan aku. Tanpa disedari aku pun menghabiskan drama 16 episod ini dengan jayanya. Hanya dua drama tersebutlah yang aku tengok sampai habis itupun kerana pelakon utamanya Lee Min Ho. Selepas itu aku berazam untuk tidak lagi terpedaya dengan hasutan-hasutan jahat yang menyuruh aku menonton drama Korea dan ternyata aku berjaya. Alhamdulillah.

Fenomena Korea bukan sahaja melanda dalam bentuk drama tetapi juga dalam bentuk nyanyian. Sebut saja Wondergirl, SNSD, Super Junior ( sekadar beberapa nama ) , peminat-peminat tegar K-Pop boleh menghafal lagu-lagu daripada kumpulan ini tanpa sebarang masalah walaupun tidak pernah menerima pendidikan Bahasa Korea secara formal. Bagi aku kalau nak dibandingkan penyanyi-penyanyi Korea ni dengan artis Malaysia tak adalah banyak sangat perbezaannya. Tomok nyanyi lagi sedap. Tapi disebabkan orang Korea mempunyai wajah yang jambu bagi lelaki dan comel bagi perempuan, maka mereka ini terus popular. Biasalah tu perempuan. Tengok bolasepak pun tengok player yang handsome je. Ronaldinho yang hebat daripada Beckham pun bukanlah sesiapa di mata perempuan hanya kerana beliau tidak sekacak Beckham. Berbalik kepada wajah orang Korea tadi, memang diakui yang muka dorang ni jambu-jambu belaka. Tapi biasalah tu artis. Bukan semua orang Korea berwajah jambu dan contoh terdekat yang kita ada ialah Park Ji Sung. Cuba kalau artis-artis ni berwajah seperti beliau, akan popular kah mereka? Komfem tak. Aku berani jamin. 

Semakin hari fenomena Korea semakin berkembang dengan pesatnya. Mungkin Dr Mahathir sekarang gembira melihat perkembangan ini apabila ' Dasar Pandang Ke Timur ' nya sudah berjaya. Kalau dulu kita berkiblatkan artis-artis daripada barat, sekarang kita mempunyai pilihan untuk memilih artis Korea yang lebih comel. Mungkin selepas ini Adibah Nor atau Ramlah Ram harus belajar menari seperti Wondergirl untuk menjadi lebih popular. Atau mungkin sahaja S.Jibeng menari seperti Super Junior untuk membolehkan beliau lebih dikenali di seantero dunia. Mungkin selepas ini pelajaran Bahasa Korea harus dijadikan matapelajaran wajib dalam SPM supaya kita lebih mempunyai pilihan untuk menonton drama Korea berbanding menonton drama di RTM. Dan mungkin sahaja lelaki-lelaki Melayu sekarang harus mula pergi ke salon untuk membuat rambut seperti artis-artis Korea supaya selepas ini lebih mudah untuk mengusha awek-awek yang berkiblatkan artis Korea. Tapi bagi aku yang bukan peminat tegar Korea, aku lebih rela mendengar Amy Search menyanyikan lagu Isabella daripada mendengar Super Junior menyanyikan Sorry Sorry. 

p/s - Kau sibuk cakap yang kau hebat. Apa kata kau senyap saja dan buat kerja kau. Barulah orang lain respek. Faham ?

MINORITY REPORT


Di Malaysia kita hidup dalam zon yang selesa. Jiran-jiran kau semua Melayu kalau kau orang Melayu. Mungkin ada dua tiga orang Cina dan India tapi majoritinya tetap Melayu. Bila kau duduk dalam komuniti yang dipenuhi oleh manusia yang sebangsa dengan kau, kau tak akan ada apa-apa masalah. Masalah kau mungkin jiran sebelah rumah yang berkaraoke sampai pagi sampai kau nak tido pun tak boleh. Tapi cuba bayangkan satu hari anak kau melanggar anak jiran kau yang merupakan seorang Cina. Lepas tu isu ni menjadi kecoh sekampung. Walaupun orang kampung tahu yang bersalah adalah anak kau yang merupakan Melayu, dorang still akan back up korang dan menyalahkan anak Cina tadi. Itu lumrah. Bila kita hidup dalam majoriti dan sebahagian daripada majoriti tersebut, besar mana pun kesalahan kau, lama-lama ianya akan senyap begitu sahaja. 

Tapi yang kesiannya bila kau menjadi kelompok minoriti. Kadang-kadang kau tak buat salah pun kau tetap bersalah. Normal lah tu. Salah kecik pun macam kau dah buat kesalahan besar. Sebab tu ramai budak melayu merempit tak ada orang nak marah dengan serius pun. Yelah, kau kan majoriti, siapa berani bersuara. Tapi cuba Ah Chong merempit dengan Samyvellu malam tadi, esok komfem keluar kat Utusan ngan Harakah cerita pasal dorang. Biasalah tu racist sikit-sikit ye tak.

Hidup kat Indon ni macam tu lah. Kalau kau kat Malaysia adalah majoriti,  kat sini jangan haraplah. Kadang-kadang kau nak pergi beli makanan pun kena provok. Tengah jalan-jalan pun boleh kena tumbuk macam member aku kena. Tapi apakan daya, hidup kat bumi orang kena bawa otak. Nak melawan komfem kau kalah. Nak report polis pun kena hulur duit kopi dulu baru boleh buat report. Yang bersalah mungkin majikan Nirmala Bonat tapi tak pasal-pasal kau yang kena. Apakan daya, sabar je lah. Kalau kau rasa kau cukup samseng di Malaysia, cubalah hidup kat Indon ni sebulan dua. Baru kau tahu langit tu tinggi rendah. Tapi tak apa. Kalau kau boleh survive kat sini, balik Malaysia nanti memang kau boleh jadi ayahanda Pekida seMalaysia lah. Apa ada hal, orang Malaysia semua manja-manja.

p/s - Kau buat jadual tapi kau sendiri tak boleh ikut. Kau memang cemerlang. Terhebat di dunia. Tahniah.

