SPILL IT OUT

toingg!

haihh suka btol aku m'stalk blog orang haha.blog kau lagi lah aku suka stalk :D

ape2 pun penat nye studi. nak rest jap lah.

p/s : mentang2 da aktif berblog, jgn nak kutuk aku byk2 eh :P

p/s - KAHKAHKAH

KHAMIS MALAM JUMAAT


Esok hari Jumaat. Jadi malam  ini merupakan malam Jumaat. Malam Jumaat biasanya malam yang menakutkan. Dalam dunia Melayu malam Jumaat merupakan hari perayaan bagi hantu-hantu untuk menyakat umat manusia. Malam Jumaat juga TV3 dan RTM akan menyiarkan cerita-cerita berkaitan hantu. Niyang Rapik, Penunggu Gunung Raya, Misteri Nusantara adalah contoh yang mudah. Aku pun tak faham apa kaitan malam Jumaat dengan hantu. 

Tapi bagi pemuda seperti aku malam Jumaat adalah malam yang best terutama di kawasan perumahan aku. Malam Jumaat di tempat aku biasanya akan ada majlis bacaan Yasin kat rumah-rumah jiran. Aku sebagai contoh tauladan kepada adik-adik sering pergi majlis tersebut bersama ayah aku. Dan yang paling best apabila selesai majlis bacaan Yasin tuan rumah akan menyediakan hidangan-hidangan yang sangat enak. Niat aku memang untuk sekadar membaca Yasin tetapi apakan daya orang cakap tak baik mengecewakan tuan rumah. Nak tak nak aku terpaksa menghabiskan juadah yang disediakan. Yelah. Tetamu yang lain semuanya berumur lingkungan 40-50 tahun. Nak makan banyak nanti kena darah tinggi. Jadi sebagai pemuda yang bertanggungjawab aku merasa terpanggil untuk menghabiskan juadah. Berkorban untuk pakcik-pakcik jiran tak mengapa. 

Selesai makanan berat maka akan bermulalah sesi umpat mengumpat antara pakcik-pakcik ini. Sambil tuan rumah memanaskan air untuk membuat air teh pakcik-pakcik ini mula membakar rokok berjenama Gudang Garam satu persatu. Biar ketayap di kepala asalkan segala cerita yang terbuku didalam hati dilepaskan. Dari cerita Man Baung pergi memancing tak berajak sehinggalah kepada cerita Tok Mail punya nasi lemak semakin hari semakin kurang kuantiti sambalnya semuanya dibahaskan dengan satu persatu. Habis sebatang rokok di sambung lagi dengan rokok yang seterusnya. Sambil minum air teh tarik yang kaw memang malam tersebut sangat rancak dengan pelbagai perbualan seperti di kedai mamak lagaknya. 

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi dan barulah pakcik-pakcik ini menyedari yang mereka berada di rumah jiran dan bukannya kedai mamak. Sisa teh tarik dihabiskan dan sambil mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah pakcik-pakcik ini pun pulang kerumah untuk bekerja pada keesokan harinya. Memang sangat produktif. Dan situasi ini akan berulang lagi pada Khamis malam Jumaat minggu seterusnya. Dan seperti biasa juga malam Jumaat tiada pula aku berjumpa dengan hantu-hantu yang disiarkan di televisyen. Kemanakah mereka semua pergi?

p/s - Kenapa kat USA takde toyol? Dan kenapa tiada drakula di Malaysia?

KAKI BANGKU

Lagi 2 hari bumi Jakarta bakal aku tinggalkan buat sementara waktu. Lari daripada manusia-manusia yang suka membunyikan hon kereta tanpa sebab, lari daripada persekitaran yang banyak tikus-tikus sebesar kucing yang sangat comel seperti Mickey Mouse , lari daripada bumi yang panas sampai ke tulang ini. Semalam Arsenal menang lawan Barcelona. Dan seperti biasa aku hanya tersenyum melihat penyokong-penyokong setia Arsenal dengan bangga mengepost status di Facebook umpama seperti Arsenal itu merupakan kampung kelahiran mereka. Sungguh bangga mereka nampaknya. Aku pun tak faham apakah yang membuat mereka begitu bersemangat seperti pasukan tersebut ada kaitan dengan diri mereka. 

