WARKAH BERLAGU PILU

 Didalam filem, dua jiwa yang berbeza darjat sering ditakdirkan untuk jatuh cinta. Namun disebabkan perbezaan ini, cinta mereka ini dihalang oleh keluarga. Pelbagai aksi-aksi cemas ditonjolkan demi memastikan hubungan mereka ini tak dapat diteruskan. Namun akhirnya dua jiwa ini pasti bersatu. Begitulah tipikal filem yang sering menampilkan happy ending.


Namun hidup ini bukan lah semudah filem. Percintaan di alam realiti lebih perit dan lebih beronak duri. Lebih beranjau dari kisah percintaan Adam dan Nur dalam Nur Kasih mahupun Jack dan Rose didalam filem Titanic.



Perpisahan itu selalu terjadi 
Kepada insan yang bercinta 
Sungguh sedihnya rasa 
Apabila ianya terjadi 
Perpisahan bermula dari dua hati 
Yang kehendaknya tak dituruti 
Ataupun manusia

Yang berperasaan benci
Sebuah cinta dan harapan


Menjadi debu berterbangan 

Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali


Begitulah antara bait-bait lagu Perpisaha Terasing dendangan KRU. Lagu yang amat sesuai dengan situasi diri aku saat ini. Hidup ini memang begitu. Hari ini bercinta, esok mungkin putus di tengah jalan. Hari ini berdua esok lusa mungkin keseorangan.

Cinta yang telah lama berputik antara aku dan dia nampaknya tidak membuahkan hasil. Benar cakap orang-orang tua, Bunga yang cantik pasti akan dihinggapi oleh kumbang yang lebih gagah dan kacak. Benar juga teori Charles Darwin yaitu '' Survival of the fittest''. Hanya yang benar-benar gagah dan dapat beradaptasi dengan baik akan terus hidup.


******
















Kecewa. Itulah perasaan yang paling tepat untuk menggambarkan diri aku sekarang. Namun begitu, aku doakan kau bahagia. Suratan takdir telah tertulis begitu. Namun seperti bait lagu Pesanan Buat Kekasih dendangan kumpulan Spring, aku ingin berpesan kepada kau Lisa Sughihani, 


"Kiranya kau ada penggantiku, tetapi hidupmu tak bahagia, rela ku memaafkanmu dan menerimamu sayang".......

p/s -  Aku sentiasa menantimu disini Lisa.

DILEMA MALAYSIA

Sebagai insan yang sudah 21 tahun dan sempena isu yang hangat pasal gerakan mahasiswa kat Malaysia sekarang ni, gua rasa nak tulis pasal politik sikit. Knowledge gua pasal politik tak lah dalam mana. Tapi peduli apa gua. Gua nak tulis jugak. 

Dari sekolah gua dah disogokkan dengan cerita-cerita sejarah bahawa kemerdekaan kat Tanah Melayu digerakkan oleh UMNO yang diketuai oleh Dato Onn. Masa tu gua rasa niat orang2 UMNO semuanya ikhlas untuk merdeka dan perjuangkan nasib bangsa Melayu. Pemimpin2 UMNO pada masa tersebut dirasakan dekat dengan rakyat.

Tapi sekarang pada tahun 2011 yang bakal berakhir gua rasa UMNO sekarang tak seikhlas dulu. Walaupun gua rasa-rasa je, gua rasa gua betul sebab instinct gua selalu betul. Umno sekarang terlalu eksklusif dan bangsawan imejnya. Tak dekat dengan rakyat. Bagi rakyat marhaen macam gua, makan-makan di hotel dan bermain golf tu bukan aktiviti seharian kami. Itu cuma wujud dalam drama-drama tipikal Melayu.

Walaupun gua kritik UMNO, gua bukan pro parti pembangkang. Gua sebenarnya tak berapa berkenan dengan situasi politik kat Malaysia sekarang. Dua-dua pihak tak habis-habis nak kutuk dan burukkan parti lawan. Bagi gua, lebih baik masing-masing senyap dan buat kerja,dan biarkan rakyat menilai sendiri. Rakyat sekarang tidak bodoh dan kepala bana.

Gua sebenanrnya ada impian. Gua nak lepak kedai mamak bersama-sama dengan Najib, Anwar, Nik Aziz, dan Lim Guan Eng dan bincang macam mana nak jadikan Malaysia setaraf Sepanyol dan German dalam bola sepak. Daripada bergaduh bab politik,lebih baik gua majukan bola sepak yang menyatukan rakyat Malaysia. Tak gitu Presiden FAM ?

p/s - UMNO, PKR, PAS, DAP. Gua tak kira. Siapa buat perangai memang semua kena kepala bana dengan gua.


PANGKAS RAMBUT

Minggu lepas aku pergi gunting rambut. Kalau kat Indonesia ni dorang panggil pangkas rambut. Aku rasa penggunaan kata pangkas tu lagi ganas daripada gunting. Kalau kat Malaysia penggunaan kata pangkas tu lebih sesuai untuk memotong dahan-dahan pokok. Gila

Kat Indo gunting rambut sangat murah. Dengan harga berkisar Rp 20000 yaitu lebih kurang RM 7.00, rambut kita akan dapat berubah daripada seperti Faizal Tahir kepada Aaron Aziz. Kalau kat Malaysia, mana nak carik salon yang gunting rambut RM 7.00. Harga macam tu kat Malaysia hanya melayakkan kau gunting rambut dikedai gunting rambut yang biasa.

Kat Malaysia aku tak pernah ke salon. Mahal. Justeru aku mengambil peluang yang ada disini. Paling aku suka bila gunting rambut kat sini adalah pegunting-pegunting rambut di salon sini semuanya cewek-cewek belaka. Dah namanya pon salon, sebelum rambut digunting dah pasti akan di basuh terlebih dahulu.

Pertama kali aku ke salon dahulu aku agak kaget apabila cewek-cewek di salon ini meminta untuk membasuh rambut aku terlebih dahulu. Namun setelah beberapa kali ke salon yang sama aku sudah faham modus operandi salon ini dan sekarang menggunting rambut sudah seakan-akan terapi merehatkan minda takala cewek-cewek membasuh dan menyampo rambut anda.

Jadi kepada rakan taulan yang ingin datang ke Indonesia, aku sarankan supaya mencuba perkhidmatan gunting rambut di salon sini. Oh ya, selepas gunting rambut, rambut akan dibasuh sekali lagi. Dan jangan lupa bawak Rp 20000. Cukup murah. Sudah tentu anda akan pulang ke Malaysia dengan kepuasan sambil pramugari AirAsia yang melihat anda dalam hati kecil mereka berkata '' Eh Aaron Aziz ? ''.

p/s - Lutut gua sakit. Dah tua mungkin.

AKU DAN KENANGAN

Aku dulu pemain bola sepak yang profesional. Aku lahir dari Akademi Bola Sepak Barcelona. Training bersama-sama Fabregas, Pique dan ramai lagi. 

Namun begitu, keadaan bola sepak di Malaysia yang tak menjanjikan peluang untuk menjadi kaya, aku memilih untuk berhenti dan menumpukan pada pelajaran sahaja. 

Akibatnya, aku kini sudah tidak power bermain bola sepak. Sering dibuli oleh anak-anak jiran yang umurnya berkisar 7-8 tahun. Aku pasrah. Yang tinggal kini hanyalah kenangan.





Setiap hari hanya gambar-gambar kenangan ini yang menjadi pengubat kepada zaman kegemilangan aku. Rakan-rakan seperjuangan semasa di akademi Barcelona dahulu semuanya sudah menjadi pemain profesional sekarang. Namun sebagai sahabat, aku gembira melihat pencapaian mereka.

Oleh kerana sekarang aku dah tak power main bola, aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh supaya nanti aku boleh memohon sijil kejurulatihan bola sepak dan menjadi jurulatih pasukan Harimau Malaya dan seterusnya membawa Malaysia ke Piala Dunia mengalahkan Sepanyol, German dan Brazil. Malaysia pasti bisa.


p/s - Agak gedik disitu bila blog penuh dengan gambar. Comel gittew.

KAU DAN AKU

Kejap lagi bakal berlangsung perlawanan bolasepak Malaysia vs Indonesia dalam sukan SEA. Dua negara berjiran yang serumpun. Banyak persamaan dari pelbagai aspek. Namun seperti juga kita dan jiran sebelah rumah, bukan selalunya baik. Ada kala terlepas cakap dan berkecil hati antara satu sama lain. Begitulah juga halnya dengan Malaysia dan Indonesia.

Perlawanan ini mempunyai nilainya yang tersendiri. Cukup berbeza perlawanan Malaysia melawan Thailand atau Singapura jika hendak dibandingkan dengan perlawanan ini. Indonesia dan Malaysia mempunyai hubungan yang tenang di permukaan namun di dasarnya mempunyai pelbagai perkara yang boleh menimbulkan persengketaan. Ah persetankan itu semua. Tunggu aku jadi perdana menteri untuk mengulas satu persatu hal-hal berbangkit antara Malaysia dan Indonesia.

Secara ringkasnya, rakyat-rakyat marhaen di Indonesia ramai yang tak berpuas hati dengan Malaysia. Ini semua adalah hasil dari media yang telah berjaya memainkan isu-isu yang sering memburukkan nama Malaysia di mata mereka. Jadi perlawanan bola sepak ini antara hal yang boleh menjadi medan untuk mereka melepaskan segala ketidakpuasan hati. Itupun jika Indonesia dapat mengalahkan Malaysia.