KUMBANG

Maksu aku cakap 'langit tak selalunya cerah'. Nak-nak plak kalau musim hujan macam sekarang ni. Hidup kita ni macam tu juga. Bukan selalunya indah. Hari ini makan KFC esok mungkin makan sambal sardin. Hari ini berdua esok mungkin keseorangan. Semalam ketawa hari ni mungkin menangis. Biasa lah tu. Kalau kita bahagia je selalu mungkin kita akan di masukkan ke Hospital Bahagia. Orang gila sahaja yang tak ada masalah. Tiap-tiap hari kita ada masalah. Bezanya masalah tu kecil atau besar dan bagaimana kita menghadapi masalah tersebut. Cara kita handle masalah tu lah disebut kematangan. Kalau budak kecik dorang akan handle masalah dengan cara menangis. Tak pun report kat mak abah. Tapi kita yang dah besar ni tak kan nak menangis pula. Kadang-kadang kita nampak orang tu cool padahal dalam hati macam-macam masalah ada. Najib si Perdana Menteri nampak je cool tapi dalam hati cuak juga bila memikirkan macam mana nak bagi Anwar Ibrahim senyap, nak bagi duit kat isteri untuk buat rambut kat saloon lagi, fikir macam mana tak nak bagi Mahathir marah kat dia macam Pak Lah kena marah dan macam-macam lagi. Kucing pun ada masalah inikan pula manusia. So sebagai orang yang matang, lepak saja. Masalah ada penyelesaiannya. Bak kata Jijik, ' Lepak sudah' .

p/s - Kumbang ada banyak jenis. Ladybird, kumbang tanduk, kumbang warna hijau. Manusia juga begitu. 'Lepak Sudah'.

PUKUL BERAPA DATO HARIMAU


Aku selalu terfikir macam mana kita dulu boleh hidup tanpa internet, Facebook, handset, mp3 dan macam-macam lagi benda berteknologi tinggi. Kalau dulu kita bergantung kat surat khabar Utusan dan Berita Harian, sekarang kita boleh baca berita melalui internet sahaja. Apa susah, semua suratkhabar sekarang sudah berada dia atas garisan atau bahasa mat saleh nya 'online'. Kalau dulu bila duduk di rumah tu satu perkara yang amat bosan bila tak ada benda nak dibuat, sekarang kita boleh bersosial secara maya dengan rakan-rakan di Facebook. Sebelum Facebook kita ada Friendster dan Myspace. Aku dulu layan Friendster juga. Tu pun aku suruh member aku tolong buatkan sebab dulu aku nak buat emel pun tak reti, inikan pula nak buat Friendster. Myspace pula aku kurang layan sebab bagi aku Myspace ni macam gedik. Kat Myspace kau akan jumpa insan-insan yang mempunyai nama sangat 'rare' seperti Mawar Berduri, Pelangi Cerah, Bowdark Chumel, Kanang Anak Langkau dan juga Temenggung Jugah Anak Barieng. Tapi semenjak Facebook ada, Myspace mula hilang populariti. Padan muka. Facebook pula akan menjadi teman kepada insan-insan yang kurang bersosial secara realiti. Kat Facebook kau akan berani menegur awek yang kau minat secara senyap-senyap tapi bila jumpa depan-depan, kau jadi diam seribu bahasa. 

Kalau dulu  sesiapa yang mempunyai handset dianggap kaya, tapi sekarang kau tengok budak sekolah rendah pun dah pakai Blackberry. Apa ada hal, mak abah masing-masing kaya. Kalau dulu handset mempunyai saiz yang kurang sedikit daripada batu bata, sekarang kau nak simpan 3 handset dalam seluar pun tak ada masalah. Sekarang mempunyai mp3 tu bukanlah satu masalah yang besar. Kalau dulu mana ada mp3 yang ada hanyalah walkman yang boleh masukkan kaset. Kalau kaset pun boleh dimasukkan,  korang bayangkan lah berapa besar saiz walkman tu. Walkman dulu pun ada yang mahal dan ada yang murah. Kalau kau ada walkman jenama Sony, kau tak payah fikir susah-susah nak sorok kan macam mana. Orang akan kagum kalau walkman kau Sony. Tapi yang menjadi masalah bila kau punya walkman berjenama Sunny, Soni mahupun Sono. Kalau boleh kau tak nak member kau tahu kau ada walkman sebab komfom kau akan kena bahan. Tapi bagi insan yang bijak sikit, walaupun walkman kau cap ayam, earphone dorang akan pastikan beli brand yang mahal-mahal. Jadi tak adalah kantoi sangat bila kau dengar walkman tu. Bila dengar lagu, walkman cap ayam ni korang sorok kan dalam beg dan yang kelihatan hanyalah earphone korang yang mahal ni. Jadi member korang automatik akan ingat kau punya walkman pun mahal. Memang bijak.

Tapi sekarang cuba bayangkan kalau handphone kau hilang, mesti kau akan tak ada mood sepanjang hari. Kalau handphone kau hanyalah Nokia 3310 mungkin kau siap boleh gelak lagi bila memikirkan betapa ruginya pencuri yang mencuri phone korang. Tapi macam mana kalau handphone korang adalah Iphone 4. Dapat pula bila korang beli Iphone tu hasil dari titik peluh korang menyimpan 20 sen sehari, boleh jadi gila juga korang dibuatnya. Sekarang tahap kebergantungan kita kat handphone sangatlah tinggi. Bagi budak-budak sekolah, kalau tak ada phone sekarang, macam mana nak main miskol-miskol dengan member-member. Bagi remaja, macam mana nak hantar mesej kat awek tanya dah makan ke belum. Tak pun macam mana nak aktifkan Super Saver untuk bergayut lama-lama kalau handphone tak ada. Lagi satu bila korang ada handphone yang mahal macam Iphone, bila lepak dengan member kat kedai mamak pun mata korang tak akan berganjak dari tengok phone korang. Aku kadang-kadang tension juga bila aku bercakap dengan member aku tapi member aku ni leka dengan phone dorang. Memang siut. Tapi aku kadang-kadang macam ni juga. Bila member aku mula cerita benda-benda yang membosankan, aku akan lebih memfokuskan diri aku kepada phone aku berbanding dia.