Situasi ini aku analogikan seperti rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia tetapi sangat obses dengan kelab bolasepak di Thailand atau Indonesia yang sememangnya tiada kaitan dengan diri mereka. Sama seperti kelab-kelab di England yang tiada langsung pertalian darah dengan diri rakyat-rakyat Malaysia ini. Aku seperti biasa suka memprovok mereka-mereka yang hooligan ini di Facebook dengan pelbagai kata-kata keji tentang kelab kesayangan mereka. Semasa Piala Dunia tahun lepas aku sampai bergaduh dengan sorang minah ni sebab aku kutuk pasukan tanah tumpah darahnya iaitu Sepanyol. Tapi aku pelik juga sebab nama dia letak kat Facebook nama Melayu. Oh mungkin dia minat dengan kebudayaan Melayu. Tak mengapa kalau begitu.

Aku seperti biasa takde sokong mana-mana team. Tapi disebabkan sudah menjadi tradisi untuk rakyat Malaysia memilih negara angkat semasa Piala Dunia, aku pun terpaksa mengikut arus memilih sebuah negara. Tetapi sayangnya pasukan pilihan aku kecundang. Namun begitu aku tak kecewa langsung sebagaimana sebahagian penyokong-penyokong England moody apabila melihat Rooney mereka diayam-ayamkan di Piala Dunia kali ni. Dan seperti biasa, trend yang aku nampak adalah perempuan-perempuan yang lebih melihat kepada kekacakan Christiano Ronaldo daripada kehebatan Thomas Muller mahupun Diego Forlan. Ada kawan perempuan aku yang pada mulanya meyokong Portugal tetapi di tengah-tengah kejohanan tetiba menukar kiblat kepada Germany apabila melihat Germany sering menang besar. Macam haram boleh pulak main tukar-tukar. 

Mungkin keadaan semasa yang membuatkan rakyat Malaysia begini. Kalaulah Malaysia layak ke Piala Dunia mungkin situasi-situasi seperti ini tidak akan berlaku. Kepada Presidan FAM yang dah pegang jawatan daripada tahun 1984 silalah turun ye. Jangan sampai Safee Sali mengajak rakan-rakannya untuk membuat revolusi seperti di Mesir kepada anda. Kami rakyat Malaysia pun sudah muak terhadap anda. Anda tiada kena mengena langsung dengan bolasepak. Biarkan mereka yang lebih ahli memegang jawatannya. Sila turun sebelum anda dibaling dengan kasut. Oh ya. Aku harap Arsenal kalah 2nd leg nanti. Ya Arsenal. Pasukan yang kalah 2-0 dengan Malaysia tahun 1975 dahulu. ( Tahan gelak )

p/s - Seminggu di sini sangatlah membuang masa. Terima kasihlah kat kau dengan sistem kau. Kau memang terbaik di saantero dunia.

V UNTUK VALENTINE


Esok 14 Februari. Sebut je tarikh ni ianya amat sinonim dengan Valentine's Day. Maka akan sibuklah televisyen-televisyen menayangkan cerita atau filem-filem yang bertemakan Valentine's Day. Filem-filem yang dirasakan sesuai antaranya adalah Titanic, Kuch Kuch Hota Hei dan Brokeback Mountain Romeo and Juliet. Di Malaysia diharamkan menyambut Valentine's Day. Tapi menyambut tahun baru tidak haram. Tidak mengapa untuk menyambut tahun baru kerana ianya tidak bertemakan cinta. Hanya ada bunga api dan konsert-konsert. Orang yang sambut tahun baru pun akan menunggu sampai pukul 12 malam sahaja. Selepas itu akan automatik mereka pulang ke rumah. 

Rakyat Malaysia akur yang Valentine's Day haram disambut. Mereka tidak membantah. Sebagai mengubati kekecewaan sesetengah daripada mereka yang kecewa ini akan pergi lepak di kelab-kelab malam sekitar Bukit Bintang bersama pasangan masing-masing. Jakim tak cakap haram. Mereka tidak menyambut Valentine's Day. Mereka hanya berseronok di kelab malam. Bila dah puas berseronok maka mereka-mereka ini akan pulang ke rumah masing-masing kerana harus kerja pada keesokan harinya. Ah sejak bila pulak aku pandai bersarkastik ni.

p/s - Camne nak hantar lagu Tomok kat phone kau ni? Aku tak fahamlah apa masalah dengan bluetooth phone aku ni. Tak boleh send.