Namun begitu, apalah guna jika kita yang serumpun ini bergaduh kerana hal-hal yang kecil. Jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Marilah kita bersaing secara sihat. Untuk dihormati anda perlu menghormati. Semoga pasukan yang lebih bagus akan menang.

p/s -  Struktur dan penggunaan ayat yang skema menunjukkan keseriusan dalam penulisan ini.

KAMBING BAWAH TEMPURUNG

Hidup kat negara orang memerlukan kita hidup bermasyarakat. Bercampur dengan seramai mungkin yang boleh. Tak perlukan satu badan yang formal untuk hidup bermasyarakat. Mungkin betul satu badan atau kelab salah satu cara untuk bermasyarakat. Tapi seberapa kerap sangatlah ahli-ahli kelab ini bertemu kalau nak dibandingkan dengan mereka yang bermasyarakat secara tak formal.

Apalah gunanya jika kau berjawatan tinggi dalam kelab jika tak pandai bercampur. Lebih selesa hidup dalam kelompok sendiri. Bercampur dengan orang ramai tak perlukan satu medium yang eksklusif. Hidup jangan jadi macam kambing. Lebih selesa hidup dalam kawanan sendiri. Spesis sendiri. Bila terpisah dari kawanan, diam membisu.

Bila kawan ramai keliling kita cakap besar tunjuk belang. Tapi bila sorang-sorang pengecut pemalu macam semua orang. Hidup ni jangan jadi hipokrit. Buat apa yang kita suka. Kalau buat satu benda kerana terpaksa dan untuk menjaga hati orang lain, apalah gunanya. Hidup kena cool. Tak boleh cepat melatah. Biarlah orang memalukan kau sekalipun, stay cool bro. Kawan kau ramai.

p/s - Daripada aku pergi meeting, baik aku pergi swimming. Boleh usha awek mandi.

MUSUHNYA HABIS BINASA

Malam Sabtu 29 Oktober. Final piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan. Sebagai anak jati Negeri, sememangnya game ini lebih bersemangat untuk aku tengok. Pada waktu yang sama kat EPL Chelsea tengah lawan Arsenal.

Aku memang tak layan EPL. Sekadar tengok macam tu sahaja. Orang-orang yang layan EPL ni biasanya orang Melaka dan KL. Sebab ? Melaka dengan KL mana ada team bola kat dalam Liga Malaysia. KAHKAHKAH. Ok Johor dengan Sarawak pun termasuk sekali.

Feel sokong team kelahiran sendiri memang berbeza dengan sokong team-team EPL. Aku pon tak paham dimanakah rakyat-rakyat Malaysia yang lahir di England ni dapat semangat yang begitu jitu untuk menyokong team-team EPL. Ibarat kelab-kelab tersebut adalah tanah tumpah darah mereka. Ibarat Wayne Rooney menyokong Selangor. Takde kaitan langsung dengan diri sendiri. Namun begitulah rakyat Malaysia. Mat saleh bagi mereka semuanya hebat.

Bayangkan perasaan menyokong pasukan kelahiran di stadium, bersama-sama mereka yang turut sama menyokong. Walaupun tak kenal dengan mereka-mereka ini, kami tiada masalah untuk berpelukan dan bersorakan bersama-sama ketika pasukan negeri kelahiran sendiri menjaringkan gol. Perasaan yang sukar digambarkan. Bak kata Rooney, awesome !

Cakap banyak tiada guna. Biarlah aku dilabel kolot melayan Liga Malaysia. Asalkan kepuasan terasa di dalam diri. Tak payah nak bajet England sangat. Seburuk mana pun, Malaysia tetap tanah negara kita yang dijunjung. Berhentilah mendewa-dewakan anasir-anasir luar. Semoga Melaka, Johor, KL dan Sarawak mempunyai pasukan bolasepak sendiri selepas ini. KAHKAHKAH.

p/s - Negeri Sembilan memang power ! Hobin jang hobin !

DULU KINI DAN ESOK

Orang cakap hidup ini bagaikan roda. Hari ini ada ramai kawan,esok lusa mungkin semuanya hilang. Kalau hari ini roda masih elok,esok mungkin roda sudah pancit.

Kalau hari ini kita masih friend dengan seseorang di facebook, esok lusa sedar tak sedar mungkin kita sudah di unfriend. Kalau hari ini blog sesorang masih boleh dibaca,esok lusa mungkin sudah menjadi private.

Hari ini mungkin kita boleh bergelak ketawa dengan sesorang,esok lusa kita mungkin bercakaran mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar. Kalau dulu kita sering bertegur sapa,hari ini,esok atau lusa mungkin masing-masing sepi tanpa khabar berita.

Kalau dulu ilmu penuh di dada,hari ini mungkin semuanya sudah dilupakan. Kalau dulu boleh bahan member tanpa ada kesan apa-apa,sekarang semuanya mudah tersentuh hati dan jiwanya.

Dulu, hari ini dan esok mungkin tak sama. Hidup ini satu perubahan. Berubah tak salah. Tapi kenapa kita perlu berubah ke arah yang menyedihkan jika kita boleh memilih yang sebaliknya? 

p/s - Bila elaun nak masuk? Gua pokai habis dah ni.

HIKAYAT SEORANG BAYI COMEL

Malam yang hening, 5 Oktober 2011, aku terjaga dari tidur selepas tertidur lebih kurang pada pukul 9 malam 4 Oktober. Pada tarikh 4 Oktober aku menerima berita bahawa maksu dah selamat bersalin dan ini bermakna aku mendapat sepupu yang baru. Nice effort paksu and maksu. Pada 21 tahun yang lepas juga pada tarikh 5 Oktober 1990 telah lahir seorang bayi lelaki yang comel bertempat di Hospital Seremban.

Bayi comel tersebut diberi nama Muhamad Zaki yang dalam buku 99 nama Islam di rumah aku bermaksud yang cerdik,yang bersih, yang harum Tidak hairan lah sejurus saja kelahiran bayi tersebut, ramai orang yang mencium beliau kerana terbukti beliau sememangnya harum. Sehingga lah kini,selepas 21 tahun, keharuman bayi tersebut masih kekal semulajadi.

Pada umur 21 tahun, Muhamad Zaki sebagai seorang warganegara Malaysia sememangnya telah layak untuk mendaftar sebagai pengundi. Pada umur sebegini juga, beliau diharap untuk menjadi individu yang lebih matang dan berwawasan. Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah kerana telah memberikan beliau umur dan kesihatan yang baik. Apalah guna jika mempunyai umur yang panjang namun terlantar sakit dan menderita.

Akhir kata, semoga beliau menjadi insan yang bejaya di dunia dan akhirat. Kepada yang telah memberikan ucapan hari lahir,terima kasih diucapkan kerana tanda ingatan. Semoga Muhamad Zaki diberikan kekuatan untuk menjalani hari-hari mendatang yang penuh berliku dan cabaran. Berusahalah.

p/s - Dah 21 tahun. Jom kawen !

TEGAP

Hari ni genap lima hari di Jakarta setelah becuti panjang di tanah tumpahnya darahku Malaysia. Betul lah orang tua cakap hujan batu kat negeri sendiri jugak terbaik. Sebulan lebih kat rumah membuatkan ramai orang telah keliru antara aku dan Aaron Aziz. Makin tegap kata mereka.

Yelah makanan sentiasa terhidang. Tak perlu risau kalau lapar. Sampai sekarang aku hairan bagaimana berat badan bertambah di bulan puasa yang lepas. Tapi itu bukan masalah yang besar. Orang cakap rezeki tak baik ditolak kan?

Sisa-sisa kehidupan di Jakarta harus dihabiskan. Lagi empat tahun. Bermakna empat tahun lagilah terpaksa berhadapan dengan mereka yang pelbagai ragam demi mencari sesuap nasi.

Tapi tak mengapa, empat tahun bermakna peluang untuk mencari isteri kedua dari Pulau Jawa ini masih panjang. Berusahalah.

p/s - Jauh dimata dekat dihati.

KAD RAYA

Lagu raya makin hari makin gah berkumandang di corong-corong radio. Namun dimana silapnya,diri ini tiadalah semangatnya untuk beraya. Tidak seperti zaman-zaman belum mumayiz dahulu kedatangan 1 Syawal di nantikan dengan penuh semangat.

Bukan masalah duit raya yang menjadi masalahnya sekarang. Tapi entah mengapa makin dewasa feel untuk beraya tu macam kurang sikit.

Betul lah orang cakap,modenisasi tu memerlukan harga yang perlu dibayar. Dulu sebagai orang yang popular, aku sering menerima kad-kad raya daripada peminat-peminat. Terasa diri bagai seorang selebriti apabila bangun tido,bukak peti surat dan terlihat sampul surat yang tertulis nama Muhamad Zaki bin Marsoha.

Sebagai seorang yang steady dan cool, kad-kad raya yang diterima tidak pernah dibalas. Biasalah kena jual mahal sikit.

Sekarang nak dapat satu kad raya pun susah. Kalau ada pun kad raya daripada UMNO cawangan Kuala Pilah. Itu pun tak ikhlas. Yelah kalau setakat print dari komputer dan jiran sebelah rumah pun dapat kad yang sebijik, tiada langsung nilai estestika disitu.

Seperti biasa orang sekarang lebih mudah untuk wish hari raya di facebook mahupun twitter. Yelah dah moden ye tak? Sesungguhnya aku rindu nak dapat kad raya daripada peminat-peminat. Mana mereka semua pergi ?

p/s - Pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas.

GEMURUH

Kereta Ferrari dan kereta kancil memang berbeza. Namun masing-masing kalau berlumba,mempunyai misi yang sama, sampai ke destinasi yang sama. Kancil mungkin tak segah Ferrari. Orang yang memandu Kancil mungkin merasa rendah diri. Yelah apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang bawak Ferrari.