Facebook pula lagi satu hal sekarang. Kalau dulu masa kecik aku selalu main galah panjang, baling selipar dan gasing dengan member aku, budak-budak sekarang akan sibuk menuai tanaman di Farmville dan memelihara kucing yang bernama Faizal Tahir di Petville. Tak pun bagi yang bercita-cita untuk menjadi Chef Wan akan leka bermain Cafe World. Come on lah. At least bila aku dah tua nanti, aku ada benda untuk diceritakan kat cucu aku. Atok dulu main galah panjang, main gasing, konda kondi, bola beracun. Baru lah unik. Tak akan lah korang nanti nak ceritakan kat cucu korang yang korang dulu petani berjaya kat Farmville, tiap-tiap hari ada hasil. Sebab tu budak-budak zaman dulu lagi kreatif bagi aku. Petang-petang memang tak duduk kat rumah. Kalau hari ni main galah panjang, esok main sorok-sorok. Tak pun main pukul berapa datuk harimau. Tak pun main satu lubang tikus. Betapa aku rindu zaman aku masa budak-budak dulu. Main memang sampai tak ingat petang-petang dan bila nak pergi mengaji malam-malam mulalah bagi alasan macam-macam. Aku akan buat-buat tidur supaya tak payah pergi mengaji. Tapi tak jadi juga taktik aku ni bila mak aku paksa aku pergi juga. Dia cakap dah sudah mengaji nanti tidurlah puas-puas. Tapi bagus juga mak aku paksa tu, kalau tak mungkin sampai sekarang aku baca muqadam lagi.

Minggu lepas bila keluar khabar angin pasal Facebook nak kena tutup, semua orang cuak. Sebab bagi Facebook-addict, ini merupakan dunia dorang. Dorang lebih risaukan dunia maya untuk ditutup jika hendak dibandingkan dengan dunia sebenar yang akan kiamat nanti. Yang ni tak nak pula dorang risau. Aku pun sebenarnya ketagih juga dengan Facebook ni. Dan korang pun. Tipulah kalau korang boleh bertahan lama untuk hidup tanpa Facebook sekarang. Aku selalu terfikir macam mana kita tanpa benda ni pun kita boleh hidup dulu. Benda-benda berteknologi ni dah melenyapkan beberapa benda yang aku rasa sangat best dulu. Dulu bila nak raya aku akan dapat banyak kad raya daripada pemuja-pemuja rahsia aku. Tapi sekarang mana ada lagi kad raya. Orang semua pakai wish melalui sms. Memang lah lagi murah dan senang tapi bagi aku kad raya tu mempunyai nilai dia yang tersendiri. Kau akan dapat kad raya yang ada gambar kartun lah, ketupat lah dan macam-macam lagi. Kali terakhir aku dapat kad raya adalah semasa aku tingkatan 4. Lepas tu dah tak ada. Kalau dulu aku ajak member aku keluar malam-malam, komfom dia ikut. Tapi sekarang bila aku ajak, dia akan cakap yang malam ni dia nak ber Skype dan ber YM dengan awek. Padahal awek tinggal belakang rumah je. Memang macam haram perangai. 

Teknologi ni ada baik dan buruknya. Macam aku cakap tadi lah, yang buruknya ianya akan melenyapkan beberapa perkara yang kita selalu buat masa dulu. Macam kebudayaan Melayu yang makin lama dipengaruhi unsur-unsur Eropah, macam tu lah juga teknologi yang secara perlahan-lahan menghapuskan kebudayaan kita. Sekarang mana nak jumpa budak main gasing petang-petang. Gasing sekarang pun mungkin ada yang tak kenal. Dah layak simpan kat muzium dah gasing ni. Budak-budak sekarang lagi suka lepak kat rumah sambil main PS3 dan Xbox. Kalau lah Doremon betul-betul wujud, dah lama aku ajak dia pegi zaman budak-budak aku dan ajak dia main galah panjang. Aku nak zaman budak-budak aku balik. Boleh tak?

p/s - Bola bowling haruslah di baling ke depan. Bukan ke belakang.

INSPIRASI GEMILANG


Tadi aku berborak secara maya dengan kawan aku. Salah satu perkataan yang menarik perhatian aku adalah perkataan ' Inspirasi '. Inspirasi boleh datang dalam pelbagai bentuk. Seorang pelukis seperti Leornada da Vinci mungkin mendapat inspirasi untuk melukis potret Monalisa ketika melihat neneknya membasuh kain. Alexander Graham Bell mungkin mendapat inspirasi untuk mencipta telefon ketika melihat kucing-kucingnya berlari-lari anak ketika mengejar anak ayam jirannya. Jadi inspirasi ni boleh datang dalam pelbagai bentuk dan tanpa disangka-sangka. Mungkin masa korang tengah makan pun, korang boleh mendapat inspirasi dalam sesuatu perkara.

Dulu masa aku tingkatan 5, semua orang heboh pasal angkasawan pertama Malaysia nk fly ke angkasa. Angkasawan ni pula bagi aku kacak bergaya orangnya. Ditambah pula dengan gelaran 'Doktor' di hadapan namanya. Masa tu mamat ni boleh dikatakan menjadi inspirasi kepada diri aku. Yelah masa tu aku nak SPM mestilah ada inspirasi untuk berjaya. Jadi setiap kali berita pasal mamat ni keluar aku akan teruja dan gembira yang amat sangat. Aku bukanlah seorang gay untuk meminati beliau tapi minat dan sumber inspirasi tu berbeza. Aku terinspirasi dengan gaya dan pencapaian beliau. Daripada aku minat Super Junior yang hanya tahu menari dan menari, lebih baik aku minat si angkasawan ni. Masa mamat ni nak fly ke angkasa, aku memang tak bergerak dari depan televisyen. Memang fokus habislah. Dan tak sia-sia aku jadikan beliau ni inspirasi apabila aku berjaya mendapat keputusan yang agak ok dalam SPM. Terima kasihlah cik angkasawan.

Ada juga orang yang menjadikan kawan-kawan sendiri sebagai idola dan sumber inspirasi. Macam aku sendiri memang aku ada menjadikan segelintir daripada kawan aku sebagai inspirasi dan contoh. Aku memang mempunyai impian untuk menjadi individu yang boleh menginspirasikan orang lain. Kau tak rasa bangga ke bila anak-anak jiran korang menjadikan korang ni sebagai idola dan inspirasi dorang. Mungkin dorang akan kagum dengan korang padahal korang pun main futsal petang-petang, lepak kat kedai mamak sampai pagi tapi masih boleh berjaya. Walaupun tahap penginspirasian korang tu hanya di tahap kawasan perumahan korang dan bukanlah seperti cik angkasawan yang menginspirasi secara nasional, at least korang dah berjaya membuatkan orang lain terkesan dengan kau. At least kau ni ada pengaruh kepada masyarakat di sekitar kau. Buat apa belajar tinggi-tinggi kalau masyarakat sekeliling korang still pandang rendah kat korang. Baik masuk Giat Mara. At least korang boleh kerja kat kedai Ah Chong untuk menolong membaiki motosikal pakcik-pakcik di kawasan korang.

