KAD RAYA

Lagu raya makin hari makin gah berkumandang di corong-corong radio. Namun dimana silapnya,diri ini tiadalah semangatnya untuk beraya. Tidak seperti zaman-zaman belum mumayiz dahulu kedatangan 1 Syawal di nantikan dengan penuh semangat.

Bukan masalah duit raya yang menjadi masalahnya sekarang. Tapi entah mengapa makin dewasa feel untuk beraya tu macam kurang sikit.

Betul lah orang cakap,modenisasi tu memerlukan harga yang perlu dibayar. Dulu sebagai orang yang popular, aku sering menerima kad-kad raya daripada peminat-peminat. Terasa diri bagai seorang selebriti apabila bangun tido,bukak peti surat dan terlihat sampul surat yang tertulis nama Muhamad Zaki bin Marsoha.

Sebagai seorang yang steady dan cool, kad-kad raya yang diterima tidak pernah dibalas. Biasalah kena jual mahal sikit.

Sekarang nak dapat satu kad raya pun susah. Kalau ada pun kad raya daripada UMNO cawangan Kuala Pilah. Itu pun tak ikhlas. Yelah kalau setakat print dari komputer dan jiran sebelah rumah pun dapat kad yang sebijik, tiada langsung nilai estestika disitu.

Seperti biasa orang sekarang lebih mudah untuk wish hari raya di facebook mahupun twitter. Yelah dah moden ye tak? Sesungguhnya aku rindu nak dapat kad raya daripada peminat-peminat. Mana mereka semua pergi ?

p/s - Pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas.

GEMURUH

Kereta Ferrari dan kereta kancil memang berbeza. Namun masing-masing kalau berlumba,mempunyai misi yang sama, sampai ke destinasi yang sama. Kancil mungkin tak segah Ferrari. Orang yang memandu Kancil mungkin merasa rendah diri. Yelah apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang bawak Ferrari.

Orang sekeliling juga sudah tentu lebih memandang tinggi kepada mereka yang bawak Ferrari. Kancil ? Macam biasa pandang sebelah mata sahaja. Namun Kancil steady berhujan panas. Tak perlu risau kotor dan pudar warnanya. Ferrari perlu dibelai dimanja,disimpan dan diselimut setiap malam.

Hidup ni kalau selalu senang, tak mencabar lah ye tak ? Macam mana nak kuat kalau tak kena uji. Nak tak nak,ujian kena lalui dengan steady. Untuk menjadi seorang Rambo, tak kan lah nak duduk didalam bilik air cond sahaja. Paling kurang kena lepak dalam hutan sebulan dua. Baru lah kuat.

Kalau setakat duduk dalam bilik layan K-Pop macam mana nak kuat ? Kuat luar tak bermakna kuat di dalam. Bangunan tinggi mana pun kalau pasak di bumi tak kuat,kecundang jatuh ke tanah jua.

p/s - Kecundang hari ini,esok bangun kembali ;)