Orang sekeliling juga sudah tentu lebih memandang tinggi kepada mereka yang bawak Ferrari. Kancil ? Macam biasa pandang sebelah mata sahaja. Namun Kancil steady berhujan panas. Tak perlu risau kotor dan pudar warnanya. Ferrari perlu dibelai dimanja,disimpan dan diselimut setiap malam.

Hidup ni kalau selalu senang, tak mencabar lah ye tak ? Macam mana nak kuat kalau tak kena uji. Nak tak nak,ujian kena lalui dengan steady. Untuk menjadi seorang Rambo, tak kan lah nak duduk didalam bilik air cond sahaja. Paling kurang kena lepak dalam hutan sebulan dua. Baru lah kuat.

Kalau setakat duduk dalam bilik layan K-Pop macam mana nak kuat ? Kuat luar tak bermakna kuat di dalam. Bangunan tinggi mana pun kalau pasak di bumi tak kuat,kecundang jatuh ke tanah jua.

p/s - Kecundang hari ini,esok bangun kembali ;)

HARAPAN

Kesibukan boleh menjadi batu penghalang. Dalam dunia sekarang ini,duit menjadi tujuan, kesibukan menjadi makanan sehari-harian.

Kalau kau berempati,kau akan faham. Hidup ini satu pilihan. Sentiasa ada ruang untuk memilih. Masa dan duit sama-sama penting. Namun masa yang hilang tidak boleh diganti.

Jangan sampai mereka meninggalkan dunia, disaat itu duit sebanyak mana pun tidak mampu menghidupkan mereka yang sudah tiada. Kesibukan yang sering menghampakan mereka yang mengharap mungkin akan menjadi sesalan.

Saat tersebut, baru kau tahu nilai masa yang telah terbuang.

p/s - Janji hanya tinggal janji.


PRICELESS

A man came home from work late, tired and irritated, to find his 5 year old son waiting for him at the door. “Daddy, may I ask you a question?” “Yeah, sure, what is it?” replied the man.

“Daddy, how much money do you make an hour?” “That’s none of your business! What makes you ask such a thing?” the man said angrily. “I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?” pleaded the little boy. “If you must know, I make $20.00 an hour.” “Oh, ” the little boy replied, head bowed.

Looking up, he said, “Daddy, may I borrow $10.00 please?” The father was furious. “If the only reason you want to know how much money I make is just so you can borrow some to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you’re being so selfish. I work long, hard hours everyday and don’t have time for such childish games.”

The little boy quietly went to his room and shut the door. The man sat down and started to get even madder about the little boy’s questioning. How dare he ask such questions only to get some money. After an hour or so , the man had calmed down, and started to think he may have been a little hard on his son. May be there was something he really needed to buy with that $10.00 and he really didn’t ask for money very often.

The man went to the door of the little boy’s room and opened the door. “Are you asleep son?” he asked. “No daddy, I’m awake,” replied the boy. “I’ve been thinking, maybe I was too hard on you earlier,” said the man. “It’s been a long day and I took my aggravation out on you. Here’s that $10.00 you asked for.” The little boy sat straight up, beaming. “Oh, thank you daddy!” he yelled. Then, reaching under his pillow, he pulled out some more crumpled up bills. The man, seeing that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, then looked up at the man. “Why did you want more money if you already had some?” the father grumbled.

“Because I didn’t have enough, but now I do,” the little boy replied. “Daddy, I have $20.00 now… Can I buy an hour of your time?”

Credit to Munzir

p/s - Can I buy an hour of your time ?

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Hari ini tamat sudah satu tahun sebagai pelajar perubatan. Lagi empat tahun menunggu. Ya EMPAT tahun. Kalau kawen empat tahun dah boleh dapat empat orang anak. Dan kalau setiap tahun dapat anak kembar mungkin lapan orang anak sudah berjaya diperoleh. Namun apakan daya pilihan sudah dibuat. Empat tahun harus dihabiskan mahu tidak mahu. Setahun yang sudah berlalu, dilalui dengan suka duka. Tahun yang kedua mungkin perlu lebih serius.

Sekarang hanya menanti masa untuk pulang ke tanah air. Sememangnya masa yang dinantikan setelah sekian lama merantau di Jakarta yang sentiasa sesak dan padat ibarat semut-semut mengurumuni gula. Kepulangan kali ini agak bermakna kerana dapat menyambut puasa dan raya bersama-sama keluarga tercinta. Semoga Ramadhan kali ini membawa perubahan yang lebih baik kepada diri. Amin.

Malam ni Malaysia lawan Singapura di Bukit Jalil. Alangkah indahnya jika diri ini dapat bersama-sama mereka memberi sokongan. Sudah lama kaki tidak menjejak kan kaki ke stadium di Malaysia. Kali terakhir ke stadium adalah di Gelora Bung Karno yang menyaksikan harimau terkulai dimakan garuda 5-1. Semoga malam ini Bukit Jalil menjadi igauan ngeri buat mereka yang dari Singapura. Walaupun jasad tidak hadir namun sokongan tetap diberikan. Malaysia, tanah tumpahnya darahku.

p/s - Go find another job please.

One O One

Sometimes the best memories are the saddest ones, because you know that they'll never happen again.

p/s - Kecewa

HOBIN JANG HOBIN

Aku orang England. Warganegara England. Tapi aku pandai berbahasa Melayu. Sebagai rakyat England, aku memang gilakan bolasepak. Masakan tidak, persatuan bolasepak yang tertua di dunia adalah FA England. Tapi aku tak layan EPL walaupun aku tinggal kat England. Aku lebih suka menonton Liga Super Malaysia di RTM pada hujung minggu. Oh ya pasukan favorite aku dalam Liga Super adalah Negeri Sembilan. Sebagai rakyat kebanyakan yang bekerja sebagai pemandu bas double-decker merah, impian untuk pergi ke Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi bagi menonton perlawanan yang melibatkan Negeri Sembilan hanyalah ibarat mimpi di siang hari.

Namun pada suatu hari, impian untuk melihat dengan mata sendiri Negeri Sembilan beraksi di England mula berputik. Ini bermula apabila sahabatku menceritakan bahawa pasukan Big Four Liga Super yaitu Kelantan, Selangor dan Kedah akan datang ke England bagi melawan pasukan kebangsaan England. Ketiga-tiga pasukan ini termasuk Negeri Sembilan sendiri memang mempunyai jumlah penyokong yang ramai di England. Tapi impian ku musnah apabila mengetahui bahawa Negeri Sembilan tidak datang ke England. Yang datang hanyalah tiga pasukan tersebut. Ini kerana ketiadaan Zaquan Adha yang sibuk melayan isteri barunya Ayu Raudhah.

Sebagai penyokong tegar Negeri Sembilan aku amat kecewa sekali. Namun ini tidak mengapa. Aku berrcadang untuk memprovok penyokong-penyokong ketiga-tiga pasukan dengan memakai baju Negeri Sembilan apabila ke Stadium Wembley nanti. Tiba hari perlawanan yang pertama, iaitu perlawanan antara Selangor menentang skuad Piala Dunia England, aku terasa seolah berada di Stadium Shah Alam apabila Stadium Wembley penuh dengan mereka yang berjersi Selangor. Tapi masing-masing adalah rakyat England. Mengapa mereka tidak memakai jersi England. Mengapa? Habis siapa yang akan menyokong England, tanah tumpah air kita nanti ? Siapa?

Aku yang memang dari rumah memakai baju Negeri Sembilan mencelah di kelompok orang ramai untuk mencari tempat duduk. Namun tiba-tiba semua orang disekelilingku memandang dengan gaya tidak puas hati. Dalam sekelip mata mereka mengelilingi aku dan memaksa aku membuka jersi Negeri Sembilan. Ya mereka semua adalah rakyat England sama seperti diriku. Tapi kerana kelab asing dari Malaysia datang ke England, aku diperlakukan sedemikian. Oleh rakyat negara England sendiri. Aku yang takut dicederakan akur dengan tuntutan mereka dan terus keluar dari stadium. Oleh kerana tak puas hati, aku telah mebakar Stadium Wembley. Lalu mereka semua pun mati. KAHKAHKAH.

p/s - Fanatik satu kebodohan.

MELAYU BODOH

Orang Melayu Malaysia adalah orang yang paling taksub dengan segala benda yang ada kaitan ngan Mat Saleh. Kadang kala lupa bahawa diri lahir kat felda dan ceruk-ceruk kampung. Video kat bawah ni menunjukkan kebodohan segelintir orang Melayu kita. Fanatik berlebihan adalah bodoh.


Mamat India ni datang tengok Liverpool training dengan pakai baju Man U. Dan kebanyakan penyokong Liverpool yang aku tengok dalam video ni semuanya Melayu. Perangai masing-masing langsi kemain macamlah dorang lahir kat Liverpool. Aku kesian sebenarnya kat Indian family tu. Dorang elok-elok datang nak tengok dengan aman-damai tapi Melayu kita yang bodoh ini beria-ia suruh mamat Man U ni bukak baju. Dan semua fans Liverpool ini adalah orang Malaysia dan Liverpool akan lawan Malaysia.

Ironinya apabila mereka memakai baju Liverpool dan bukannya Malaysia. Aku bukan penyokong Man U atau mana-mana kelab EPL. Takde kaitan dengan aku. Perangai mamat-mamat Melayu dalam video ni memalukan aku yang Melayu ni. Aku paling tak puas hati dengan mamat Melayu rambut panjang kat belakang tu. Semangat lebih. Lahir kat felda je padahal. Palat.

p/s - Aku orang Melayu.