Tapi nak jadi sumber inspirasi secara konsisten memang susah. Kalau dulu aku minat tahap dewa dengan cik angkasawan, sekarang biasa-biasa sahaja. Mungkin sekarang aku terinspirasi untuk kahwin apabila melihat beliau ni kahwin. Tapi bila memikirkan jumlah duit dalam akaun aku hanyalah sekangkang kera, aku mematikan niat untuk kahwin. Tunggu aku jadi kaya dulu. Dan lagi satu, kalau korang rasa korang ni adalah inspirasi kepada orang lain, perangai pun korang kena jaga. Aku pernah jumpa seorang mamat Indon ni yang dulunya sangat bercita-cita untuk menjadi seperti Ariel Peterpan. Kalau sekali tengok memang macam Ariel tapi bila sampai bab menyanyi, aku akui memang Ariel lebih dewa. Tapi sekarang bila si Ariel ni dah kena penjara, hasrat mamat ni untuk menjadi penyanyi terbantut dan sekarang hanya mampu menjadi penjual kain batik di Tanah Abang. Nasib baik beliau tidak terinspirasi untuk membuat filem sendiri sebagaimana Ariel The Legend. Senang cakap korang kena berlagak suci di depan orang ramai apabila kau menjadi idola walaupun korang mungkin tak sesuci mana.

Lepas ni korang cubalah jadi inspirasi kepada orang lain. Kalau dunia sekarang melihat jumlah A yang banyak dalam peperiksaan sebagai tanda kejayaan, korang kumpul lah sebanyak mana A agar korang mampu menginspirasi orang-orang di sekeliling kau. Tok Mail ada cakap, kalau korang tak mampu nak buat perkara baik, janganlah buat jahat supaya kau tak menyusahkan orang lain. Terima kasih Tok Mail.

p/s - Aku kebosanan.Ada sesiapa yang sudi menghiburkan aku?

SAYA SUKA BERGADUH


Dulu masa kecik-kecik aku selalu bergaduh ngan adik lelaki aku. Kadang-kadang kitorang bergaduh sebab benda-benda yang kecik je. Kadang-kadang kitorang gaduh sebab masing-masing tak puas hati bila kalah main carrom. Tapi selalunya aku lah yang menang bila bergaduh sebab aku kan abang. Tapi bila dah makin besar, masing-masing dah mumayyiz dan matang jadi kami pun jarang bergaduh. Gaduh dengan adik beradik terjadi masa kecik je.Sekarang ni bila dah besar, korang akan bergaduh dengan lebih ramai orang lagi. Korang mungkin bergaduh dengan member korang bila member korang habiskan stok Maggi korang tanpa pengetahuan korang sendiri. Tak pun korang bergaduh dengan boyfriend sendiri bila boyfriend wall to wall dengan perempuan lain kat Facebook. Dan yang paling kejam korang bergaduh dengan mak abah sendiri sebab korang tak puas hati dengan calon pilihan isteri yang telah dipilih oleh mak abah korang macam dalam cerita Nur Kasih.

Bila korang bergaduh, ianya akan ambil masa untuk berbaik semula. Ada orang jenis yang tak simpan-simpan dan boleh lupakan kesalahan seperti member yang curi Maggi tadi. Tapi ada juga yang jenis simpan dalam dan susah untuk memaafkan. Orang jenis macam ni akan mengambil masa yang lama untuk melupakan apa yang telah terjadi. Jenis yang macam ni juga lah yang akan merajuk dalam tempoh yang agak lama. Sebagai tanda merajuk, orang macam ni akan malas melayan orang yang telah menyakiti hati dia ni.Merajuk tak salah. Sebab dari kecil sifat tu dah ada dalam diri kita. Aku masa kecik-kecik dulu suka merajuk dengan mak abah aku bila aku mintak dorang belikan Lego, dorang tak nak beli. Jadi aku akan buat-buat merajuk dengan dorang. Dah lama sikit barulah ok walaupun taktik aku merajuk itu tetap tak dapat melembutkan hati mereka untuk membelikan aku Lego. Tapi bila dah besar aku faham yang dorang perlukan duit untuk beli benda-benda yang lebih penting.

Merajuk bukanlah sifat khas untuk anak-anak kecil sahaja. Ada sahaja orang yang dah berumur 60-an merajuk. Contohnya mak abah yang merajuk bila anak-anak masing-masing sangat sibuk bekerja sampai tak ada masa untuk balik ke kampung. Walaupun dorang tak tunjuk sangat tapi sedikit sebanyak dorang akan terasa juga. Yelah orang tua hati  mereka ni lembut dan mudah terasa. Ada juga orang dewasa yang merajuk. Tapi bila orang dewasa merajuk, kau akan rasa macam nak lempang orang tu sebab nama je dah besar tapi masih gedik-gedik nak merajuk. Tapi tengok sebab merajuk juga. Kalau orang yang berumur 30 tahun merajuk sebab isteri tak nak belikan I-Pad untuk hadiah hari jadi, yang ni memang patut dilempang.

Tapi aku rasa bila kita makin besar, kita perlu lebih matang dalam semua perkara. Tak payah lah nak bergaduh-gaduh dan merajuk-rajuk lagi. Tu perangai masa kau berumur Upin Ipin. Masa tu tak apalah kalau korang nak merajuk. Ni dah besar bila merajuk pun buruk sangat perangai macam tu. Belajar lah untuk memaafkan. Tak payah nak simpan-simpan dalam hati. Biasa lah tu kalau salah sikit-sikit. Tapi kalau dah terlebih salah, suka hati korang lah nak bergaduh dan merajuk ke tak. Korang semua kan matang.

p/s - Hari-hari kau jogging. Nak kurus macam mana lagi?

