KAWAN ITU KELUARGA

Di tengah malam yang hening ini, aku rindukan mereka. Seriously.

Hiking And Camping Club ( HACC )


Kau akan ada kawan nak gaduh tanpa rasa serba salah kalau kalau kau menyakitkan hati orang tu.
Kau akan ada kawan untuk kau menganjing tanpa berperikemanusiaan.
Kau akan ada kawan yang akan support kau waktu kau down.
Kau akan ada kawan yang tengok muka selebet bangun pagi pagi waktu camping tanpa rasa segan silu.
Kau akan ada kawan yang tolong tolakkan beg waktu kau tak larat masa tengah hiking.
Kau akan ada kawan yang SUPER DUPER GILA CAMWHORE MACAM ORANG UTAN TAK PERNAH JUMPA CAMERA.
Kau akan ada kawan yang memenuhkan notification Facebook kau dengan comment yang meleret leret.  
Kau akan ada kawan yang mampu buat kau nangis. Buat kau ketawa. Buat kau senyum.   


And definisi kawan tak layak diletak sebagai kawan lagi dah. They are family. We are brothers and sisters. We once lived together, and will never be apart from each other. InsyaAllah. May Allah bless you my dearie, no matter where you are. 


Entry asal daripada blog kepunyaan ROROK ( bakal sasterawan negara )


p/s - Sometimes the best memories are the saddest ones, because you know that they'll never happen again.

LAYLA NAMAMU TERATAS

Ini adalah lagenda. Selagenda Hang Tuah dalam hikayat Melayu. Namun Hang Tuah sudah lama tidur. Yang satu ini masih power. Umpama padi, makin tinggi makin berisi. Mee segera memang sedap dimakan. Boleh mengenyangkan namun tidak berkhasiat. Namun begitu orang ramai tetap suka memakannya. #sarkastikmacambiasa




Makanan yang berkhasiat sangat penting. Memastikan tubuh badan sihat dan tahan lama untuk dipakai. Mee segera hanya indah di luar, dibuai oleh kesedapan yang sementara namun khasiat yang tiada. Bebaskan diri daripada mee segera dengan kadar segera. Jangan tertipu dengan plastik balutan mee segera yang indah rupa daripada yang sepatutnya.

p/s - Hari yang gelap.

PANDEMIC

Aku peminat tegar K-pop. Lagu-lagu dan drama-drama Korea memang menjadi kegilaan aku. Memang minat habis. Layan Korea memerlukan aku memberikan tumpuan yang seratus peratus. Jadi aku dah buat beberapa keputusan  kat bawah ni agar fokus aku terhadap apa-apa yang berkaitan Korea tak terganggu.

  • Lepas ni kalau member ajak  main futsal, aku akan menolak sebab nak tengok City Hunter episod satu.
  • Lepas ni kalau member ajak Oovoo, aku akan menolak sebab aku nak tengok City Hunter episod dua.
  • Lepas ni kalau member ajak lepak kat McD, aku akan menolak sebab nak tengok City Hunter episod tiga.
  • Lepas ni kalau member ajak Skype, aku malas layan sebab nak tengok City Hunter episod tujuh.
  • Lepas ni kalau member call, aku malas angkat sebab nak tengok Running Man episod lapan belas.
  • Lepas ni kalau member mesej, aku malas reply sebab nak tengok Running Man episod tiga puluh tiga.
  • Lepas ni kalau member suruh teman pergi beli barang, aku malas ikut sebab nak tengok Running Man episod empat puluh.
  • Lepas ni kalau member mintak tolong ape-ape aku taknak tolong. Come on lah. Jangan kacau aku layan Korea boleh tak? Kalau nak aku tolong tunggu episod seratus dua puluh habis dulu. Sekarang aku baru tengok episod dua puluh. 

p/s - Sarcasm on.

POLITIKUS USANG

Paksaan dan sukarela perkara yang sangat berbeda. Jika Najib Razak ajak kau masuk Umno dan berjanji nak bagi kau jawatan, tapi hati kecil kau berkata bahawa kau tak nak tapi terpaksa join jugak, tu paksaan namanya. Orang Malaysia memang begitu. Tak suka menolak ajakan orang lain kerana takut akan mengecewakan hati orang tersebut. Nak tak nak terpaksa juga terima walaupun sedar yang diri kau tak mampu nak pikul amanah. Hak masing-masing untuk nak terima atau tak. Tiada hak bagi yang berkuasa untuk memaksa kau masuk menyertai mereka.

Itu kalau orang yang memikirkan kemampuan diri melebihi jawatan. Bagi mereka yang gilakan jawatan seperti kebanyakan ahli-ahli parlimen di Malaysia sekarang, mereka sanggup bermati-matian untuk mendapat jawatan tertentu. Sebelum dapat jawatan pelbagai janji ditabur. Menolong rakyat bagai. Bila dah berkuasa, nafsu menguasai diri. Kekayaan yang dicari,rakyat merana diri. Kalau tak mampu buat kerja lebih baik serahkan sahaja kepada mereka yang ahli. Tidak menyusahkan orang lain.