RENDANG AYAM

Bagi anak manja macam aku ni, perasaan tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman memang tidak dapat dielakkan. Target semasa cuti nanti adalah untuk memenuhkan perut dengan segala jenis makanan Malaysia. Bukannya apa, kalau dah 5 bulan dok makan benda yang sama kat sini, benda yang sedap pun boleh jadi tak sedap. Betul lah orang cakap Malaysia tu syurga makanan. Kau lapar tengah-tengah malam boleh pergi kedai mamak layan roti canai 2-3 helai sambil secawan teh tarik.

Tapi kat Indon ni kalau lapar tengah malam memang merana lah. Kat sini tiada kedai yang berkonsepkan mamak yang menjual makanan berat tengah pagi buta. Kalau adapun hanyalah sekadar mengalas perut. Apa? Masak lah sendiri ? Aku bukannya malas masak. Tapi orang-orang tua ada cakap kita kaum lelaki ni jangan rajin sangat nak memasak. Nanti kena queen control.

Nak layan fast food kat Indon pun diluah mati emak,ditelan mati bapak. Kalau kat Malaysia KFC sepinggan lengkap snack plate tu dah cukup untuk memenuhi kebutuhan gizi tubuh badan manusia, kat sini KFC hanyalah sekadar ayam. Takde cheesy wedges, potato mash dan sayur putih tu ape ntah aku lupa nama dia. Tapi KFC Indonesia ada sesuatu yang takde kat KFC Malaysia. Dorang ada jual bergedil. Mana nak cari KFC ada jual bergedil. Gila. Memang aku makan KFC kat sini tak sampai menjilat jari. Setakat bergedil aku boleh suruh mak aku buat lah.

Tapi itulah nasib badan. Makan untuk hidup. Walaupun kadang-kadang esofagus sendiri pun sudah tidak mampu menelan makanan yang sama tiap hari. Untuk mengekalkan susuk tubuh persis Merong Mahawangsa aku ini, aku perlukan makanan. Tanpa makanan, ibarat pokok bunga yang tidak mendapat baja, terkulai layu di tasik madu. Haram jadah. Aku dah mula merapu. Aku lapar sebenarnya ni.

p/s - Nasi himpit kuah kacang tambah lodeh dimakan bersama ayam rendang. PERHHH !

KAWAN ITU KELUARGA

Di tengah malam yang hening ini, aku rindukan mereka. Seriously.

Hiking And Camping Club ( HACC )


Kau akan ada kawan nak gaduh tanpa rasa serba salah kalau kalau kau menyakitkan hati orang tu.
Kau akan ada kawan untuk kau menganjing tanpa berperikemanusiaan.
Kau akan ada kawan yang akan support kau waktu kau down.
Kau akan ada kawan yang tengok muka selebet bangun pagi pagi waktu camping tanpa rasa segan silu.
Kau akan ada kawan yang tolong tolakkan beg waktu kau tak larat masa tengah hiking.
Kau akan ada kawan yang SUPER DUPER GILA CAMWHORE MACAM ORANG UTAN TAK PERNAH JUMPA CAMERA.
Kau akan ada kawan yang memenuhkan notification Facebook kau dengan comment yang meleret leret.  
Kau akan ada kawan yang mampu buat kau nangis. Buat kau ketawa. Buat kau senyum.   


And definisi kawan tak layak diletak sebagai kawan lagi dah. They are family. We are brothers and sisters. We once lived together, and will never be apart from each other. InsyaAllah. May Allah bless you my dearie, no matter where you are. 


Entry asal daripada blog kepunyaan ROROK ( bakal sasterawan negara )


p/s - Sometimes the best memories are the saddest ones, because you know that they'll never happen again.

LAYLA NAMAMU TERATAS

Ini adalah lagenda. Selagenda Hang Tuah dalam hikayat Melayu. Namun Hang Tuah sudah lama tidur. Yang satu ini masih power. Umpama padi, makin tinggi makin berisi. Mee segera memang sedap dimakan. Boleh mengenyangkan namun tidak berkhasiat. Namun begitu orang ramai tetap suka memakannya. #sarkastikmacambiasa




Makanan yang berkhasiat sangat penting. Memastikan tubuh badan sihat dan tahan lama untuk dipakai. Mee segera hanya indah di luar, dibuai oleh kesedapan yang sementara namun khasiat yang tiada. Bebaskan diri daripada mee segera dengan kadar segera. Jangan tertipu dengan plastik balutan mee segera yang indah rupa daripada yang sepatutnya.

p/s - Hari yang gelap.

PANDEMIC

Aku peminat tegar K-pop. Lagu-lagu dan drama-drama Korea memang menjadi kegilaan aku. Memang minat habis. Layan Korea memerlukan aku memberikan tumpuan yang seratus peratus. Jadi aku dah buat beberapa keputusan  kat bawah ni agar fokus aku terhadap apa-apa yang berkaitan Korea tak terganggu.

  • Lepas ni kalau member ajak  main futsal, aku akan menolak sebab nak tengok City Hunter episod satu.
  • Lepas ni kalau member ajak Oovoo, aku akan menolak sebab aku nak tengok City Hunter episod dua.
  • Lepas ni kalau member ajak lepak kat McD, aku akan menolak sebab nak tengok City Hunter episod tiga.
  • Lepas ni kalau member ajak Skype, aku malas layan sebab nak tengok City Hunter episod tujuh.
  • Lepas ni kalau member call, aku malas angkat sebab nak tengok Running Man episod lapan belas.
  • Lepas ni kalau member mesej, aku malas reply sebab nak tengok Running Man episod tiga puluh tiga.
  • Lepas ni kalau member suruh teman pergi beli barang, aku malas ikut sebab nak tengok Running Man episod empat puluh.
  • Lepas ni kalau member mintak tolong ape-ape aku taknak tolong. Come on lah. Jangan kacau aku layan Korea boleh tak? Kalau nak aku tolong tunggu episod seratus dua puluh habis dulu. Sekarang aku baru tengok episod dua puluh. 

p/s - Sarcasm on.

POLITIKUS USANG

Paksaan dan sukarela perkara yang sangat berbeda. Jika Najib Razak ajak kau masuk Umno dan berjanji nak bagi kau jawatan, tapi hati kecil kau berkata bahawa kau tak nak tapi terpaksa join jugak, tu paksaan namanya. Orang Malaysia memang begitu. Tak suka menolak ajakan orang lain kerana takut akan mengecewakan hati orang tersebut. Nak tak nak terpaksa juga terima walaupun sedar yang diri kau tak mampu nak pikul amanah. Hak masing-masing untuk nak terima atau tak. Tiada hak bagi yang berkuasa untuk memaksa kau masuk menyertai mereka.

Itu kalau orang yang memikirkan kemampuan diri melebihi jawatan. Bagi mereka yang gilakan jawatan seperti kebanyakan ahli-ahli parlimen di Malaysia sekarang, mereka sanggup bermati-matian untuk mendapat jawatan tertentu. Sebelum dapat jawatan pelbagai janji ditabur. Menolong rakyat bagai. Bila dah berkuasa, nafsu menguasai diri. Kekayaan yang dicari,rakyat merana diri. Kalau tak mampu buat kerja lebih baik serahkan sahaja kepada mereka yang ahli. Tidak menyusahkan orang lain.

Bagi mereka yang telah menolak untuk menerima apa-apa jawatan, yang berkuasa haruslah menghormati keputusan tersebut. Tiada hak bagi anda untuk memaksa dan tidak wujud istilah kuasa veto disini. Si empunya diri sudah menolak dengan baik, menyedari kemampuan diri, apa lagi yang anda mahukan. Hormatilah mereka. Cari mereka yang lebih sukarela. Itu lebih baik agar tidak wujud masalah kelak. Kepemimpinan akan dipersoalkan kelak di hari muka. Tidak perlu rakus dengan jawatan. Berempatilah.

p/s - Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia : Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

RAPUH

Minyak wujud dalam bentuk cecair. Air juga dalam bentuk cecair. Namun air boleh dibekukan untuk menjadi ais. Namun bukan persoalan ais yang hendak dibangkitkan disini. Dalam kimia kita belajar bahawa air dan minyak tidak akan pernah bercampur walaupun kedua-duanya adalah cecair.

Walaupun air dan minyak datang dari sumber alam dan kedua-duanya sangat penting, namun mereka tetap tidak akan bercampur. Cuba bayangkan air dan minyak bergabung, apakah yang akan terjadi ? Bergabung di sini bukanlah dalam konteks kimia tetapi dari segi kepentingan dan kekuatannya. Bayangkan sebuah negara X merupakan satu-satunya negara pengeluar air dan minyak sudah tentu lah negara ini akan menjadi negara yang kuat.

Namun begitu, ianya hanyalah angan-angan. Minyak dan air tidak mungkin bisa bercampur. Masing-masing dengan kekuatan dan ego masing-masing. Membuat hal sendiri. Tiada sosialisasi. Yang penting hidup masing-masing tidak terganggu. Kau dengan hal kau, aku dengan hal aku. Apa ada hal ?

p/s - Tabik kepada mereka yang padu.

MARI BELAJAR GEOGRAFI

Malam ini hujan di Jakarta. Esok hari Rabu. Ada kelas macam biasa. Petang tadi tak tidur pun. Petang tadi juga dapat tahu ada gempa bumi kat utara Sumatera. Apesal intro macam takde kesinambungan langsung ni ? Ah persetankan semua itu. Ini bukanlah karangan SPM yang harus menepati piawai Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dan di saat perenggan pertama ini habis ditulis, jam menunjukkan pukul 11 malam waktu Indonesia Barat.