ZALIM


Kita memang dilahirkan dengan sedikit sifat kejam dalam diri. Yang membezakan korang akan terus kejam atau tak bila dah besar nanti adalah persekitaran korang. Macam aku dulu, masa kecik-kecik aku rasa aku kejam jugak. Aku suka cabut kaki belalang bila jumpa kat padang Sekolah Kebangsaan Serting Ilir masa kokurikulum. Lagi satu aku suka main lawan labah-labah kecik yang aku jumpa kat daun pandan rumah aku. Bila dah jumpa, aku akan ajak kawan aku yang ada labah-labah spesis ni untuk lawan dengan aku. Kalau korang tak faham korang boleh bayangkan ianya lebih kurang macam perlawanan ayam sabung.

Tapi semakin aku tua, sifat kejam dalam diri aku berkurang. Aku yang rasa macam tu. Nak-nak pula bila aku belajar tajuk ' Empati ' kat universiti aku. Aku sekarang berkebolehan untuk menempatkan diri dalam diri orang lain. Ianya bukanlah seperti jin yang masuk ke badan manusia untuk merasuk manusia tersebut. Tetapi ianya lebih kepada apa yang akan kau rasa bila kau jadi orang tersebut bila berhadapan dengan situasi-situasi tertentu. Dengan empati dalam diri, kau mungkin boleh memuaskan diri orang tersebut kerana orang tersebut senang dengan sikap kau terhadap dorang.

Tapi aku sedar yang aku ni masih lagi kejam dan tak adalah berempati manapun. Dalam situasi-situasi tertentu, aku boleh menjadi sangat kejam sampai buat orang menangis dengan aku sebab kekejaman aku. Korang pun mungkin ada sifat kejam dalam diri. Tipu lah kalau tak ada. Kita selalu mintak yang bukan-bukan kat mak abah kita walaupun benda yang kita mintak tu kadang-kadang boleh memeningkan mereka. Tak pun mungkin juga korang boleh kejam terhadap awek-awek korang apabila korang suruh mereka layan kau padahal awek kau kena belajar sebab nak exam. Korang juga mungkin kejam bila korang remove friend dari Facebook korang. Dan lagi kejam bila kau stalk orang kat Facebook sampai tahap mengganggu privasi orang yang kau stalk.

Kita mungkin tak sekejam Israel tapi sifat kejam tu tak dapat lari daripada diri kita. Kadang-kadang kita terlalu mementingkan diri sendiri sampai ada orang yang terasa hati dengan kita. Mungkin kau buat benda kejam tu tanpa kau sedari. Tak payah nak kejam sangat bila mp3 korang penuh dengan lagu Justin Bieber dan Tomok. Korang bukanlah sesiapa untuk sombong dan kejam kat orang lain. Berempati lah terhadap semua orang.

p/s - Aku mintak maaf kat kau. Maaf zahir dan batin. Jangan benci aku walaupun aku kejam kat kau.

MALINGSIA SEBENAR


Mak aku selalu sound adik perempuan aku bila dia nak keluar rumah sorang-sorang sebab nanti ada mat Indon kacau dia. Aku mungkin tak kena sound sebab aku mungkin nampak lebih maskulin daripada adik perempuan aku. Tapi semaskulin mana pun korang, bila berhadapan dengan situasi cemas korang boleh menggeletar seperti mana handphone vibrate bila mendapat panggilan. 

Semalam member aku kena samun dengan mat-mat Indon kat negara dorang sendiri. Sedangkan kat Malaysia pun dorang berani buat macam-macam inikan pulak di tanah tumpah darah Jawa mereka. Kawan aku ni mungkin tidak semaskulin Christiano Ronaldo untuk membuat si penyamun memikirkan berkali-kali untuk menyamun beliau. Akhirnya si penyamun ni berjaya mendapat sebuah laptop free, handphone beserta duit di dalam akaun yang bernilai jutaan rupiah.

Aku bukan nak salahkan sesiapa dan bersikap nasionalisme tak bertempat. Ada sahaja orang Malaysia yang buat macam tu tapi disebabkan kita juga orang Malaysia, kita tak benci si penyamun Malaysia sebagaimana kita membenci si penyamun Indonesia. Mungkin keadaan di Indonesia ini sendiri yang membuatkan rakyat-rakyat mereka melakukan perkara sebegini. Aku bukan nak menyebelahi si penyamun ni sebab aku juga menyumpah mereka. Kalau pun nak cari duit, cari lah dengan cara yang halal. Jual lah nasi goreng ke, bergedil ke atau bakso. At least korang tak menyusahkan orang lain.

Korang suka tuduh Malaysia ni maling tapi siapa maling sebenarnya. Kalau korang tak taw maling tu apa korang cariklah kat Wikipedia Indonesia. Berhentilah berperangai primitif. Sekali lagi orang-orang kat atas, buat lah sesuatu untuk rakyat korang. Aku benci dowh korang yang tak ambil pot ni. Memang macam haram perangai. Hidup kat bumi Indon ni memang banyak cabarannya. Kat Malaysia pun bila sebut Indon korang akan terbayang macam-macam. Macam-macam kat sini tak termasuk video Ariel dan Luna. Macam-macam yang aku maksudkan adalah kes-kes jenayah yang dorang selalu buat.

Lagi satu, korang pun tahu yang Indon ni anti sangat dengan Malaysia. Jadi apa-apa yang berkaitan dengan Malaysia pun dorang akan benci. Yang benci ni pula biasanya mereka yang dari golongan-golongan bawahan sebab mereka mudah diracuni pemikiran oleh akhbar-akhbar tempatan. Yang kaya-kaya tahu cerita sebenar sebab mereka ada internet. Pelajar Malaysia kat Indonesia juga tak terkecuali daripada menjadi mangsa. Kalau dalam rantai makanan haiwan, pelajar Malaysia adalah seperti tikus yang boleh menjadi makanan kepada ular,burung helang dan platipus. Pelajar Malaysia adalah kelompok yang paling rentan disini. Aku harap aku boleh bertahan hidup dibumi garuda ini yang suka memakan tikus-tikus kecil seperti aku ini.

p/s - Aku terasa dengan kau. Kau boleh buat tak tahu je kan. Memang bagus sangat lah perangai macam tu.