FROM JAKARTA WITH LOVE

Jakarta bukanlah seperti Gotham City di dalam cerita Batman yang sentiasa suram dan penuh kegelapan. Hidup di Jakarta mempunyai cabaran yang tersendiri. Kalau tekanan darah kau sebelum ke Jakarta adalah normal namun selepas sebulan dua mungkin kau akan mengalami hypertension. Seawal jam 6 pagi semua jalan-jalan termasuklah lebuhraya, jalan-jalan kecil mahupun denai-denai akan mula dilimpahi oleh kenderaan-kenderaan dari tiada CC sehinggalah kenderaan berCC tinggi. Kesesakan lalulintas di Jakarta atau di dalam bahasa Jawanya macet amatlah sinonim dengan Jakarta. Perjalanan yang mengambil masa 5 minit boleh mencapai sehingga setengah jam. 

Namun ada kebaikan yang aku nampak dari kemacetan ini. Kereta dan motosikal tidak mempunyai peluang untuk memecut laju seperti di Malaysia. Mungkin selepas ini aku akan mencadangkan kepada menteri kerja raya di Malaysia supaya menambah bilangan kenderaan di Malaysia. Apabila kenderaan sudah banyak maka ruang-ruang di jalan akan dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan masalah kenderaan melanggar had laju mungkin akan dapat diatasi. Mungkin lebih baik jika mat-mat rempit diberi hukuman hantar ke Jakarta supaya kegilaan mereka untuk berlumba dapat dikurangkan. Di Jakarta paling laju pun kau boleh capai hanyalah setakat 60km/j. Dan pada waktu puncak kau boleh mematikan enjin kereta di tengah kesesakan lalulintas dan keluar untuk makan bakso dahulu. Aku tak tipu. Aku pernah mengalami situasi seperti ini. Aku sempat turun dari kereta dan shopping di kedai berkonsepkan Seven Eleven  di seberang jalan. Setelah kemacetan beransur pulih aku naik ke kereta semula dan meneruskan perjalanan menuju rumah Julia Perez. 

Di Jakarta aku mula belajar untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar halwa telinga. Tahap kesabaran kau akan teruji disini. Disini peraturan dibuat memang untuk dilanggar. Manusia berbuat sesuka hati untuk kepentingan diri sendiri. Aku yang dulunya pernah memasuki pertandingan azan di sekolah rendah kini mula pandai mengeluarkan kata-kata yang ngak tidak enak. Di dalam Biologi inilah yang dinamakan pengaruh sekeliling terhadap karekteristik diri. Jadi jangan sesekali salahkan aku jika selepas ini aku mencarut-carut terhadap korang. Salahkan Jakarta. 

Jika diri aku ini diumpamakan seperti penyedut hampagas, mungkin paru-paru aku sekarang sudah dipenuhi oleh pelbagai jenis debu-debu liar yang dengan mudah memasuki rongga pernafasan aku. Jakarta adalah bandar yang kotor. Untuk mencari tong sampah sangatlah sukar. Namun memandangkan aku dulu seorang pengawas yang berdisiplin aku akan memastikan sampah hasil daripada aku disimpan dalam poket seluar. Balik rumah baru buang. Namun itu tidak cukup untuk membuatkan bandar ini menjadi bersih. Mungkin kerajaan Indonesia harus melancarkan kempen 1 rumah 1 tong sampah. Itu lebih ada faedahnya daripada sibuk menuntut hak tarian pendet dan kain batik dari Malaysia. Nak sangat ambiklah. Malaysia sekarang dah ada pole dance. Apa ada hal.