Sebut pasal gempa bumi, macam biasalah dulu kecik-kecik selalu baca kat suratkhabar yang Indon ni memang pusat gempa bumi. Namun begitu, Indon bukanlah sebesar Melaka yang kalau diluah mati emak, ditelan mati bapak ( ok takde kaitan ). Gempa bumi petang tadi terjadi kat pulau Sumatera yaitu kalau dilihat dalam peta  berada di sisi lateral sinistra Semenanjung Malaysia. Jakarta pula berada di inferior Semenanjung Malaysia yaitu dalam Pulau Jawa. Pulau Jawa dan Pulau Sumatera tidak bersambung.

Peta nukilan ZakiMarsoha


Jadi kalau gempa bumi kat Sumatera insyaAllah setakat ni tak terasa sampai kat Jakarta. So far yang bergegar kat Jakarta ini cumalah goyang-goyang gerudi para pengdangdut amatur se- Indonesia. Waima K-pop juga tidak dapat mengalahkan dangdut fever ini. Penangan dangdut sangatlah hebat. Pakcik-pakcik yang berketayap dan berkain pelikat pada awalnya akan datang jiwa keremajaannya secara tiba-tiba apabila mendengar dangdut. Mereka bisa bergoyang sampai pagi. Takde hal.

Kesimpulannya, Upin Ipin amatlah popular di Indonesia. Apabila diketahui sahaja oleh rakyat tempatan bahawa anda dari Malaysia, spontan perkataan Upin Ipin keluar dari mulut mereka. Muka ini terlampau comel sehingga mereka berkata begitu. Tak mengapa itu dimaafkan.Oh ya. Tidak dilupakan Siti Nurhaliza juga amat dominan disini. Cuma itu. Tiada Faizal Tahir, Tomok mahupun Aaron Aziz. Mereka semua tidak popular disini. Sekian karangan saya. Terima kasih.

p/s - Berkawan biar beribu. Berkahwin biar empat ! HAHA.

INTI SANDWICH EPISOD 2

Situasi selepas balik dari main futsal. Kesinambungan dari sini.

Nampaknya keputusan beliau untuk bermain futsal dan memilih sikap berkecuali telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada kedua-dua belah pihak. Apakan daya bila sudah mencuba yang terbaik untuk tidak menyakiti hati sesiapa, namun usaha tersebut dipandang serong, hanya redha dan sabar menjadi pendinding.

Memang susah untuk memuaskan hati semua pihak. Bila dua pihak yang tidak berapa ngam merupakan kawan anda, anda akan tersepit dalam situasi-situasi tertentu. Usaha yang murni akan sentiasa dipandang serong. kalau terasa hati , maaf dipinta. Manusia biasa memang tak lepas dari sebarang kesilapan. Beliau sudah melakukan yang terbaik.

p/s - Berkawan biar beribu. Bermusuh jangan sesekali.

INTI SANDWICH

Situasi di satu petang yang hening.

Kawan A mengajak lepak di tempat yang juga diberi huruf algebra A. Manakala kawan B mengajak lepak di tempat B. Kedua-duanya dalam waktu yang sama. Sebagai member kepada A dan B, beliau sekarang berada dalam dilema seumpama di hujung jalan yang mempunyai dua percabangan. Beliau haruslah berlaku adil atau dalam bahasa Jawanya ' win-win situation'.

Persoalannya kenapa beliau tidak mengajak kawan A dan kawan B lepak di tempat yang sama? Apakan daya masing-masing tetap dengan kehendak masing-masing. Bukannya beliau tidak mencuba menyatukan tetapi gagal. Untuk menyatukan dua pihak yang kurang sekepala anda memerlukan skil. Bukan futsal sahaja memerlukan skil. Dan ternyata skil futsal lebih mudah diaplikasikan daripada skil penyatuan ini.

Sebagai langkah adil, beliau mengambil keputusan untuk bermain futsal sahaja dimana skil-skil yang dipelajari di Youtube dapat diaplikasikan dengan mudah. Ini juga mewujudkan 'win-win situation'. Pengajaran yang diperoleh hari ni, dalam berkawan anda haruslah adil.

Dan ini membuatkan beliau terfikir, hari ini beliau telah mengaplikasikan nilai adil dalam berkawan. Mungkin selepas ini tiada masalah untuk beliau mengaplikasikan nilai adil di dalam perkahwinan antara isteri-isteri beliau yang empat. HAHA.

p/s - Kalaulah kawan-kawan aku sama kawan-kawan juga. OH.

RAHSIA

Sambil mendengar lagu Rahsia dendangan Republic of Brickfields, otak ini ligat berfikir yang ada benda lebih baik kekal untuk jadi rahsia daripada diketahui oleh orang lain. Setiap orang ada rahsia masing-masing. Tidak kira lah yang hitam pekat atau hitam cair. Masing-masing ada cerita yang tersendiri .

Kalau yang tidak bernasib baik, rahsia akan jatuh ke tangan orang lain dan kembali menghantui hidup sekarang. Kalau yang bernasib baik, rahsia akan kekal menjadi rahsia seburuk mana pun ia.

Tapi kita memang dianjurkan begitu. Aib sendiri tak baik dibuka. Biarkan sahaja ia menjadi urusan kita dan Tuhan. Pekung didada sendiri jangan dibuka. Orang cakap kenyataan yang pahit kadang-kadang lebih baik daripada hipokrasi yang berbunga-bunga.

Hidup ni tak lama. Sepandai-pandai rahsia disimpan kelak dibongkar juga di hari muka.

p/s - Phewwwww.

KOREA CELUP

Zaman sekarang ni, ramai perempuan yang gilakan pelbagai bentuk hiburan yang berasal dari Korea Selatan. Gilakan dalam konteks ayat ini adalah tahap obses. Sehinggakan setiap tweet dan status di Facebook berkaitan dengan artis-artis Korea yang jambu mengalahkan Hazami. Lepas tu segala update artis-artis ini diketahui dengan pantas, sepantas Bugatti Veyron di jalan raya.

Masing-masing terpana dengan kecomelan artis-artis lelaki Korea ini dan jika tubuh badan mereka ini gagah perkasa umpama merong Merong Mahawangsa, lagilah bertambah kegedikan golongan-golongan mereka yang obses ini. Ini sangatlah sexist. Kalau lelaki menyukai artis-artis wanita dan memuji bentuk badan artis tersebut, akan diterima pelbagai label seperti pervert, gila seks dan lain-lain lagi.

Tetapi bila perempuan memuji artis-artis lelaki dengan bentuk badan yang gagah amatlah tidak mengapa. Oh tersangatlah adilnya disitu. Aku yang sekadar memerhati melalui alam maya hanya mampu tersenyum melihat mereka-mereka ini. Yelah, seobses-obses wanita terhadap mamat Korea, akhirnya berkahwin dengan lelaki Melayu juga akhirnya. #pepatahbaru

Mungkin kalau sudah jodoh mereka dengan orang Korea, apa boleh buat. Namun mungkin dengan mamat Korea yang persis komunis-komunis dan bukannya jambu dan comel seperti yang diharapkan. Disaat itu menangis air mata darah pun tiada gunanya. Tabik spring kepada mereka yang tidak jatuh didalam perangkap kekoreaan.

p/s - Berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara amatlah menjengkelkan. Serius.

MATAHARIKU

Bagi orang-orang yang dilahirkan di Eropah seperti aku ini, cuaca di Jakarta amatlah panas sekali. Matahari di Jakarta seperti ada dua buah kerana panasnya yang amat menyengat sekali. Oleh kerana itu aku mengambil keputusan untuk duduk dirumah sahaja kerana aku telah diajar sejak sekolah rendah bahawa sinaran UV daripada matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Ditambah pula dengan genetik orang Eropah di dalam diri, kekurangan melanin pada kulit menyebabkan sinaran matahari amatlah berbahaya.

Selimut untuk tidur malam amatlah tidak diperlukan disini. Kipas perlu dibuka 24 jam. Bukan tak mempunyai niat untuk memasang pendingin hawa, tapi bagi lelaki metroseksual seperti aku ini haruslah menjaga kulit dengan sebaik-baiknya. Awal Ashaari pernah memberi nasihat bahawa pendingin hawa bisa menyebabkan kulit menjadi kering dan bersisik seperti ular bersalin kulit. Justeru memadailah hanya sekadar menggunakan kipas murah yang dibeli di Carrefour.

Namun begitu, walaupun berbekalkan kipas murah, tatkala berjalan-jalan di kota Jakarta, ternyata aku lebih bernasib baik daripada mereka-mereka yang meminta di tepi-tepi jalan untuk meneruskan kehidupan sehari-harian. Tidak mempedulikan langsung dengan sinaran matahari yang menyengat tubuh kerana apa yang penting, mereka harus terus mencari rezeki untuk meneruskan hidup walaupun dengan cara meminta-minta.

Mungkin aku perlu lebih bersyukur selepas ini. Walaupun panas, sekurang-kurangnya aku masih ada kipas untuk menyejukkan badan. Jakarta oh Jakarta.

p/s - Barang-barang Made in China memang terbaik. Laptop pun boleh jadi home theater. HAHA.

IKAN NURI

Dulu masa sekolah rendah, semua benda seronok. Time belajar pun seronok. Masa tu, tak perlu nak stadi untuk peperiksaan akhir tahun tapi still result membanggakan. Tap sekarang, kalau tak stadi untuk exam, memang kelaut lah nampaknya.

