JIWANG

Setiap orang punya keinginan untuk bercinta. Seganas mana pun manusia, pasti ada sekelumit perasaan cinta didalam diri. Segana-ganas Awie pun, akhirnya berkahwin. Jadi siapakah anda untuk menolak perasaan cinta didalam diri ?

******


******

Oh ya. Kepada sesiapa yang terasa dengan diri ini, maaf dipinta. Diri ini memanglah suka bergurau tidak mengira waktu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata dan tulisan buruk padahnya. Sama-samalah kita menjadi modal insan yang cemerlang. Agak-agak gua dah terkutuk lebih-lebih, lu orang kutuk lah gua balik. Baru seronok macam tu. Kahkahkah.

p/s - Apa lagu Korea yang latest ? Kasi gua, gua nak dengar.

ULTRAS KEPOP

Nampaknya isu Kepop mendapat reaksi yang lantang daripada Ultras Kepop. Seperti yang telah dinyatakan, mereka ini golongan yang mudah melenting mempertahankan Kepop pujaan mereka. Caranya mudah, kutuk segala yang berkaitan Kepop, pelbagai hujah dan dalil-dalil dikeluarkan. Begitu mudah untuk memprovok mereka ini nampaknya. Tahniah diucapkan. Berikut antara beberapa komen daripada Ultras Kepop berikutan entry yang ini.


Anonymous 1 
kau terlalu cpt judge org.kau kena faham manusia mmg akan mudah terpengaruh dan obses kalau tak dikawal.aku bukan peminat kpop.tapi tak keterlaluan kalau aku kata ada lelaki,well most of them guys yg gila bola tu adalah di tahap obses.bak kata kau, berkiblatkan bolasepak.sanggup bangun pagi2 buta dsb.jgn terlalu cepat menilai org der.ingat, takde org yg perfect. 


   Anonymous 2
   aku pun bersetuju dengan anon di atas ni. jangan cepat judge orang padahal diri sendiri juga obses terhadap bola. kutuk orang dalam blog padahal kau tak pernah pun tau apa yang orang buat. anyway terima kasih memberi peringatan ini. sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain. ''


   Anonymous 3
   tak payah bajet sangat la kau buat experiment. belaja pun tak bagus mana. 


Terima kasih diucapkan kepada Ultras-ultras Kepop atas kerjasama yang telah diberikan. Mohon Ultras-ultras ini mencadangkan kepada Menteri Kebudayaan Malaysia untuk menyuntik elemen-elemen Kepop sejak sekolah rendah supaya anak-anak muda kita mempunyai bakat menyanyi dan menari seperti mereka. Nampaknya Dasar Pandang Ke Timur idea Tun Dr Mahathir kita telah berjaya.


p/s - Kahkahkah. Dunia oh dunia.

ANGAN-ANGAN MAT JIWANG

Malam itu, aku ber BBM dengan seorang teman. Aku bertanya tentang drama Vanilla Coklat yang sedang hangat di Malaysia sekarang. Dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, aku terus ke laman YouTube untuk melihat sedikit sebanyak isi Vanilla Coklat. Seperti yang telah dijangka, drama ini berkisarkan sepasang suami isteri yang romantis. Penuh dengan scene didalam bilik dan atas katil.

Kesimpulan yang aku dapat simpulkan, di Malaysia mudah untuk menawan hati wanita-wanita dengan cerita-cerita yang membawa tema begini. Tema yang jiwang, yang membuatkan wanita berada di awang-awangan. Yang dapat berangan bahawa mereka lah yang sedang berada dalam drama tersebut. Seperti biasa, pengarah-pengarah drama di Malaysia bijak memanipulasikan ini. Drama dengan tema yang tipikal dan boleh diagak kesudahannya.

Begitu juga Kepop. Menggunakan imej lelaki-lelaki yang kacak dan menari-nari yang bisa membuatkan wanita berada di awang-awangan, berangan akan mempunyai bakal suami seperti mereka ini. Kawan yang aku BBM tadi juga mengatakan, Profesor di universiti beliau mengatakan wanita yang minat Korea dan jejaka-jejaka jambu ini orang-orang yang tidak mempunyai teman istimewa. Mereka melayan Kepop bagi mengisi kekosongan hati. Berangan dan terus berangan supaya mempunyai suami dari Korea. Apakan daya, obses menguasai diri.