KEKASIH AWAL DAN AKHIR


Hidup kita ini, di mana kita bermula tak penting. Tapi yang penting adalah kat mana kita berakhir. Contohnya kalau dulu korang penagih dadah, tapi tak bermakna sampai mati kau jadi penagih dadah. Mungkin akan timbul kesedaran dalam diri si penagih dadah untuk berubah. Mungkin daripada jadi doktor diri sendiri, si penagih dadah ni belajar bersungguh-sungguh untuk jadi doktor sebenar. Yelah bab-bab cucuk ni memang dah berpengalaman. Bunyi macam mustahil untuk jadi macam tu tapi bak kata Adidas - 'Nothing Impossible'. 

Kalau bagi student plak, kat mana kau belajar masa sekolah rendah dan sekolah menengah tak penting. Tak semua budak sekolah asrama penuh dan MRSM akan berjaya dalam hidup. Ada saja budak yang sekolah kat sekolah harian biasa boleh berjaya. Tak semestinya kau dapat 8 A masa PMR, 10 A1 masa SPM, kau akan terus berjaya dalam masa akan datang. Mungkin masa ambil A-Level kau sangkut dan tersadai tak tahu nak buat apa-apa. Dalam masa yang sama kawan kau yang sama sekolah menengah dulu yang SPM nya 8A sekarang dah mula buat ijazah. Masa tu mula lah ego kau akan menurun dan kau akan sedar yang kau ni tak lah hebat mana. 

Kau boleh rancang jalan hidup kau tapi  yang tentukan tetap kat atas sana tu. Mungkin masa umur kau dah 25 tahun, kau masih belajar kat universiti sedangkan kawan kau dulu yang biasa-biasa masa sekolah dah kerja hebat-hebat. Mungkin sistem pendidikan kat Malaysia ni tak betul dan aku rasa memang macam tu. Kau belajar semata-mata nak dapat A. Kalau kat kelas siapa-siapa yang dapat A dalam subjek-subjek berat macam Add Math, Biologi dan macam-macam lagi mesti akan di pandang hebat oleh kawan-kawan yang hanya dapat markah cukup-cukup makan. Kadang-kadang kau cuma menghafal padahal satu patah haram pun kau tak faham. Janji bila time exam kau bole keluarkan balik apa yang kau hafal. Dan bila dapat keputusan, kau dapat A. Alangkah heaven nya hidup kalau senang macam tu. Cuma perlu menghafal tanpa memahami. 

Kalau korang perasan ramai legend-legend macam Albert Einstein, Bill Gates dan sewaktu dengannya masa kecil dorang takdelah hebat mana. Tapi dah nasib dorang bila besar untuk jadi macam tu. Dalam Islam itu dinamakan takdir. Dulu kat Malaysia kita ada genius Matematik iaitu si Sufiah. Tapi bila besar dia terlebih genius untuk menjadi seorang pelacur. Jadi kat sini aku nak ingatkan yang keputusan hebat kita masa sekolah dan universiti bukanlah apa sangat. Ramai je orang yang tak belajar tinggi-tinggi tapi boleh berjaya. Memang kita perlu berusaha untuk dapatkan sesuatu kejayaan tapi bila kita tak dapat apa yang kita nak, redha je lah. Mungkin kau berusaha untuk mengumpul duit nak beli kereta Proton Inspira. Tapi last-last kau tak dapat nak beli sebab kau tak mampu. Tapi mana tahu esok-esoknya kau dapat kereta Bugatti Veyron bila kau masuk cabutan bertuah anjuran Ali Cafe. Tu namanya rezeki dan rezeki boleh datang tanpa kau sangka-sangka. 

Mungkin dulu-dulu kau seorang gay, si pemakan rasuah, kaki minum arak tapi suatu hari kau dah bosan dan nak bertaubat. Dan mana tahu last-last  si gay, si pemakan rasuah dan kaki minum arak ni mati sebagai seorang ulama terkenal. Itu tak mustahil. Sedangkan Saidina Umar sebelum masuk Islam pun, beliau seorang yang sangat ganas dan bencikan Rasullullah. Tapi last-last beliau mati sebagai seorang sahabat nabi. Kan best kalau kita semua macam tu. Jadi kalau korang fikir korang loser, tak ada harapan nak survive dengan orang-orang lain, dan kau rasa nak buat bungee jump tanpa tali daripada menara KLCC, kau fikirlah balik yang kat mana korang mula tak penting. Tapi kat mana korang berakhir.

p/s - Aku memang tak faham kau. Sori lah. Mesti kau tension dengan aku kan. Selamat berjaya dalam apa yang kau impikan. Kau boleh punya.

YB WAKIL RAKYAT


Bila sebut pasal wakil rakyat, apa yang akan terlintas kat otak korang? Perut buncit? Kepala botak? Kereta Mercedes? Atau mempunyai isteri dari golongan artis? Wakil rakyat bukanlah seperti pasukan Putra FC yang menang kejohanan futsal daerah Kuala Pilah seterusnya dapat mewakili Kuala Pilah ke perlawanan peringkat negeri. Bukan. Bukan macam tu. Wakil rakyat adalah Yang Berhormat yang dipangkah oleh kita semasa musim mengundi 5 tahun sekali. Tahun ni aku dah 21 tahun jadi aku dah boleh mengundi. Ok tak ada kena mengena. Dari panggilan wakil rakyat itu sendiri kita boleh tahu kerja dorang ini. Dorang ini diamanahkan untuk memantau dan menjaga kebajikan rakyat-rakyat kat kawasan dorang. Jadi kalau aku yang asal dari Kuala Pilah aku ada wakil rakyat aku sendiri. Masalahnya bila aku tanya kawan-kawan aku sendiri siapa wakil rakyat kita dorang akan jawab Tok Mail yang merupakan ketua kampung. Jadah haram. 

Apa yang aku nak tulis kat sini adalah berapa ramai yang kenal wakil rakyat masing-masing ? Ok aku bukan nak salahkan korang tapi aku nak salahkan wakil rakyat tu sendiri. Yelah macam mana nak kenal kalau muka dorang boleh nampak 5 tahun sekali itu pun muka kat poster-poster yang dibuat layang-layang oleh budak-budak kampung aku. Tak pun trend sekarang orang letak gambar muka calon bertanding pilihanraya dengan lambang parti kat botol mineral. Nampak sangat tak ikhlas. Cuba korang tampal muka korang kat air Coca- Cola ke, 100 Plus ke, ramai lah juga yang pangkah korang. Tapi ini letak air mineral. Come on lah. Air kosong kat rumah aku pun banyak.

