MUSUHNYA HABIS BINASA

Malam Sabtu 29 Oktober. Final piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan. Sebagai anak jati Negeri, sememangnya game ini lebih bersemangat untuk aku tengok. Pada waktu yang sama kat EPL Chelsea tengah lawan Arsenal.

Aku memang tak layan EPL. Sekadar tengok macam tu sahaja. Orang-orang yang layan EPL ni biasanya orang Melaka dan KL. Sebab ? Melaka dengan KL mana ada team bola kat dalam Liga Malaysia. KAHKAHKAH. Ok Johor dengan Sarawak pun termasuk sekali.

Feel sokong team kelahiran sendiri memang berbeza dengan sokong team-team EPL. Aku pon tak paham dimanakah rakyat-rakyat Malaysia yang lahir di England ni dapat semangat yang begitu jitu untuk menyokong team-team EPL. Ibarat kelab-kelab tersebut adalah tanah tumpah darah mereka. Ibarat Wayne Rooney menyokong Selangor. Takde kaitan langsung dengan diri sendiri. Namun begitulah rakyat Malaysia. Mat saleh bagi mereka semuanya hebat.

Bayangkan perasaan menyokong pasukan kelahiran di stadium, bersama-sama mereka yang turut sama menyokong. Walaupun tak kenal dengan mereka-mereka ini, kami tiada masalah untuk berpelukan dan bersorakan bersama-sama ketika pasukan negeri kelahiran sendiri menjaringkan gol. Perasaan yang sukar digambarkan. Bak kata Rooney, awesome !

Cakap banyak tiada guna. Biarlah aku dilabel kolot melayan Liga Malaysia. Asalkan kepuasan terasa di dalam diri. Tak payah nak bajet England sangat. Seburuk mana pun, Malaysia tetap tanah negara kita yang dijunjung. Berhentilah mendewa-dewakan anasir-anasir luar. Semoga Melaka, Johor, KL dan Sarawak mempunyai pasukan bolasepak sendiri selepas ini. KAHKAHKAH.

p/s - Negeri Sembilan memang power ! Hobin jang hobin !

DULU KINI DAN ESOK

Orang cakap hidup ini bagaikan roda. Hari ini ada ramai kawan,esok lusa mungkin semuanya hilang. Kalau hari ini roda masih elok,esok mungkin roda sudah pancit.

Kalau hari ini kita masih friend dengan seseorang di facebook, esok lusa sedar tak sedar mungkin kita sudah di unfriend. Kalau hari ini blog sesorang masih boleh dibaca,esok lusa mungkin sudah menjadi private.

Hari ini mungkin kita boleh bergelak ketawa dengan sesorang,esok lusa kita mungkin bercakaran mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar. Kalau dulu kita sering bertegur sapa,hari ini,esok atau lusa mungkin masing-masing sepi tanpa khabar berita.

Kalau dulu ilmu penuh di dada,hari ini mungkin semuanya sudah dilupakan. Kalau dulu boleh bahan member tanpa ada kesan apa-apa,sekarang semuanya mudah tersentuh hati dan jiwanya.

Dulu, hari ini dan esok mungkin tak sama. Hidup ini satu perubahan. Berubah tak salah. Tapi kenapa kita perlu berubah ke arah yang menyedihkan jika kita boleh memilih yang sebaliknya? 

p/s - Bila elaun nak masuk? Gua pokai habis dah ni.

HIKAYAT SEORANG BAYI COMEL

Malam yang hening, 5 Oktober 2011, aku terjaga dari tidur selepas tertidur lebih kurang pada pukul 9 malam 4 Oktober. Pada tarikh 4 Oktober aku menerima berita bahawa maksu dah selamat bersalin dan ini bermakna aku mendapat sepupu yang baru. Nice effort paksu and maksu. Pada 21 tahun yang lepas juga pada tarikh 5 Oktober 1990 telah lahir seorang bayi lelaki yang comel bertempat di Hospital Seremban.

Bayi comel tersebut diberi nama Muhamad Zaki yang dalam buku 99 nama Islam di rumah aku bermaksud yang cerdik,yang bersih, yang harum Tidak hairan lah sejurus saja kelahiran bayi tersebut, ramai orang yang mencium beliau kerana terbukti beliau sememangnya harum. Sehingga lah kini,selepas 21 tahun, keharuman bayi tersebut masih kekal semulajadi.

Pada umur 21 tahun, Muhamad Zaki sebagai seorang warganegara Malaysia sememangnya telah layak untuk mendaftar sebagai pengundi. Pada umur sebegini juga, beliau diharap untuk menjadi individu yang lebih matang dan berwawasan. Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah kerana telah memberikan beliau umur dan kesihatan yang baik. Apalah guna jika mempunyai umur yang panjang namun terlantar sakit dan menderita.

Akhir kata, semoga beliau menjadi insan yang bejaya di dunia dan akhirat. Kepada yang telah memberikan ucapan hari lahir,terima kasih diucapkan kerana tanda ingatan. Semoga Muhamad Zaki diberikan kekuatan untuk menjalani hari-hari mendatang yang penuh berliku dan cabaran. Berusahalah.

p/s - Dah 21 tahun. Jom kawen !