Bagi mereka yang telah menolak untuk menerima apa-apa jawatan, yang berkuasa haruslah menghormati keputusan tersebut. Tiada hak bagi anda untuk memaksa dan tidak wujud istilah kuasa veto disini. Si empunya diri sudah menolak dengan baik, menyedari kemampuan diri, apa lagi yang anda mahukan. Hormatilah mereka. Cari mereka yang lebih sukarela. Itu lebih baik agar tidak wujud masalah kelak. Kepemimpinan akan dipersoalkan kelak di hari muka. Tidak perlu rakus dengan jawatan. Berempatilah.

p/s - Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia : Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

RAPUH

Minyak wujud dalam bentuk cecair. Air juga dalam bentuk cecair. Namun air boleh dibekukan untuk menjadi ais. Namun bukan persoalan ais yang hendak dibangkitkan disini. Dalam kimia kita belajar bahawa air dan minyak tidak akan pernah bercampur walaupun kedua-duanya adalah cecair.

Walaupun air dan minyak datang dari sumber alam dan kedua-duanya sangat penting, namun mereka tetap tidak akan bercampur. Cuba bayangkan air dan minyak bergabung, apakah yang akan terjadi ? Bergabung di sini bukanlah dalam konteks kimia tetapi dari segi kepentingan dan kekuatannya. Bayangkan sebuah negara X merupakan satu-satunya negara pengeluar air dan minyak sudah tentu lah negara ini akan menjadi negara yang kuat.

Namun begitu, ianya hanyalah angan-angan. Minyak dan air tidak mungkin bisa bercampur. Masing-masing dengan kekuatan dan ego masing-masing. Membuat hal sendiri. Tiada sosialisasi. Yang penting hidup masing-masing tidak terganggu. Kau dengan hal kau, aku dengan hal aku. Apa ada hal ?

p/s - Tabik kepada mereka yang padu.

MARI BELAJAR GEOGRAFI

Malam ini hujan di Jakarta. Esok hari Rabu. Ada kelas macam biasa. Petang tadi tak tidur pun. Petang tadi juga dapat tahu ada gempa bumi kat utara Sumatera. Apesal intro macam takde kesinambungan langsung ni ? Ah persetankan semua itu. Ini bukanlah karangan SPM yang harus menepati piawai Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dan di saat perenggan pertama ini habis ditulis, jam menunjukkan pukul 11 malam waktu Indonesia Barat.

Sebut pasal gempa bumi, macam biasalah dulu kecik-kecik selalu baca kat suratkhabar yang Indon ni memang pusat gempa bumi. Namun begitu, Indon bukanlah sebesar Melaka yang kalau diluah mati emak, ditelan mati bapak ( ok takde kaitan ). Gempa bumi petang tadi terjadi kat pulau Sumatera yaitu kalau dilihat dalam peta  berada di sisi lateral sinistra Semenanjung Malaysia. Jakarta pula berada di inferior Semenanjung Malaysia yaitu dalam Pulau Jawa. Pulau Jawa dan Pulau Sumatera tidak bersambung.

Peta nukilan ZakiMarsoha


Jadi kalau gempa bumi kat Sumatera insyaAllah setakat ni tak terasa sampai kat Jakarta. So far yang bergegar kat Jakarta ini cumalah goyang-goyang gerudi para pengdangdut amatur se- Indonesia. Waima K-pop juga tidak dapat mengalahkan dangdut fever ini. Penangan dangdut sangatlah hebat. Pakcik-pakcik yang berketayap dan berkain pelikat pada awalnya akan datang jiwa keremajaannya secara tiba-tiba apabila mendengar dangdut. Mereka bisa bergoyang sampai pagi. Takde hal.

Kesimpulannya, Upin Ipin amatlah popular di Indonesia. Apabila diketahui sahaja oleh rakyat tempatan bahawa anda dari Malaysia, spontan perkataan Upin Ipin keluar dari mulut mereka. Muka ini terlampau comel sehingga mereka berkata begitu. Tak mengapa itu dimaafkan.Oh ya. Tidak dilupakan Siti Nurhaliza juga amat dominan disini. Cuma itu. Tiada Faizal Tahir, Tomok mahupun Aaron Aziz. Mereka semua tidak popular disini. Sekian karangan saya. Terima kasih.

p/s - Berkawan biar beribu. Berkahwin biar empat ! HAHA.

INTI SANDWICH EPISOD 2

Situasi selepas balik dari main futsal. Kesinambungan dari sini.

Nampaknya keputusan beliau untuk bermain futsal dan memilih sikap berkecuali telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada kedua-dua belah pihak. Apakan daya bila sudah mencuba yang terbaik untuk tidak menyakiti hati sesiapa, namun usaha tersebut dipandang serong, hanya redha dan sabar menjadi pendinding.