Aku berharap agar aku tidak menjadi seorang yang gila sekembalinya aku dari Jakarta ini. Tetapi masa depan belum pasti. Kalau sekembalinya aku ke Malaysia nanti dan dalam tempoh seminggu dua kemudiannya terjadi banyak kes penyeksaan seperti Jigsaw killer, mungkin korang boleh menjadikan aku sebagai salah seorang suspek. Dan mungkin mangsa-mangsa kegemaran aku adalah pak-pak menteri yang menghabiskan masa hujung minggunya bermain golf daripada melihat kawasan Adun atau Parlimen mereka sendiri. Dan mungkin dengan cara itu sahaja dapat menyedarkan mereka. Lagi sekali. Jangan sesekali salahkan aku. Salahkan Jakarta.

p/s - Guys look freaking hot when they do sport and then they sweat and plus with the sleeveless shirt on.

ZAQUAN ADHA JAMBU

Aku lebih bersemangat menonton bolasepak Negeri Sembilan lawan Kelantan daripada tengok Manchester United lawan Arsenal. Walaupun aku selalu pakai jersi Man U merah yang dibeli oleh mak aku kat Kelantan tetapi aku bukanlah seorang yang fanatik terhadap Liga Perdana Inggeris. Mungkin sesetengah kawan aku cakap aku kolot tetapi apa aku kisah. Takde guna tengok EPL ( sekarang dah jadi BPL ) kalau setakat tengok sahaja. Lainlah kalau dengan tengok BPL korang akan hebat bermain bola ataupun futsal, kalau macam tu mungkin aku akan respek kat korang. 

Sekarang ramai Malaysian yang lebih taksub kepada kelab-kelab Inggeris berbanding kelab bolasepak di Malaysia. Ye memang lah team kat Malaysia ni ayam-ayam je tapi tunjuklah minat sikit. Bila aku tengok kad pengenalan penyokong-penyokong fanatik Man U, Arsenal dan Chelsea, ternyata mereka merupakan rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia. Tiada pertalian darah dengan mat-mat saleh di England sana. Aku tak berdebar langsung tengok Man U ketinggalan 5-0 kalau nak dibandingkan dengan aku tengok Negeri Sembilan main. Aku sokong sebab team tu sebab ada kena mengena dengan diri aku.  Aku lahir kat Negeri Sembilan jadi lebih baik aku sokong team negeri aku daripada menyokong Man U. Aku bukan lahir di Manchester untuk menyokong kelab tersebut. 

Jangan sesekali tertipu dengan jersi Man U yang selalu pakai.  Aku pakai pun sebab mak aku yang bagi so nilai estestika dia macam tinggi sikit. Peduli apa orang nak cakap aku takde baju lain ke. Kalau pun aku tengok BPL, aku sekadar tengok saja. Tak kan sesekali kecewa apabila Man U dibelasah 10-0. Aku lebih kecewa apabila Negeri Sembilan kalah dengan Kelantan dalam Piala Malaysia 2010. Mungkin lepas ni aku akan diketawakan oleh mereka-mereka yang fanatik BPL. Tapi apa ada hal, apabila bermain futsal bersama-sama ternyata skil Zaquan Adha aku lebih menyerlah berbanding skil Berbatov mereka. 

p/s - Keseorangan sangatlah tidak baik untuk kesihatan mental anda. Seriously.

NO TITLE






Yesterday, all my troubles seemed so far away.
Now it looks as though they're here to stay.
Oh, I believe in yesterday.

Suddenly, 
I'm not half the man I used to be,
There's a shadow hanging over me,
Oh, yesterday came suddenly.


Why she had to go 
I don't know she wouldn't say. 
I said something wrong,
Now I long for yesterday.

Yesterday, love was such an easy game to play.
Now I need a place to hide away.
Oh, I believe in yesterday.

Why she had to go 
I don't know she wouldn't say. 
I said something wrong,
Now I long for yesterday.

Yesterday, love was such an easy game to play.
Now I need a place to hide away.
Oh, I believe in yesterday.


