POTONG PERUT

Minggu lepas aku masuk hospital. Ada masalah appendix atau orang ramai panggil usus buntu. Setelah bersama selama 21 tahun, aku dan appendix terpaksa berpisah kerana salah aku sendiri. Cinta kami tidak kesampaian. Appendix ku terpaksa berkorban demi menyelamatkan diri aku ini daripada terus di infeksi oleh bakteria-bakteria lain.

Sebelum ke bilik bedah, aku masih tenang dan bisa tertawa. Pengalaman bersunat sebelum ini mengajar diriku untuk lebih yakin dan tenang kerana yang bakal dipotong dari anggota badan hanyalah sedikit. Setelah tiba waktunya aku diusung ke kamar bedah. Aku disuntik dan terus tidak sedar apa-apa. Setelah aku sedar, aku yang ditinggalkan kesejukan keseorangan dalam kamar bedah memanggil doktor. Kemudian aku terus dibawa ke wad untuk rehabilitasi.

Menurut kawan-kawan yang menemaniku, doktor memberitahu bahawa proses menebuk bahagian perut ku terpaksa dilakukan banyak kali kerana otot perut aku atau Six Pack aku sangat tebal sehingga beberapa cubaan untuk menebuk perut aku gagal. Beberapa alat untuk menebuk juga dipercayai telah patah dan tidak dapat digunakan lagi akibat otot Six Pack aku yang terlampau padat.

Setelah lima hari di hospital, aku pun keluar. Moral daripada cerita ini, apalah sangat pembedahan untuk appendix kalau nak dibandingkan dengan ibu-ibu yang bersalin. Kini aku sedar pengorbanan mak-mak sangat besar. Sakit woi perut kena potong. Jagalah kesihatan perut anda. Minumlah Vitagen selalu untuk kesihatan usus yang cemerlang.

p/s - Terima kasih kawan-kawan !

FATIN LIYANA

Aku tidak mempunyai blog. Walaupun ramai kawan-kawan aku yang mempunyai blog, aku tidak terpengaruh dengan situasi. Zaman sekolah dulu, subjek karangan aku dah tak suka, inikan pulak nak ada blog. Lagipun, aku tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk mempunyai sebuah blog seperti Che Det mahupun Fatin Liyana. Aku hanya insan biasa. Cukup hidup sederhana, bisa bernyanyi ketawa dan bersenda.

Aku melihat blog berpotensi membuat seseorang menjadi terkenal. Contoh yang kita ada adalah Fatin Liyana. Beliau merupakan seorang pelajar medic. Disebabkan beliau tidak popular dan tidak mendapat tumpuan orang ramai, beliau telah mencipta blog beliau sendiri dan hasil daripada itu, beliau mula dikenali ramai. Berlainan dengan aku, aku memang dilahirkan untuk popular, jadi tidak memerlukan blog untuk menjadi popular. Oh ya Fatin, kalau anda membaca nukilan ini, annyeong haseyo diucapkan !

Namun begitu, manusia berubah. Mungkin bila tiba masa yang sesuai satu hari nanti, aku akan buat satu blog seperti Fatin Liyana. Setiap entry akan aku sertakan dengan gambar aku yang kacak sambil memakai shawl. Jangan terkejut kalau fenomena tentang blog aku melanda di Malaysia. Nantikan wahai rakyat jelata. Nantikan.

p/s - Gua perati je orang yang emo kat Twitter ni.

MALAYSIAKU

Bagi sesiapa yang belajar diluar Malaysia, setahun sekali sudah pasti akan ada Malam Kebudayaan Malaysia. Tidak kira lah anda berada di USA, UK, New Zealand hatta Papua New Guinea sekalipun. Seperti biasa, yang dipersembahkan untuk malam kebudayaan ini seringkali berupa tarian-tarian tradisional. Tidak dinafikan itu semua merupakan kebudayaan Malaysia tapi itu sahajakah budaya kita di Malaysia ?

Kelab UMNO luar negara seperti mana UMNO di Malaysia sangat bersifat eksklusif. Majlis-majlis sambutan para-para menteri di hotel-hotel besar, menemani Dato' dan Tan Sri bermain golf, dan menemani Datin-Datin bershopping. Imej yang terlalu eksklusif boleh membangkitkan sentimen kebencian dari rakyat-rakyat marhaen mahupun pelajar-pelajar marhaen. Tidak perlu menjadi kuli para Dato dan Menteri untuk kepentingan mereka sendiri.