Memang susah untuk memuaskan hati semua pihak. Bila dua pihak yang tidak berapa ngam merupakan kawan anda, anda akan tersepit dalam situasi-situasi tertentu. Usaha yang murni akan sentiasa dipandang serong. kalau terasa hati , maaf dipinta. Manusia biasa memang tak lepas dari sebarang kesilapan. Beliau sudah melakukan yang terbaik.

p/s - Berkawan biar beribu. Bermusuh jangan sesekali.

INTI SANDWICH

Situasi di satu petang yang hening.

Kawan A mengajak lepak di tempat yang juga diberi huruf algebra A. Manakala kawan B mengajak lepak di tempat B. Kedua-duanya dalam waktu yang sama. Sebagai member kepada A dan B, beliau sekarang berada dalam dilema seumpama di hujung jalan yang mempunyai dua percabangan. Beliau haruslah berlaku adil atau dalam bahasa Jawanya ' win-win situation'.

Persoalannya kenapa beliau tidak mengajak kawan A dan kawan B lepak di tempat yang sama? Apakan daya masing-masing tetap dengan kehendak masing-masing. Bukannya beliau tidak mencuba menyatukan tetapi gagal. Untuk menyatukan dua pihak yang kurang sekepala anda memerlukan skil. Bukan futsal sahaja memerlukan skil. Dan ternyata skil futsal lebih mudah diaplikasikan daripada skil penyatuan ini.

Sebagai langkah adil, beliau mengambil keputusan untuk bermain futsal sahaja dimana skil-skil yang dipelajari di Youtube dapat diaplikasikan dengan mudah. Ini juga mewujudkan 'win-win situation'. Pengajaran yang diperoleh hari ni, dalam berkawan anda haruslah adil.

Dan ini membuatkan beliau terfikir, hari ini beliau telah mengaplikasikan nilai adil dalam berkawan. Mungkin selepas ini tiada masalah untuk beliau mengaplikasikan nilai adil di dalam perkahwinan antara isteri-isteri beliau yang empat. HAHA.

p/s - Kalaulah kawan-kawan aku sama kawan-kawan juga. OH.

RAHSIA

Sambil mendengar lagu Rahsia dendangan Republic of Brickfields, otak ini ligat berfikir yang ada benda lebih baik kekal untuk jadi rahsia daripada diketahui oleh orang lain. Setiap orang ada rahsia masing-masing. Tidak kira lah yang hitam pekat atau hitam cair. Masing-masing ada cerita yang tersendiri .

Kalau yang tidak bernasib baik, rahsia akan jatuh ke tangan orang lain dan kembali menghantui hidup sekarang. Kalau yang bernasib baik, rahsia akan kekal menjadi rahsia seburuk mana pun ia.

Tapi kita memang dianjurkan begitu. Aib sendiri tak baik dibuka. Biarkan sahaja ia menjadi urusan kita dan Tuhan. Pekung didada sendiri jangan dibuka. Orang cakap kenyataan yang pahit kadang-kadang lebih baik daripada hipokrasi yang berbunga-bunga.

Hidup ni tak lama. Sepandai-pandai rahsia disimpan kelak dibongkar juga di hari muka.

p/s - Phewwwww.

KOREA CELUP

Zaman sekarang ni, ramai perempuan yang gilakan pelbagai bentuk hiburan yang berasal dari Korea Selatan. Gilakan dalam konteks ayat ini adalah tahap obses. Sehinggakan setiap tweet dan status di Facebook berkaitan dengan artis-artis Korea yang jambu mengalahkan Hazami. Lepas tu segala update artis-artis ini diketahui dengan pantas, sepantas Bugatti Veyron di jalan raya.

Masing-masing terpana dengan kecomelan artis-artis lelaki Korea ini dan jika tubuh badan mereka ini gagah perkasa umpama merong Merong Mahawangsa, lagilah bertambah kegedikan golongan-golongan mereka yang obses ini. Ini sangatlah sexist. Kalau lelaki menyukai artis-artis wanita dan memuji bentuk badan artis tersebut, akan diterima pelbagai label seperti pervert, gila seks dan lain-lain lagi.

Tetapi bila perempuan memuji artis-artis lelaki dengan bentuk badan yang gagah amatlah tidak mengapa. Oh tersangatlah adilnya disitu. Aku yang sekadar memerhati melalui alam maya hanya mampu tersenyum melihat mereka-mereka ini. Yelah, seobses-obses wanita terhadap mamat Korea, akhirnya berkahwin dengan lelaki Melayu juga akhirnya. #pepatahbaru

Mungkin kalau sudah jodoh mereka dengan orang Korea, apa boleh buat. Namun mungkin dengan mamat Korea yang persis komunis-komunis dan bukannya jambu dan comel seperti yang diharapkan. Disaat itu menangis air mata darah pun tiada gunanya. Tabik spring kepada mereka yang tidak jatuh didalam perangkap kekoreaan.

p/s - Berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara amatlah menjengkelkan. Serius.