KEMBAR IRWANSYAH

Tadi aku tengok rancangan 'Are You Smarter Than 5th Grader ' kat tv. Takde artis-artis yang cun dan comel. Yang ada hanyalah kanak-kanak sekolah yang bijak dan comel. Aku respect dengan mat saleh sebab dorang kreatif dalam buat rancangan-rancangan macam ni. Kalau kat Malaysia jangan harap. Semua rancangan menyanyi. Bosan seriously. Tapi kalau kat Malaysia ada rancangan macam ni, mungkin tajuknya akan menjadi 'Adakah Anda Lebih Bijak Dari Budak Darjah 6'. Yelah kat Malaysia ni sekolah rendah sampai darjah 6. Kadang-kadang bila aku tengok soalan dalam rancangan ni pun, aku akui yang I'm not smarter than 5th grader pun. Susah woi soalan die. Dapat pulak kalau soalan sejarah 5th grade dorang. Macam haram susah. 

Aku pun pelik kenapa sekolah rendah kat Malaysia takde diajarkan matapelajaran sejarah. Yang aku ingat kat sekolah rendah aku dulu aku ada belajar subjek Kajian Tempatan. Belajar pasal jenis-jenis rumah di Malaysia. Ada rumah limas, rumah teres, rumah banglo dan bermacam-macam jenis lagi. Tapi bila kembali kedunia realiti, aku tengok takdepun rumah kat Malaysia yang berjenis-jenis. Kiri dan kanan rumah aku semuanya rumah teres. Takdepun satu pun rumah limas. Dan bila dah makin besar aku masih tak faham apa signifikan nya untuk aku belajar jenis-jenis rumah di Malaysia. Lebih baik aku pergi Taman Mini Malaysia kat Melaka. Mungkin aku akan lebih mengerti struktur rumah di Malaysia ni.

Mungkin lepas ni tv kat Malaysia buat rancangan macam ni. At least boleh juga revise matapelajaran sekolah rendah dulu. Makcik dan pakcik yang tak pernah pergi sekolah masa kecik dulu mungkin akan dapat manfaatnya apabila menonton rancangan seperti ini. Bertambah juga ilmu pengetahuan. Tapi ketiadaan rancangan seperti ini membuatkan nenek aku akan menghentikan segala aktiviti mengemas rumah untuk menonton sinetron Alisa. Walaupun aku tinggal di Indonesia, aku lebih rela menonton dokumentari bagaimana ular bersalin kulit di National Geographic daripada sinetron. Mungkin muka aku ada iras-iras Irwansyah tapi alasan itu takkan sesekali menggoyahkan iman aku untuk layan sinetron. Seriously.

p/s - Aku hampir menang main PES 2011 level Top Player tadi. Tapi last-last aku kecundang 3-1. Ouh kecewa.

ROZITA CHE WAN KECEWA

Kalau dulu cikgu tanya cita-cita bila da besar nak jadi apa, budak-budak akan cakap nak jadi doktor,pegawai polis, angkasawan, saintis dan pelbagai lagi kerjaya yang profesional. Tapi sekarang kalau ditanya budak-budak nak jadi apa mungkin akan ramai yang menjawab nak jadi penyanyi, raja lawak mahupun pelakon profesional. Maka tak hairanlah kalau sekarang kat Malaysia banyak rancangan-rancangan realiti yang menghasilkan bakat-bakat segera ini. Kalau Siti Nurhaliza mengambil masa yang lama untuk menjadi diva, Mawi hanya mengambil masa tak sampai sebulan untuk menjadi popular dan kaya raya. Pastu dapat pulak bini lawa. Tapi dah rezeki dia nak buat macam mana. Aku tak jeles langsung. Aku dah ada Lisa Surihani buat apa aku nak jeles. Rozita Che Wan kalau anda membaca entry ini, minta maaf lah ye. You're not my taste. 

Berbalik kepada Mawi tadi, beliau ni adalah golongan-golongan artis yang dilahirkan dari program yang aku rasa sangat bosan di TV. Bukannya apa, sekarang dah banyak sangat program cari bakat menyanyi ni. Kalau suara macam Jamal Abdillah, Amy Search ataupun Saleem ok lah sikit. Sedap jugak didengar. Tapi suara artis sekarang semua sama. Tak unik langsung. Dah lah suara tak sedap, lagu pun lagilah tak sedap. So double tak sedap disitu. Aku lebih rela mendengar radio Sinar.fm yang menyiarkan lagu-lagu Ahmad Jais ataupun Syarifah Aini daripada mendengar Hot.fm yang bila aku dengar memang tak best langsung lagu-lagunya. Tak kan aku nak layan lagu Tomok dengan Aril kot. Come on lah. Muka aku terlalu ganas untuk dengar lagu mereka. Lagi satu artis sekarang memang tak bertahan lama. Dulu Malaysia diserang gelombang Oren oleh Zahid tapi dimanakah beliau sekarang? Mungkin dia sudah menjadi tokey buah oren di pasar Siti Khadijah. Begitu juga dengan Vince, Khai, Mawi dan rakan seangkatan mereka. Semuanya sudah hanyut dibawa arus Wondergirl. Tak macho langsung kalah dengan Wondergirl. 

