LODEH

Adam dan Nur sememangnya dua insan yang berbeza. Adam dengan perangai gila-gilanya, Nur pula wanita yang lemah lembut dan patuh pada agamanya. Kedua-dua insan ini ibarat langit dan bumi perwatakannya.

Adam walaupun dikeliling wanita yang cantik dan hot, sedikitpun beliau tidak peduli. Hatinya terpikat dengan kelembutan yang ditunjuk Nur.

Pelbagai cara dilakukan oleh Adam untuk memikat Nur. Seperti biasa, sikap Adam yang sukakan hedonisme dan gila-gila perangainya menggunakan cara yang salah untuk mengambil hati Nur.

Menggunakan telefon pintar kepunyaan beliau, Adam sering Whatsapp Nur. Isu yang dibincangkan juga berkisar tentang hal-hal harian yang remeh temeh. Sehinggalah suatu hari, Adam bertanyakan tentang keluarga Nur, tentang ibu ayah dan atok nenek Nur.

Nur yang merasakan Adam seakan berlebihan, bertanya kepada Adam, " Ni proses taaruf ke ? "

Adam tersentak dengan pertanyaan itu. Adam akhirnya sedar. Cara yang digunakan oleh beliau tidak betul. Petang itu, Adam kecewa dan kata-kata Nur itu masih terngiang-ngiang di kotak fikirannya. Adam pun terus hanyut dalam dunianya.

p/s - Kahkahkah apa la gua mengarut petang-petang ni.

SUARA EMAS

Aku dilahirkan dengan suara yang sedap. Buktinya, zaman tadika dulu dengan tenang aku dipilih jadi ketua boria masa persembahan akhir tahun oleh cikgu Mahanum. Dan dengan tenang juga, aku duduk tengah dan menyanyi menggunakan microphone. Masuk sekolah rendah, aku pernah join nasyid juga sebagai penyanyi utama. Punyalah sedap sampai aku hampir dilantik menjadi ketua murid menggantikan ketua murid yang ada.

Tapi bila masuk sekolah menengah, aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan bakat yang aku ada. Maklumlah, bila dah masuk sekolah menengah, dah baligh. Suara pon dah garau dan macho macam Vin Diesel. Tak kan lah suara sebegitu nak digunakan untuk menyanyi lagu Pesanan Buat Kekasih. Ibarat Ramli Sarip menyanyikan lagu Cinta Muka Buku. Tak berapa kena orang cakap.




Tapi orang ramai salah sangka. Suara yang garau tak bermaksud aku tak boleh tarik suara macam video kat atas ni. Setakat suara macam tu, sambil baring pun takdehal. Kalau ikut trend sekarang, nak jugak aku upload video cover lagu She's Gone kat atas ni kat YouTube. Tapi memandangkan aku malas kacau periuk nasi Jamal Abdillah, aku tenang meneruskan pengajian dan fokus kepada pelajaran.

p/s - Keep calm and eat bakso.

NEELOFA

Pagi itu selesai sarapan pagi, aku dan Neelofa bersiap-siap untuk ke majlis perkahwinan kawan aku semasa sekolah rendah dulu. Pagi Ahad yang cukup romantis itu aku luangkan masa sepenuhnya dengan dia kerana kerjaya kami yang berbeza membuatkan kami susah untuk bergurau senda. Aku sebagai seorang doktor, dia sebagai pelakon. Masing-masing sibuk dengan urusan harian.

Dalam kereta menuju rumah teman ku itu, Neelofa memulakan perbualan.

" Honey, I tak faham lah kenapa ramai sangat yang jelous tengok kita ni mesra. Apa salah kita ek ? " ujar Lofa dengan suara manja beliau.

Aku tersenyum sinis. Sambil menukar siaran radio dari Hitz.Fm kepada Sinar.Fm, aku membalas pertanyaan beliau itu.

" U ni pon. Benda obvious macam tu pon nak tanya kat I. U cantik, I handsome, so ramai la yang jealous dengan kita. Orang cakap macam Brad Pitt dan Angelina Jolie. Hehehe. " balas aku sambil tertawa kecil.

" Hmmm ye tak ye jugak kan. Kenapa lah I bebal sangat tak terfikir tu. Hihihi sukenye I dengar. Suka suka sukaa. Hmmmm honey, janji eh jangan tinggalkan I ? tanya Lofa sambil membuat mimik muka itik.

'' Ok I janji. I takkan tinggalkan U. I janji U akan jadi bini pertama I. Bukan kedua atau ketiga "

'' Eeee U ni jahat taw ! Bencilah macam ni ! " balas Lofa sambil mencubit lengan kiriku.

Cubitan Neelofa itu tepat pada bekas luka akibat gigitan kucing peliharaanku dan itu membuatkan aku mengerang kesakitan. Aku menekan tangan kiriku dengan tangan kanan dan akibatnya steering kereta terbiar tanpa pengawalan. Kereta yang ku pandu terbabas dan sedar tak sedar, aku terjaga dari mimpi. Disebelah ku bertaburan surat khabar dengan wajah Neelofa sebagai penghias muka depannya.

p/s - Kahkahkah.

SANG KUMBANG

Kawan, bila sebut The Beatles, siapa yang tak kenal. Menyanyi sejak era datuk nenek dan lagu-lagunya terus berkumandang sehingga kini, tidak dapat dinafikan yang mereka adalah lagenda. Sama lagendanya dengan naga Tasik Chini. Tapi ramai yang tidak tahu The Beatles yang popular dan lagenda ini diciplak dari satu kumpulan yang terlebih dahulu telah menggunakan nama The Beatles yang dipercayai datang dari Tanah Melayu pasca penjajahan Jepun.

Malang menimpa The Beatles yang di Tanah Melayu ini apabila kuasa kapitalis mengatasi segala-galanya. Segala lagu dan nama kumpulan diciplak terang-terangan oleh The Beatles palsu dari Liverpool. Kemasyuran, kegagahan dan kekacakan semuanya tertumpu kepada The Beatles palsu tanpa ada sebarang penghargaan atau royalti kepada The Beatles yang original daripada Tanah Melayu.

The Beatles palsu daripada Liverpool.

The Beatles yang asli dari Tanah Melayu.

Berdasarkan gambar diatas, terang-terangan yang The Beatles palsu daripada Liverpool tanpa segan silu meniru nama kumpulan bahkan gaya The Beatles yang asli daripada Tanah Melayu ini. Rahsia peringkat tertinggi ini hanya diketahui oleh beberapa individu termasuklah Tan Sri P. Ramlee. Namun beliau hanya mendiamkannya kerana berbeza ideologi politik dengan anggota The Beatles yang asli dari Tanah Melayu.

Dengan tersebarnya rahsia ini setelah sekian lama dipendamkan, diharap agar seluruh dunia memberi penghargaan kepada ahli-ahli The Beatles dari Tanah Melayu ini. Dikhabarkan keempat-empat ahli kumpulan ini telah lama hendak memfailkan kes ciplak ini di mahkamah namun terpaksa membatalkan niat apabila mendapati irama Pop Yeh Yeh semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat pada waktu itu.

p/s - Aku mahu pegang tangan kauuuuu. Aku mahu pegang tangan kauuuuu.