Apa beza dulu dan sekarang? Mungkin dulu masa kecik masih belum mumayiz, suci daripada dosa jadi sekali cikgu cakap terus ingat. Kalau sekarang jangan cakap lah, lecturer cakap baru 5 minit tadi pun boleh lupa. Haih hati gelap sangat ni. Sebab tu senang lupa. Dulu masa sekolah rendah balik rumah terus merayau main-main dengan kawan-kawan. Tak payah nak revise-revise.

Tapi normal lah macam tu. Belajar makin lama makin susah. Dulu masa kecik tak sabar-sabar nak jadi besar, sekarang bila dah besar mula lah berangan nak pergi zaman budak-budak balik. Apa-apa pun, jadilah seperti bola bowling yang sentiasa bergerak kedepan untuk sampai kepada target. Bukan ke belakang ye adik-adik. HAHA.

p/s - Ikan nuri adalah spesis ikan yang baru agaknya.

MAKAP LEBIH

Hidup kat negara yang semua orang gilakan duit amatlah mencabar. Semua benda dilakukan kerana duit, semua benda hendak dijual. Korupsi ada di mana- mana. Kesempitan hidup memaksa mereka ini berkelakuan demikian. Memang tiada yang percuma dalam dunia zaman sekarang tapi apabila benda yang seharusnya percuma juga harus dibayar, ianya amatlah menjengkelkan. Tiada langsung konsep ikhlas di dalam diri. Siapa yang harus dipersalahkan?

p/s - Propaganda apa pula selepas ni?

RAJA YANG GEDIK

Siang tadi orang sumer heboh pasal perkahwinan diraja antara Prince William dan Kate Middleton. Perkahwinan yang lebih hebat daripada Yusri dan Erra Fazira. Begitulah nasib apabila menjadi orang yang popular. Semua benda akan menjadi hot. Lebih-lebih lagi bila yang berkahwin adalah seorang putera raja dan bininya adalah rakyat biasa.

Persis cerita dongeng zaman-zaman dulu yang sering mengutarakan kisah seorang rakyat biasa menjadi isteri kepada puteri raja. Seperti kisah Cinderella ataw Snow White zaman moden. Atau kalau dalam konteks nusantara seperti cerita Musang Berjanggut karya P Ramlee. Semuanya bertemakan putera raja yang memilih isteri yang tidak mempunyai darah raja.

Tidak hairanlah ramai rakan-rakan aku yang berjantina perempuan begitu bersemangat untuk menonton live perkahwinan tersebut siang tadi. Semuanya berangan untuk menjadi puteri di hari perkahwinan mereka. Berlawanan pula dengan mereka yang lelaki, tidak mengambil pot langsung tentang majlis tersebut. Punca? Dah semua berangan nak kahwin dengan putera raja, bagaimana pula nasib mereka-mereka ini nanti? Lelaki memang terkenal dengan ego yang tinggi. Bagi mereka, impian tidak realistik wanita-wanita ini telah mencabar keegoan mereka.

Jadi tolonglah berpijak semula di bumi yang nyata. jangan sampai lelaki-lelaki di seluruh dunia membuat perkara yang sama. Hanya mengimpikan puteri-puteri raja untuk dijadikan isteri. Di saat itu menangis air mata darah pun sudah tiada gunanya. Di saat itu bilangan andartu mungkin bertambah dengan pesatnya. Moral of the story, tak payah semangat sangat tengok dorang kahwin. Gedik sangat tu.

p/s - Takde ke mana-mana puteri raja nak pinang aku ?

SI MATA SEPET

Pernah bayangkan kalau Korea Selatan berperang dan askar-askar mereka seperti Lee Min Ho, Super Junior, Beast, 2 PM kejadah semua tu? Pernah? Kalau belum sila bayangkan sekarang. KAHKAHKAH. Aku rasa musuh pun boleh tergoda tengok dorang ni. Haih.

Kalau ada yang bunuh diri jugak memang sakai habislah

Tapi tak semua yang dari Korea Selatan tu gedik, ada juga yang mantap. Filem Taegukgi contohnya. Mantap habis. Tak perlu heroin yang comel dan hero yang jambu tapi menang banyak award. Salute. Nak tengok download sendiri. 

Mantap. Seriously.

p/s - '' Orang yang layan Korea ni selalunya insan-insan kesepian'' - Quoted .

JUAL IKAN

Dulu kat sekolah masa nak dekat-dekat exam mulalah ada program mintak maaf bagai kepada cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Pada masa yang sama juga ada sembahyang hajat perdana dimana mak bapak juga turut terlibat. Tu kat sekolah, kat kolej dan universiti pulak time-time nak exam mula lah masing-masing post kat status Facebook dan Twitter dgn ucapan memohon maaf jika ada buat salah dan silap. Kalau takde exam tak payah mintak maaf. Jadi musuh terus.

Kita dah jadi hamba exam sejak kecik. Sangat takut dengan exam sampai tak pedulikan orang sekeliling. Tak pedulikan kawan-kawan yang mungkin sakit dan perlukan teman. Tapi peduli apa, kalau tolong kawan yang sakit bukannya boleh tolong dapat A dalam exam pun. Lebih baik stadi kan? Kau sakit kau punya hal lah. Yang penting aku dapat A. Kalau nak aku tolong tunggu aku habis exam. Ada masalah?

p/s - Fish the system.

NEGARAKU

Semalam aku ke kedutaan besar Malaysia di Jakarta. Ada program sikit. Dah abes program macam biasa ada ucapan dari VIP. Aku pun lupa siapa VIP tersebut. Memandangkan program ini anjuran kelab UMNO Jakarta, VIP tersebut mengambil peluang untuk mengulas kemenangan BN di pilihanraya Sarawak. What the heck umur aku belum cukup umur lagi untuk mengundi. Tak payah nak cerita politik dalam ucapan perasmian. Cukuplah dengan cerita politik yang penuh kat suratkhabar Utusan.

VIP tersebut macam biasa mengeluarkan ayat cliche yang selalu disebut Perdana Menteri kesayangan kita yang berbunyi 'kemenangan ini membuktikan rakyat masih menerima baik kerajaan BN'. Dengan keadaan dewan masa tu yang panas sampai ke tulang, ucapan VIP tersebut menambahkan kepanasan aku. Macam lah aku tak taw realiti kat Malaysia sekarang. PM tengah pening kepala nak fikir tarikh pilihanraya bila tengok keputusan kemenangan yang malu-malu kucing. Rakyat sekarang semua sudah bijak . Kan bagus kalau buat saja kerja. Tak payah fitnah bagai. Buat kerja dan biar rakyat yang menilai hasilnya.

p/s - Aku nak buat parti baru lah kat Malaysia. Ada sapa-sapa nak join?

GOOD OLD DAYS

Tetiba aku rindukan breakfast pagi ahad bersama Penyot, Mantol, Kabad dan Buyat. Dan kadang-kadang Kibod, Ramlah, Fab, Kurin dan Gaban. Teringat aku pow roti tisu Kurin. Gosip-gosip .Gelak ketawa. Miss the good old days. Sekarang masin-masing dah jauh. Nak tegur kat facebook pun serba salah. Tak pasal-pasal boleh di unfriend. Memang kawan masa kat Intec je kot. Ye aku rindu masa dulu. Aku pun tak faham ape dah jadi. Lelaki dan perempuan memang tak boleh jadi kawan baik kan.

p/s - Kawan-kawan. Rafi jom. Please.

JAKARTA LAGI

Di Jakarta, cewek-cewek yang bekerja di mall-mall besar seperti biasa semuanya cantik-cantik belaka. Tidak perlu bertudung. Ramai yang free hair dan make up setebal 2 inci setengah. Namun begitu, apabila tiba waktu solat, surau di mall dipenuhi oleh mereka ini. Jika anda baru pertama kali tiba di Jakarta, jangan terkejut sekiranya mereka-mereka ini keluar dari surau dengan memakai short skirt pakaian rasmi pekerjaan mereka. Bagi mereka, seksi, seksi jugak. Sembahyang jangan tinggal. Moga nanti terbuka pintu hati mereka ini untuk memakai jilbab. Kayak itu Perempuan Berkalung Sorban . Amin.

p/s - Untunglahhh.

1.06 A.M






Aku susah nak suka lagu baru. Orang cakap aku kolot tapi apa ada hal. Mulut orang memang kau tak boleh tutup. Aku dah addicted dengan lagu ni. Legend - Eric Clapton, Paul McCartney, Ringgo Star and etc. Solo Eric Clapton part akhir lagu ni memang layan. Sori aku malas tulis panjang-panjang. 

p/s - Lepas ni sape tak puas hati dengan ke'annoying' an aku unfriend je aku kat Facebook. Tak payah nak hide segala macam. Sekian terima kasih  #PMS.

YOU DRIVE ME CRAZY

Perempuan di Jakarta kebanyakannya cantik. Persis pelakon sinetron. Aku pun hairan apakah rahsia mereka-mereka ini . Adakah kerana mereka memakan tempe tiap-tiap hari? Itu tak dapat ku pastikan. Tidak hairanlah produk Mustika Ratu lahir di bumi Indonesia dan mungkin mereka yang cantik-cantik ini mengamalkan Mustika Ratu sejak dari kecil. Namun begitu kecantikan ini telah menyeksa pandangan lelaki-lelaki seperti aku ini. Setiap hari dihidangkan dengan wajah-wajah umpama Nia Ramadhani, Julia Perez, Luna Maya dan ramai lagi membuatkan aku menjadi tidak senang duduk. 

Nak tak nak terpaksalah aku menundukkan pandangan. Tapi apakan daya di dalam kelas aku sendiri ramai mereka-mereka yang cantik ini. Selama mana pun aku menundukkan pandangan, aku terpaksa jua berhadapan dengan mereka ini. Tidak cukup dengan itu, aku diseksa lagi dengan pakaian-pakaian mereka ini yang kadangkalanya memakai short skirt dan tshirt ketat. Oh apalah nasib. 2 tahun belajar di Intec tidak ada pemandangan seperti ini dan di sini aku seakan menerima kejutan budaya. 