Liga Perdana Inggeris di Malaysia sangat hangat sambutannya. Seringkali hujung minggu kedai-kedai mamak dipenuhi mereka-mereka yang lahir di England tapi berwarganegara Malaysia. Itu tak mengapa. Tapi sehingga bangga dan fanatik dengan team luar, itu satu kebodohan. Bersederhanalah. Kalau hendak dibanggakan dengan Liga Inggeris, lebih banyak kelab-kelab Eropah lain yang lebih hebat.

p/s - Ada mata kau lihatlah. Ada hati jangan dibenci.

WARISAN WANITA TERAKHIR

Petang itu, setelah melayan cerita Ali Setan di laptop, aku keluar sebentar untuk kerumah dia. Aku telah berjanji untuk mengambil budu yang aku pesan daripadanya. Sebelum tiba di rumah beliau, hatiku berdegup-degup kencang. Sememangnya dia, bisa membuat pria-pria jatuh hati kepadanya. Aku meminjam motor dari teman serumahku memandangkan rumahnya yang agak jauh.

Aku membawa motor dengan kelajuan 30 km/h. Cukup perlahan memandangkan aku perlukan masa untuk menenangkan diri. Aku tidak mahu gugup didepannya nanti. Aku perlu kelihatan yakin dan percaya diri. Sambil membawa motor, aku menyanyikan lagu Pencinta Wanita dendangan Irwansyah didalam hati.

Sesampai didepan rumah, aku mematikan enjin motor. Selepas menarik nafas dalam beberapa kali, aku memberi salam. Selang beberapa minit, si dia muncul didepan pintu rumah. Hati aku berdegup kencang namun aku masih berlagak tenang. Dengan berkain batik, berbaju labuh seperti budak-bidak asrama dan bertudung labuh, sungguh seperti wanita Melayu terakhir lagaknya.

Tanpa berkata banyak, dia terus menghulurkan budu yang telah siap disalin dalam botol berlabel Rose Syrup. Aku mengambil budu tersebut dan berborak sepatah dua dengan beliau. Tanpa mengambil masa yang panjang, aku mengucapkan terima kasih dan beredar pulang. Kawan, petang itu aku seakan di awang-awangan.

p/s - Aku #ultrasbudu

SEXIST

Menjadi seorang lelaki lebih senang jika dibandingkan dengan perempuan. Lelaki tiada masalah untuk keluar berjalan sorang diri di mall-mall untuk shopping. Tidak pula bagi perempuan. Hampir kemana sahaja memerlukan teman. Kalau perempuan yang manja sikit, akan berpegangan tangan sesama kawan perempuan mereka yang lain. Satu perbuatan yang dianggap pelik bila dilakukan lelaki.

 Perempuan juga lebih berimaginasi. Berimaginasi untuk berkahwin dengan anak raja. Memakai gaun pengantin yang mahal dan cantik. Tidak hairan ketika Prince William berkahwin dengan seorang perempuan biasa tempoh hari, ramai yang perempuan teruja dan bercita-cita untuk mengalami nasib yang sama. Oh ya, ramai juga perempuan yang berimaginasi berteman lelaki artis-artis Korea yang jambu dan seksi. Perempuan begini biasanya dari golongan yang forever alone.

Perempuan juga pelik emosi dan jiwanya. Kalau hari ini kau melihat perempuan A dan B berkawan rapat, esok lusa mereka mungkin sudah jadi musuh yang tak akan bertegur satu sama lain. Semuanya kadangkala disebabkan hal-hal yang kecil dan tak masuk dek akal. Oleh kerana itu tiada istilah Sis Code. Cuma ada Bro code kerana lelaki lebih tenang dan santai dalam persahabatan. Boleh dibahan dengan kejam tanpa terasa hati.

Perempuan juga memuji sesama mereka. Tapi itu hanya di depan. Bila dibelakang, segala macam keburukan akan dibongkar dan dicerita. Oleh kerana itu, lelaki lebih mesra dengan cara membahan antara satu sama lain tanpa ada maksud yang tersirat. Lain pula perempuan. Memuji benda yang kadang kala tidak betul. Hipokrasi. Kawan, percayalah, perempuan itu lebih rumit dari belajar Fizik.

p/s -  Tiada hal sekecil apapun di dunia ini yang terjadi kerana kebetulan.