Lagi satu kalau korang perasan wakil rakyat dengan megahnya akan masuk Felda-Felda dan kampung-kampung dengan menaiki Mercedes yang baru tempah 2 bulan lepas dan selepas itu akan pergi rumah ke rumah hanya untuk bersalam dengan tuan rumah. Selepas itu akan ada wartawan dari surat khabar Metro, Utusan, Harakah, Suara Keadilan ambil gambar korang bersalam dan esoknya akan keluarlah kat surat khabar tu berita dengan tajuk ' YB X akan mendirikan tandas 10 tingkat di Kampung Pisang'. Selepas itu kalau korang baca berita itu sampai habis pasti akan ada ayat lebih kurang macam ni '...projek mega tandas 10 tingkat ini adalah tanda keprihatinan dan rasa tanggungjawab saya terhadap orang-orang kampung di sini...'. Prihatinlah sangat setakat buat toilet. Selepas itu penduduk Kampung Pisang tunggu je lah projek tandas 10 tingkat tu untuk siap dalam masa 5 tahun lagi iaitu pilihanraya yang akan datang. Korang tak ikhlas dowh. Buat lah keje jangan tahu bergaduh baling kerusi kat parlimen je. 

Kau fikir best ke kena beratur panjang-panjang semata-mata nak pangkah kau. Come on lah. Orang mengundi sebab nak tuntut hak sebagai rakyat. Korang tu hamba kitaorang je. Kena buat kerja. Tapi kerja yang korang tahu yelah, main golf, bagi ucapan yang bosan macam haram masa perasmian sukan sekolah dan paling macam haram adalah usha artis-artis muda untuk dibuat bini. Penduduk Kampung Pisang nak tandas, bukan nak mak angkat. Tak kan nak fikir kepuasan kau je, kepuasan penduduk Kampung Pisang camne? Lagi satu korang akan perasan yang wakil rakyat ni dipuji dengan panggilan berjiwa rakyat lah dan macam-macam lagi. Woi orang kat Kampung Pisang paling canggih pun pakai kereta Pesona. Tu pun 9 tahun bayar baru habis. Korang yang kononnya berjiwa rakyat ni rilek-rilek je naik Mercedes hitam siap dengan driver pergi ladang kelapa sawit. Kalau korang betul-betul berjiwa rakyat korang akan naik motor EX-5 buruk je jumpa orang-orang kampung. Itu baru betul berjiwa rakyat. Pastu dengan pakai seluar slack hitam berkilat, baju kemeja putih John Master korang pergi jumpa Tok Mail yang hanya pakai kain pelikat cap Gajah Duduk sambil bergaya dengan baju pagoda putih. Memang lah korang kena jaga imej tapi tak payahlah nak lebih-lebih. Pakai t-shirt dengan track suit pun ok dan kalau korang lagi nak berjiwa rakyat, pakailah juga kain peikat Gajah Duduk macam Tok Mail.

Kalau korang nak tahu, orang-orang kampung akan lebih menghormati kau bila kau betul-betul menjiwai mereka. Macam mana nak menjiwai macam yang aku cakap tadilah. Pakai macam Tok Mail, lepak kedai-kedai goreng pisang sambil minum kopi dengan dorang dan kalau boleh tolong dorang angkat buah kelapa sawit naik lori. Ni tak. Korang masuk kampung, naik kereta mahal, dress up macam nak pegi clubbing dan paling aku menyampah bila korang panggil wartawan ramai-ramai untuk membuktikan betapa 'rakyatnya' korang ni. Pastu gambar yang selalu aku tengok kat suratkhabar adalah gambar korang dukung budak-budak kecil dan gambar dudukk tepi orang sakit. 

Come on lah rakyat sekarang dah bijak. Kalau nak rakyat sangat tak payah hipokrit. Aku tahu korang nak masuk Felda pun fikir 2-3 kali sebab dari kecil korang dah lepak kat Pavillion, mak bapak bagi Playstation 3, Iphone 4 dan macam-macam lagi. Jadi wakil rakyat yang betul-betul rakyat memang susah nak cari. Tapi bagi wakil rakyat yang betul-betul ikhlas aku memang respek lah. Korang memang smart. Lagi satu benda ni lebih di aplikasikan kepada kawasan-kawasan kampung sebab dekat kawasan bandar kadang-kadang orangnya lagi kaya daripada wakil rakyat itu sendiri. Orang-orang ini boleh hidup tanpa dibantu oleh wakil rakyat ini. Entah-entah dorang pun tak pergi mengundi masa pilihanraya sebab orang-orang kaya ini tak pedulikan pun hal macam ini. Sifat kepedulian dorang ni kurang. Lebih baik dorang fokus kat bisnes dorang lagi untung.Orang-orang macam kat Kampung Pisang inilah yang sebetul-betulnya harus dibantu. Mungkin wakil rakyat yang bagus adalah yang berasal dari kampung sebab korang akan tahu macam mana susahnya hidup kat kampung kalau nak di bandingkan dengan bandar. Tapi wakil-wakil rakyat sekarang ramai daripada golongan bangsawan jadi dorang ini tak rasa sangat erti kesusahan. Jadi pesanan aku kat wakil rakyat tempat aku selepas ini, aku nak kedai goreng pisang konsep macam Starbucks siap dengan kopi-o pekat. Kalau takde memang 5 tahun je lah kau berkuasa.

p/s - Kau duduk bermasyarakat kena lah campur sikit. Janganlah tahu duduk dalam bilk je. Kau dah makin tua dan aku rasa kau kena tingkatkan skil bercampur kau.

KAYA MISKIN


Aku benci dengan imej orang kaya. Bukan aku dengki ke apa. Tapi aku ada sebab yang tersendiri. Aku mula benci sejak aku kat Malaysia lagi. Sekarang aku tinggal kat Indonesia bertambah-tambah benci lagi aku dengan imej tu. Sebenarnya bukan aku benci imej tu tapi mungkin lagi kejam, orang kaya itu sendiri. Tapi aku bukan benci semua orang kaya. Aku respek dan tabik dengan orang-orang kaya yang humble dan tak belagak macam haram. Aku ada kawan-kawan jenis macam ini dan aku memang respek orang macam ni. Orang kaya jenis ni adalah orang yang boleh lepak-lepak dengan aku dan orang-orang yang tak berapa kaya dan yang kalau orang lain tengok dia ni pun, orang tak akan ingat dia ni kaya. Orang macam ni aku respek.