Oh ya, aku obses dengan bola sepak. Hanya dua team yang menjadi keobsesan aku. Negeri Sembilan dan Malaysia. Bukan Manchester United. Negeri Sembilan, tempat aku lahir, tempat aku membesar dan Malaysia, negara yang aku cintai. Dua tempat yang ada kaitan dengan aku. Sebutkan kaitan Korea dengan anda wahai Kepopers sekalian.

p/s - Jamal Abdilah. Tak perlu menari, tak perlu rupa yang kacak. Namun tetap lagenda.

KEPOP KEPALA BANA

Awek-awek sekarang ramai yang berkiblatkan K-Pop. Malah ada juga yang obses. Nak tahu bagaimana untuk membezakan awek obses Kepop dengan yang tidak ? Senang sahaja. Kutuk artis Kepop pujaan mereka dan mereka lah orang nombor satu yang akan tampil melenting dan memaki anda kembali. Tak percaya ? Silakan membuat eksperimen. Gua sudah melakukannya dan ternyata berjaya.

Namun itu tidak terhenti di situ sahaja, mereka ini akan mengeluarkan ayat-ayat  bagi menyembunyikan keobsesan mereka ini. Akan keluar kata-kata seperti ' Haters gonna hate', ' Orang yang membenci ni hati kecik sebab tak boleh terima perbezaan' dan pelbagai lagi. Mereka boleh emo sepanjang hari kerana idola yang mereka puja ini dikutuk. Jadi anda bersiap sedialah untuk menerima ayat-ayat power dari mereka ini.

Kalau lelaki dikatakan pervert bila memuja badan artis-artis wanita , bagaimana pula dengan awek-awek yang memuja artis Korea dan terkinja-kinja bila melihat mat-mat Kepop ini tidak berbaju dan menunjukkan six-pack mereka.

Untuk soalan ini, mungkin ada baiknya kita tanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus. Oh ya, kepada mereka yang butthurt, boleh lah tinggalkan komen dibahagian bawah untuk aku membuktikan eksperimen ini berjaya. Daebakkk kepala bana dia.

p/s - Minat dan obses itu berbeza. Jilaka.

PERMAISURI HATIKU

Setelah cinta aku dan Lisa tidak kesampaian, seperti yang telah aku tulis dahulu ( link ), aku akui agak sukar untuk aku menerima hakikat. Bagi pria yang setia seperti aku ni, cinta itu adalah hal yang serius. Oleh kerana itu bila Lisa mengambil keputusan untuk memilih Yusri berbanding aku, aku merasa amat kecewa. Namun begitu, semuanya berubah sejak kehadiran si dia.

Masih aku ingat bagaimana satu Malaysia tiba-tiba dilanda fenomena dengan kemunculan gadis yang satu ini. Wajah yang cantik, tubuh badan persis Miss Universe dan juga mempunyai otak yang bijak, kemunculan si dia seakan membawa sinar yang baru dalam hidup aku. Aku juga dapat merasakan bahawa dialah yang terakhir buatku. Naluriku tak pernah salah.

Untuk tidak memberi harapan kepada peminat-peminat aku diluar sana, akan aku dedahkan siapa permaisuri hatiku buat masa sekarang. Aku berharap kalian tidak membenci aku. Berusahalah untuk merebut 3 lagi tempat yang ada sebagai isteri-isteri aku. Aku tidak memilih. Asalkan dapat memberi kerjasama kepada pemaisuri aku yang pertama ini merangkap ketua madu. Maafkan aku. Perkenalkan , Neelofa...




Ini adalah gambar yang Neelofa buat dan hantar kepada aku. Sebagai menghargai hasil kerja beliau, aku paparkan gambar itu disini. Sikapnya yang tidak sombong dan tidak mempedulikan statusnya untuk bertemankan aku membuat aku jatuh cinta. Aku dapat rasakan yang beliau amat ikhlas untuk mengenaliku dan seterusnya menjadikan aku sebagai bakal suami beliau. Aku sangat yakin.

p/s - Bagaimana lah rupa anak kami nanti. Si ayah kacak, si ibu cantik. Tentu hebat.