Sebab tu aku lebih suka layan lagu-lagu lama. Ramai yang cakap aku ni kuno tapi aku tak kisah. Levis takkan boleh dikalahkan dengan G.A Blue. Kalau nak compare M.Nasir dengan Faizal Tahir memang ibarat anjing dan kucing langit dan bumi. Tapi aku hairan apabila masih ramai remaja-remaja Melayu sekarang begitu ingin untuk menjadi penyanyi. Mungkin mereka-mereka ini zaman kecilnya sering dihidang dengan lagu-lagu penuh bertenaga daripada New Boyz, Spoon, Spin, dan pelbagai lagi. Tak salah untuk mereka-mereka ini untuk menjadi penyanyi tetapi janganlah gaya je lebih tapi tak reti menyanyi. M. Nasir tak perlu berpakaian seperti Awal Ashaari dan berwajah seperti Dafi untuk menjadi lagenda. Cukup dengan suara yang mantap dan berbekalkan sedikit janggut dan misai. Bagi aku, daripada buat program realiti menyanyi, lebih baik dibanyakkan rancangan  Pencarian Gadis Melayu. Boleh jugak aku cuci mata. Dan mungkin lepas ni Dato Farid Redzuan boleh jemput aku untuk dijadikan juri rancangan tersebut. Dan silap-silap boleh juga aku terjumpa calon isteri. Kalau tak dapat sorang tiga pun jadilah. Hoyeah.

p/s - Kain batik jawa memang sedap dibawa tidur. Masalah tidur tak lena mungkin akan dapat diubati selepas ini dengan kehadiran kain batik. Kain batik satu please.

PARANOID

Semalam dan hari sebelumnya aku ada baca blog pasal krisis kat  Mesir. Blog tu cakap ada student Malaysia yang kena rogol dan bunuh. Dan lepas tu ramailah kawan-kawan aku yang post link blog ni kat facebook memasing. Biasalah tu. Malaysia kan. Senang sangat percaya. Kita ada otak kenalah guna. Jangan gelabah tak tentu pasal. Dengar kambing jiran kena makan dengan ayam pun dah heboh satu kampung. Come on. Usha betul-betul cerita tu dulu baru boleh heboh-heboh. Ni tak. Baru dengar cerita sekerat dah tersebar satu dunia.

Zaman sekarang ni memang zaman fitnah. Aku pun boleh tulis kat blog aku ni yang aku kena sodomi oleh orang-orang Indon pastu aku suruh la sorang member aku post kat facebook. Mungkin dalam masa setengah jam je nanti blog aku boleh jadi popular disebabkan mesej berantai ni. Pastu mulalah nak salahkan kerajaan tak buat apa-apa. Aku bukanlah penyokong kuat kerajaan. Aku juga bukan penyokong pembangkang. Gunakan otak anda masing-masing. Bersikap adil kepada diri orang lain. Janganlah fanatik tak tentu pasal dan pastu bila ada benda yang buruk pasal pihak yang kau tak suka mulalah kau nak kecoh satu dunia. 

Trend macam ni memang dari dulu lagi aku tengok. Sejak zaman friendster lagi. Korang akan dapat mesej yang bunyi lebih kurang macam  ' Sebarkan mesej ini kepada 30 orang muslim. Anak-anak Palestin sudah ramai yang mati. Kita sebagai saudara semuslim walaupun tidak dapat menolong tapi paling kurang dengan cara ini kita mengingati mereka. Sila sebarkan dan jangan sesekali anda hiraukan mesej ini. Semalam seorang pemuda yang menghiraukan mesej ini telah mati dilanggar basikal.' Pernah tak korang dapat mesej macam ni? Kalau tak penah sudah.