Nasib baiklah mereka-mereka ini cantik dan beragama Kristian kebanyakannya, jadi itu bukanlah menjadi masalah bagi mereka. Memang bukan masalah kepada mereka tapi ianya memberikan beban kepada diri ini yang lemah imannya. Aku nasihatkan kat Muslimah-muslimah tutuplah apa yang harus ditutup. Kami ini lelaki nampak sahaja baik di luar tetapi apabila melihat perempuan seksi sikit pelbagai imaginasi muncul di fikiran. Aku bukanlah pervert tetapi aku adalah lelaki dan aku bagitahu dari sudut pandangan lelaki. 

Jadi sebelum anda di imaginasikan di dalam fikiran lelaki-lelaki lemah iman seperti kami ini, tutuplah apa yang harus ditutup. Tak payah pakai ketat-ketat sangat. Please. Kasihanilah kami-kami ini lelaki yang imannya tak seberapa. Nak seksi sangat kahwin cepat dan seksi lah kat suami korang. Itu lebih baik daripada membiarkan keseksian anda dilihat oleh lelaki-lelaki nakal seperti aku ini. Sekian terima kasih.

p/s - Save the best for the last.

NGANGKANG FC


Hari Ahad lepas aku join futsal inter universiti-universiti di Jakarta tapi among Malaysian student je lah. Di pendekkan cerita team aku dapat nombor dua. Kalah di final. Sejarah berulang kembali. Last tournament team aku kalah di final juga untuk tournament peringkat Adun. Apekan daya mungkin masih tiada rezeki untuk bergelar juara. Hanya mampu menjadi nombor dua. Tapi nombor dua bukan bermakna loser. Lin  Dan pun nombor dua jugak dibelakang Lee Chong Wei tapi beliau bukanlah tak hebat. Ah sudah aku bukan nak jadi pengulas sukan. Tapi aku nak cakap yang walaupun anda bukan nombor satu, anda bukanlah loser. Serizawa walaupun kalah dengan Genji tapi beliau masih cool. Hoyeah.


Ngangkang FC berjersi biru ( Klik untuk gambar bersaiz besar )

Medal murah. Gigit sket dah calar.

Ape-ape pun tahniah lah Ngangkang FC. Walaupun aku sorang je junior dalam team ni, mantap lah dapat main ngan korang. Next tournament target nombor satu plak weyh. Pasni mungkin kena belajar ilmu psikologi lebih sikit. Dua kad kuning yang aku dapat sangatlah tak berbaloi. Kau main kasar dengan aku, aku main kasar dengan kau balik. Ok lah. Tido dulu. Ape lah mimpi aku rajin blogging malam ni. Selamat malam Jakarta.

p/s - Bila masa lah aku fitnah kau. Cakap baik-baik sikit.

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


Hari ini keputusan SPM diumumkan kan. Kepada yang berjaya tahniah dan kepada yang kurang berjaya, ingatlah yang SPM bukan segala-galanya. Mungkin yang tidak dapat straight A akan sedih bila tengok member-member lain dapat straight A. Tapi straight A dalam SPM bukanlah bermakna kau akan terus menerus mendapat A dalam peperiksaan-peperiksaan yang akan datang. Namun apakan daya sistem pendidikan di Malaysia sudah begitu. Yang mendapat straight A akan dipandang hebat dan yang tidak banyak jumlah A nya akan dipandang sebelah mata. Mentaliti masyarakat Malaysia juga sudah ditanam sejak kecil bahawa untuk berjaya dalam hidup kita mestilah mendapat sebanyak mungkin A dalam peperiksaan. 

Kalau tak masakan ada pelbagai bengkel kecemerlangan diri, pusat tusyen merata-rata tempat dan pelbagai buku latihan yang dijual semata-mata memastikan diri supaya mendapat A. Bukan semua orang dilahirkan dengan otak yang cerdik dan dapat memahami sesuatu pelajaran dengan mudah. Jadi ubahlah anggapan kita bahawa jumlah A sebagai penentu kejayaan. Apa guna jumlah A yang banyak kalau sekadar duduk di rumah untuk belajar dan tidak mahu bersosial dengan orang lain. Memandang orang yang bersosial sebagai membuang masa. Belajar bukan sekadar di dalam kelas. Hidup ini satu pembelajaran. Anda tidak dapat straight A anda masih ok.

p/s - Kecundang hari ini, esok masih ada.


LAGI LAGI JAKARTA

Bumi Jakarta kembali di penuhi oleh anak-anak Malaysia bagi meneruskan pengajian. Cuti yang tidak sampai sebulan di Malaysia ditinggalkan dengan pelbagai kenangan suka dan duka. Jumpa lagi Malaysia di hari raya puasa nanti jika masih bernafas. Mana tahu Indonesia tiba-tiba dilanda tsunami seperti di Jepun dan apakan daya ajal maut di tangan tuhan. Semester 2 dimulai dengan penuh semangat. Hidup akan kembali kepada rutin yang sama setiap hari. Kembali dengan pecel lele dan nasi goreng untuk juadah makan malam. Tiada lagi gulai ayam dan cencaluk. Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. Semangat !

p/s - Orang yang berbulu kaki lebat adalah romantik.

ADAT DUNIA

Adat kat dunia, kalau kau baik manapun, tapi sekali kau buat palat serta merta kebaikan kau tu orang tak pandang. Tak kisah lah kau dah berjasa banyak manapun, kau bersusah payah untuk sesuatu tapi sekali kau buat palat selama-lamanya kau akan dipandang palat. Walaupun Chua Soi Lek mungkin dah banyak berjasa kat orang-orang Cina atau penduduk di kawasan Adun beliau, tapi bila video mengawan beliau terbongkar lek-lek je segala kebaikan beliau dilupakan. Bukan nak menyokong tentang video beliau tapi point aku nak cakap, orang lebih pandang keburukan individu daripada kebaikan. Jadi apa guna buat baik kalau macam tu? Biasalah manusia tak lepas dari kesilapan. Tapi bila dah buat silap, mintak maaf balik dan kalau tak dapat terima maaf tersebut, kau ingatlah kebaikan yang orang tu dah buat. 

p/s - Aku tak buat lagi dah.

SPILL IT OUT

toingg!

haihh suka btol aku m'stalk blog orang haha.blog kau lagi lah aku suka stalk :D

ape2 pun penat nye studi. nak rest jap lah.

p/s : mentang2 da aktif berblog, jgn nak kutuk aku byk2 eh :P

p/s - KAHKAHKAH

KHAMIS MALAM JUMAAT


Esok hari Jumaat. Jadi malam  ini merupakan malam Jumaat. Malam Jumaat biasanya malam yang menakutkan. Dalam dunia Melayu malam Jumaat merupakan hari perayaan bagi hantu-hantu untuk menyakat umat manusia. Malam Jumaat juga TV3 dan RTM akan menyiarkan cerita-cerita berkaitan hantu. Niyang Rapik, Penunggu Gunung Raya, Misteri Nusantara adalah contoh yang mudah. Aku pun tak faham apa kaitan malam Jumaat dengan hantu. 

Tapi bagi pemuda seperti aku malam Jumaat adalah malam yang best terutama di kawasan perumahan aku. Malam Jumaat di tempat aku biasanya akan ada majlis bacaan Yasin kat rumah-rumah jiran. Aku sebagai contoh tauladan kepada adik-adik sering pergi majlis tersebut bersama ayah aku. Dan yang paling best apabila selesai majlis bacaan Yasin tuan rumah akan menyediakan hidangan-hidangan yang sangat enak. Niat aku memang untuk sekadar membaca Yasin tetapi apakan daya orang cakap tak baik mengecewakan tuan rumah. Nak tak nak aku terpaksa menghabiskan juadah yang disediakan. Yelah. Tetamu yang lain semuanya berumur lingkungan 40-50 tahun. Nak makan banyak nanti kena darah tinggi. Jadi sebagai pemuda yang bertanggungjawab aku merasa terpanggil untuk menghabiskan juadah. Berkorban untuk pakcik-pakcik jiran tak mengapa. 

Selesai makanan berat maka akan bermulalah sesi umpat mengumpat antara pakcik-pakcik ini. Sambil tuan rumah memanaskan air untuk membuat air teh pakcik-pakcik ini mula membakar rokok berjenama Gudang Garam satu persatu. Biar ketayap di kepala asalkan segala cerita yang terbuku didalam hati dilepaskan. Dari cerita Man Baung pergi memancing tak berajak sehinggalah kepada cerita Tok Mail punya nasi lemak semakin hari semakin kurang kuantiti sambalnya semuanya dibahaskan dengan satu persatu. Habis sebatang rokok di sambung lagi dengan rokok yang seterusnya. Sambil minum air teh tarik yang kaw memang malam tersebut sangat rancak dengan pelbagai perbualan seperti di kedai mamak lagaknya. 

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi dan barulah pakcik-pakcik ini menyedari yang mereka berada di rumah jiran dan bukannya kedai mamak. Sisa teh tarik dihabiskan dan sambil mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah pakcik-pakcik ini pun pulang kerumah untuk bekerja pada keesokan harinya. Memang sangat produktif. Dan situasi ini akan berulang lagi pada Khamis malam Jumaat minggu seterusnya. Dan seperti biasa juga malam Jumaat tiada pula aku berjumpa dengan hantu-hantu yang disiarkan di televisyen. Kemanakah mereka semua pergi?

p/s - Kenapa kat USA takde toyol? Dan kenapa tiada drakula di Malaysia?