Yang aku bencinya adalah orang-orang kaya yang berimej sangat bangsawan macam haram macam sesetengah ahli-ahli politik kat Malaysia. Tapi kat Malaysia aku rasa still ok sebab rakyat Malaysia still ramai yang dari golongan pertengahan yang mana jurang dengan orang kaya tu tak lah besar sangat. So orang kaya kat Malaysia tak bolehlah nak berlagak sangat. Tapi kat Indonesia , kalau kau kaya, kau boleh jadi macam Qarun. Even student-student Malaysia yang belajar kat Indonesia ni akan menjadi golongan kasta yang lebih tinggi daripada orang-orang Indonesia ni sendiri. Bukan nak bersikap nasionalime atau tak tapi tu kenyataan. Kat kawasan aku duduk ni pun, student Malaysia lah antara penyumbang ekonomi yang paling besar dengan cara pembelian bakso, tempe goreng, soto ayam dan pecel lele setiap hari. Tapi bila aku pergi ke shopping-shopping mall, aku akan jadi golongan pertengahan macam kat Malaysia balik. Kat mall-mall ni kau akan tengok saudara-saudara Sukarno, Luna Maya, Manohara dan Ariel shopping tanpa perlu memikirkan berjuta-juta duit dorang habis. Kat sini jugak saudara-saudara menteri shopping dengan bahagianya menggunakan duit rasuah kerajaan. Kebanyakan orang yang aku jumpa kat mall-mall ni mempunyai muka-muka pelakon sinetron yang korang selalu layan kat TV3 manakala orang-orang yang duduk sekitar rumah aku berwajah mat-mat Indon yang buat bangunan kat Malaysia.

Point aku nak cakap kat sini adalah jurang antara orang kaya dengan orang golongan bawahan kat sini. Kalau kat Malaysia kau kerja kilang pun masih boleh lepak Pavillion tapi kat sini jangan haraplah macam tu. Jurang kat sini sangat besar. Kadang-kadang aku fikir gak berapa akaun bank menteri-menteri dan orang kaya kat sini ada sampaikan duit semuanya berkumpul kat dorang. Lagi satu aku tengok orang kaya kat sini macam tak peduli pun dengan member-member senegara dorang. Kadang-kadang aku tengok pakcik jual nasi goreng yang aku selalu beli tu, aku kesian jugak berapa sangatlah dia boleh dapat sehari. Tu belum masuk budak-budak dan orang-orang tua yang ketuk pintu teksi masa traffic light merah untuk mintak sehelai dua duit daripada korang. Aku kesian dowh tengok. Aku tiap-tiap hari kenyang je tapi dorang nak beli teh o ais pun belum tentu dapat. Come on la orang-orang kat atas, ambil berat la sikit. Korang kejam dowh. Mungkin aku sekarang tak banyak duit dan aku boleh lah cakap macam ni. Mana taw satu hari nanti aku jadi kaya mungkin aku jadi macam artis-artis dan menteri-menteri yang sombong macam haram ni jugak kan. Tapi mintak-mintak tak jadi macam tu lah. Kadang-kadang aku rasa nak sepak je muka-muka orang kaya yang kerek kat sini. Kat Malaysia pun sama. Kongsi lah sikit duit korang tu. Apa guna kau beli kereta sampai lima biji tapi kau buat jadi koleksi. Paling kurang pun kau sedekah lah sikit. Nak panggil CNN dan Al-Jazeera pun boleh supaya satu dunia dapat taw kau sedekah tapi at least kau menyumbang juga. Ada rasa nak tolong walaupun kau riak macam unta.

Dan terakhir sekali, menteri-menteri tolong lah buat sesuatu. Sampai bila kau nak makan duit suap. Tak kan bila kau dah kalah main judi kat Las Vegas dan jadi miskin muflis baru nak faham apa yang orang-orang bawah rasa. Come on. Tunjukkan empati sikit. Jangan sampai kena tsunami lagi baru nak insaf. Aku pun kadang-kadang cakap je lebih padahal baru lepas melantak Burger King kat Central Park. Tapi tu pun sebulan sekali baru dapat selepas tiap-tiap hari makan pecel lele. Sebut pasal pecel lele aku pun dah lapar ni. Ok lah. Gerak dulu.

p/s - Sori dowh aku reset Blackberry kau. Mesti kau bengang gila dengan aku kan. Tu la siapa suruh ngade-ngade buat gambar aku jadi wallpaper kau.

REVOLUSI


Setelah lama aku tinggalkan blog ni, tiba-tiba hari ini aku tergerak untuk update. Baru tadi aku usha blog member aku dan aku nak menangis juga baca post dia. Post dia tu ada lah juga kena mengena dengan aku. Sedih dowh. Sebenarnya dah lama nak update tapi apakan daya aku bukanlah J.K Rowling mahupun Ahadiat Akashah yang banyak imaginasi. Aku banyak juga berimaginasi tetapi lebih kepada benda-benda yang bukan untuk tatapan umum. Selepas ini aku akan berusaha untuk update blog seproduktif mungkin dan aku bagi nasihat awal-awal yang aku akan tulis tentang apa yang aku rasa dan aku ni jenis yang suka kutuk orang. Jadi kepada sesiapa yang terasa nanti, tak payah usha blog aku. Tiada paksaan. Cukuplah sampai sini. Cikgu Thahirah iaitu cikgu BM darjah satu aku ada cakap, ''Awak baru darjah 1, tak payah tulis karangan panjang-panjang.'' apabila melihat karangan aku yang bertajuk 'Aku Sebatang Pen' berjela-jela panjangnya. Aku rasa mungkin dia malas nak periksa karangan aku, sebab tu suruh tulis pendek-pendek.Cis. Ok lah. Cukup sampai sini. Nanti aku tulis lagi. Nak layan bakso semangkuk dua dulu.

p/s - Kau menginspirasi aku dowh. Aku tabik sama kau. Walaupun aku selalu bahan kau, kau memang matang. Bila lah aku nak jadi matang macam kau. Adoyai.