Lepas tu mulalah. Peti Masuk emel aku dulu sering dipenuhi mesej2 seperti ini. Tension aku dibuatnya. Last-last aku delete je. Takde pun aku kena langgar dengan basikal keesokan harinya. Kawan aku ajak naik basikal sama dengan dia lagi adalah. Come on Malaysian. Gunakan otak anda. Jangan paranoid sangat. Apa guna umur da puluh-puluh tapi tak boleh berfikir dengan rasional. Jadilah warganegara yang cemerlang gemilang dan terbilang. Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s - Sila baca blog aku setiap hari dan bagitahu kawan-kawan korang tentang blog ni. Kalau tak korang akan mati dibunuh zombi yang baru bangkit dari kubur.

AMOI CANTIK

Kat Indonesia ni kaum Cina dah kurang kecinaannya kalau nak dibandingkan dengan Cina kat Malaysia. Semalam aku berjalan-jalan di shopping complex tiada pun kedengaran lagu-lagu Gong Xi Fa Chai ataupun limau-limau yang dibagi free. Kat sini orang-orang Cina pun bercakap bahasa Indonesia yang selalu kita dengar di sinetron di kaca tv rumah kita. Sebab di Indonesia tiada lagi isu berkaitan bangsa ni. Dorang dah menjadi bangsa Indonesia. Sebenarnya Malaysia nak buat macam ni dulu. Aku ingat lagi sebab masa form 4 ada belajar pasal bangsa Malaysia dalam buku teks sejarah. Tapi kat Malaysia tak jadi. Kalau kita jumpa Cina kat Malaysia, kita tak faham pun dorang cakap apa sebab dorang bercakap dalam bahasa Cina.

Kecuali lah kalau korang dulu sekolah kat sekolah vernakular tu lain lah cerita. Tapi nasib baik juga kat Malaysia tak jadi macam tu. Cuba bayangkan kalau kat Malaysia ada satu bangsa je. Takde lagi Cina, India dan Melayu. Dalam IC korang akan ditulis bangsa Malaysia. Bila dah jadi satu bangsa, automatik semua orang akan dapat hak yang sama rata. Dan secara automatiknya juga orang Melayu kita akan ketinggalan. Melayu di Malaysia masih survive pun sebab dorang ada hak-hak istimewa tu semua. Tapi kalau dah dijadikan satu bangsa, hak-hak tu semua automatik hilang. Dan sebab tu juga aku tengok kat Indonesia ni yang kaya-kaya semuanya berwajah Cina. 

Memang lah dorang dah jadi bangsa Indonesia tapi darah dorang still darah keturunan Bruce Lee. Orang mungkin boleh tukar agama tapi impossible untuk orang tukar bangsa. Dan kaum pribumi Indonesia yang merupakan keturunan Majapahit semua aku tengok kebanyakannya menjadi pengemis di negara sendiri. Sangatlah sedih. Aku bukanlah mahu bersikap racist tetapi itulah kenyataannya. Dr Mahathir cakap buat apa belajar sejarah kalau fakta yang betul tapi sensitif bagi sesetengah orang dihilangkan dari sejarah semata-mata untuk menjaga hati sesetengah pihak.

Aku memang tak suka belajar sejarah kat sekolah dulu. Sebab apa? Sebab cara penyampaiannya. Kalau setakat cikgu baca apa yang ada dalam buku teks dan suruh budak-budak dengar, mana tak ngantuknya. Tapi sedikit sebanyak kena juga tahu sejarah negara sendiri. Janganlah dungu sangat. Kalau orang tanya bila Malaysia merdeka tapi tu pun kau tak dapat jawab, aku rasa orang macam ni mungkin berasal dari masa depan seperti Doremon. Ok lah. Tetiba plak aku jadi nasionalis hari ini. Kepada apek-apek dan amoi-amoi di seluruh dunia, Gong Xi Fa Chai diucapkan. Toce-toce. Makan limau tu ingat-ingatlah aku disini.

p/s - Aku tak nak lah makan nasi goreng tiap-tiap ari nanti. Gulai ayam please.