KAKI BANGKU

Lagi 2 hari bumi Jakarta bakal aku tinggalkan buat sementara waktu. Lari daripada manusia-manusia yang suka membunyikan hon kereta tanpa sebab, lari daripada persekitaran yang banyak tikus-tikus sebesar kucing yang sangat comel seperti Mickey Mouse , lari daripada bumi yang panas sampai ke tulang ini. Semalam Arsenal menang lawan Barcelona. Dan seperti biasa aku hanya tersenyum melihat penyokong-penyokong setia Arsenal dengan bangga mengepost status di Facebook umpama seperti Arsenal itu merupakan kampung kelahiran mereka. Sungguh bangga mereka nampaknya. Aku pun tak faham apakah yang membuat mereka begitu bersemangat seperti pasukan tersebut ada kaitan dengan diri mereka. 

Situasi ini aku analogikan seperti rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia tetapi sangat obses dengan kelab bolasepak di Thailand atau Indonesia yang sememangnya tiada kaitan dengan diri mereka. Sama seperti kelab-kelab di England yang tiada langsung pertalian darah dengan diri rakyat-rakyat Malaysia ini. Aku seperti biasa suka memprovok mereka-mereka yang hooligan ini di Facebook dengan pelbagai kata-kata keji tentang kelab kesayangan mereka. Semasa Piala Dunia tahun lepas aku sampai bergaduh dengan sorang minah ni sebab aku kutuk pasukan tanah tumpah darahnya iaitu Sepanyol. Tapi aku pelik juga sebab nama dia letak kat Facebook nama Melayu. Oh mungkin dia minat dengan kebudayaan Melayu. Tak mengapa kalau begitu.

Aku seperti biasa takde sokong mana-mana team. Tapi disebabkan sudah menjadi tradisi untuk rakyat Malaysia memilih negara angkat semasa Piala Dunia, aku pun terpaksa mengikut arus memilih sebuah negara. Tetapi sayangnya pasukan pilihan aku kecundang. Namun begitu aku tak kecewa langsung sebagaimana sebahagian penyokong-penyokong England moody apabila melihat Rooney mereka diayam-ayamkan di Piala Dunia kali ni. Dan seperti biasa, trend yang aku nampak adalah perempuan-perempuan yang lebih melihat kepada kekacakan Christiano Ronaldo daripada kehebatan Thomas Muller mahupun Diego Forlan. Ada kawan perempuan aku yang pada mulanya meyokong Portugal tetapi di tengah-tengah kejohanan tetiba menukar kiblat kepada Germany apabila melihat Germany sering menang besar. Macam haram boleh pulak main tukar-tukar. 

Mungkin keadaan semasa yang membuatkan rakyat Malaysia begini. Kalaulah Malaysia layak ke Piala Dunia mungkin situasi-situasi seperti ini tidak akan berlaku. Kepada Presidan FAM yang dah pegang jawatan daripada tahun 1984 silalah turun ye. Jangan sampai Safee Sali mengajak rakan-rakannya untuk membuat revolusi seperti di Mesir kepada anda. Kami rakyat Malaysia pun sudah muak terhadap anda. Anda tiada kena mengena langsung dengan bolasepak. Biarkan mereka yang lebih ahli memegang jawatannya. Sila turun sebelum anda dibaling dengan kasut. Oh ya. Aku harap Arsenal kalah 2nd leg nanti. Ya Arsenal. Pasukan yang kalah 2-0 dengan Malaysia tahun 1975 dahulu. ( Tahan gelak )

p/s - Seminggu di sini sangatlah membuang masa. Terima kasihlah kat kau dengan sistem kau. Kau memang terbaik di saantero dunia.

V UNTUK VALENTINE


Esok 14 Februari. Sebut je tarikh ni ianya amat sinonim dengan Valentine's Day. Maka akan sibuklah televisyen-televisyen menayangkan cerita atau filem-filem yang bertemakan Valentine's Day. Filem-filem yang dirasakan sesuai antaranya adalah Titanic, Kuch Kuch Hota Hei dan Brokeback Mountain Romeo and Juliet. Di Malaysia diharamkan menyambut Valentine's Day. Tapi menyambut tahun baru tidak haram. Tidak mengapa untuk menyambut tahun baru kerana ianya tidak bertemakan cinta. Hanya ada bunga api dan konsert-konsert. Orang yang sambut tahun baru pun akan menunggu sampai pukul 12 malam sahaja. Selepas itu akan automatik mereka pulang ke rumah. 

Rakyat Malaysia akur yang Valentine's Day haram disambut. Mereka tidak membantah. Sebagai mengubati kekecewaan sesetengah daripada mereka yang kecewa ini akan pergi lepak di kelab-kelab malam sekitar Bukit Bintang bersama pasangan masing-masing. Jakim tak cakap haram. Mereka tidak menyambut Valentine's Day. Mereka hanya berseronok di kelab malam. Bila dah puas berseronok maka mereka-mereka ini akan pulang ke rumah masing-masing kerana harus kerja pada keesokan harinya. Ah sejak bila pulak aku pandai bersarkastik ni.

p/s - Camne nak hantar lagu Tomok kat phone kau ni? Aku tak fahamlah apa masalah dengan bluetooth phone aku ni. Tak boleh send.

FROM JAKARTA WITH LOVE

Jakarta bukanlah seperti Gotham City di dalam cerita Batman yang sentiasa suram dan penuh kegelapan. Hidup di Jakarta mempunyai cabaran yang tersendiri. Kalau tekanan darah kau sebelum ke Jakarta adalah normal namun selepas sebulan dua mungkin kau akan mengalami hypertension. Seawal jam 6 pagi semua jalan-jalan termasuklah lebuhraya, jalan-jalan kecil mahupun denai-denai akan mula dilimpahi oleh kenderaan-kenderaan dari tiada CC sehinggalah kenderaan berCC tinggi. Kesesakan lalulintas di Jakarta atau di dalam bahasa Jawanya macet amatlah sinonim dengan Jakarta. Perjalanan yang mengambil masa 5 minit boleh mencapai sehingga setengah jam. 

Namun ada kebaikan yang aku nampak dari kemacetan ini. Kereta dan motosikal tidak mempunyai peluang untuk memecut laju seperti di Malaysia. Mungkin selepas ini aku akan mencadangkan kepada menteri kerja raya di Malaysia supaya menambah bilangan kenderaan di Malaysia. Apabila kenderaan sudah banyak maka ruang-ruang di jalan akan dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan masalah kenderaan melanggar had laju mungkin akan dapat diatasi. Mungkin lebih baik jika mat-mat rempit diberi hukuman hantar ke Jakarta supaya kegilaan mereka untuk berlumba dapat dikurangkan. Di Jakarta paling laju pun kau boleh capai hanyalah setakat 60km/j. Dan pada waktu puncak kau boleh mematikan enjin kereta di tengah kesesakan lalulintas dan keluar untuk makan bakso dahulu. Aku tak tipu. Aku pernah mengalami situasi seperti ini. Aku sempat turun dari kereta dan shopping di kedai berkonsepkan Seven Eleven  di seberang jalan. Setelah kemacetan beransur pulih aku naik ke kereta semula dan meneruskan perjalanan menuju rumah Julia Perez. 

Di Jakarta aku mula belajar untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar halwa telinga. Tahap kesabaran kau akan teruji disini. Disini peraturan dibuat memang untuk dilanggar. Manusia berbuat sesuka hati untuk kepentingan diri sendiri. Aku yang dulunya pernah memasuki pertandingan azan di sekolah rendah kini mula pandai mengeluarkan kata-kata yang ngak tidak enak. Di dalam Biologi inilah yang dinamakan pengaruh sekeliling terhadap karekteristik diri. Jadi jangan sesekali salahkan aku jika selepas ini aku mencarut-carut terhadap korang. Salahkan Jakarta. 

Jika diri aku ini diumpamakan seperti penyedut hampagas, mungkin paru-paru aku sekarang sudah dipenuhi oleh pelbagai jenis debu-debu liar yang dengan mudah memasuki rongga pernafasan aku. Jakarta adalah bandar yang kotor. Untuk mencari tong sampah sangatlah sukar. Namun memandangkan aku dulu seorang pengawas yang berdisiplin aku akan memastikan sampah hasil daripada aku disimpan dalam poket seluar. Balik rumah baru buang. Namun itu tidak cukup untuk membuatkan bandar ini menjadi bersih. Mungkin kerajaan Indonesia harus melancarkan kempen 1 rumah 1 tong sampah. Itu lebih ada faedahnya daripada sibuk menuntut hak tarian pendet dan kain batik dari Malaysia. Nak sangat ambiklah. Malaysia sekarang dah ada pole dance. Apa ada hal.

Aku berharap agar aku tidak menjadi seorang yang gila sekembalinya aku dari Jakarta ini. Tetapi masa depan belum pasti. Kalau sekembalinya aku ke Malaysia nanti dan dalam tempoh seminggu dua kemudiannya terjadi banyak kes penyeksaan seperti Jigsaw killer, mungkin korang boleh menjadikan aku sebagai salah seorang suspek. Dan mungkin mangsa-mangsa kegemaran aku adalah pak-pak menteri yang menghabiskan masa hujung minggunya bermain golf daripada melihat kawasan Adun atau Parlimen mereka sendiri. Dan mungkin dengan cara itu sahaja dapat menyedarkan mereka. Lagi sekali. Jangan sesekali salahkan aku. Salahkan Jakarta.

p/s - Guys look freaking hot when they do sport and then they sweat and plus with the sleeveless shirt on.