PLAYBOY YANG TERLAMPAU

Sebagai seorang playboy yang berjaya, aku dapati di zaman sekarang ini perempuan sangat mudah di usha. Kalau awek-awek kat UiTM, kebanyakannya terpaksa bersusah payah menunggu bas Rapid KL untuk ke kampus. Jadi sebagai seorang playboy yang bijak, aku boleh mengaplikasikan konsep ' kesempatan dalam kekurangan'. Caranya mudah, kereta kepunyaan aku dijadikan aset. Menumpangkan awek-awek ini ke kampus. Akhirnya, awek ini masuk ke perangkap.

Bagi awek yang agak-agak takde duit tu, sebagai seorang playboy yang mempunyai wang yang mencukupi, aku akan gunakan duit sebagai aset. Belanja awek-awek ni makan atau menanyakan keperluan awek-awek ini untuk dibeli. Apalah sangat nilai duit jika dapat mengusha awek secantik Neelofa. Orang putih cakap 'worth it'. Tak perlu makan di tempat-tempat yang mahal, cukup belanja cendol atau rojak mee di depan CIMB seksyen 18, taktik kedua sudah berjaya diaplikasi.

Taktik yang paling cool sebagai seorang playboy adalah menggunakan taktik playboy yang bijak. Di dalam kelas, tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang lecturer ajar. Orang cakap lelaki ni mudah masuk kalau belajar apa-apa. Sudah pasti didalam kelas akan ada sorang dua awek yang slow. Apa lagi, tunjukkan skil anda. Buat-buat tanya kepada awek tersebut apa yang tidak difahami. Akhirnya, awek tersebut akan sering bertanya kepada anda. Berjaya lagi taktik yang ketiga.

Sebenarnya ada banyak lagi taktik yang boleh digunakan. Tetapi untuk mengekalkan status sebagai playboy yang hebat, hanya sedikit rahsia yang boleh diberi tahu. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah emel kepada saya. Oh ya, untuk mengelakkan dari dilabel sexist, saya juga ada rahsia untuk menjadi seorang playgirl. Kepada pembaca wanita yang minat, cuma perlu emel kepada saya. Dan perlu diingatkan, ini bukan taktik saya untuk berkenalan dengan anda-anda semua wahai ladies.

p/s - Kesempatan dalam kekurangan. Yang bijak tidak akan jatuh. Yang bodoh sebaliknya.

AWEK BAJU BIRU

Valentines Day hampir tiba. Seperti biasa, perhubungan romantik kami tiap-tiap tahun tak lengkap jika tak menyambut Valentines Day. Perkenalan aku dengan si dia empat tahun yang lalu cukup singkat. Masih ku ingat waktu petang itu ketika aku dengan tiba-tiba mengidam hendak makan goreng pisang. Tanpa membuang masa, aku mencapai kunci motor EX5 biru aku dan terus ke kedai Tok Mael.

Sesampai saja disana,aku dapati goreng pisang hanya tinggal 6 ketul. Cukup-cukup dengan duit yang aku bawa sebanyak 2 ringgit memandangkan goreng pisang tu dijual dengan harga 3 singgit. Belum sempat aku memanggil Tok Mael untuk membungkuskan ku goreng pisang tersebut, datang seorang awek yang agak comel berbaju biru disebelahku dan terus mengambil goreng pisang tersebut menggunakan penyepit kuih donat.

Aku yang memang sedia mengidam tanpa berfikir panjang terus menengking awek tersebut. Aku mengatakan bahawa aku yang datang terlebih dahulu dan dia telah memotong giliran. Dengan tak semena-mena, terlihat titis-titis jernih dimata awek tersebut.

" Ah sudah. Menangis pulak awek ni. Celaka. " getus aku didalam hati.

Titis-titis air mata yang tadinya terlihat sedikit semakin membanyak. Awek tersebut terus berlari meninggalkan aku yang kaget tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Ketika awek tersebut hendak melintas jalan menuju kearah kereta Wira berwarna merah kepunyaan beliau, dengan tiba-tiba datang sebuah lori kontena sebesar Optimus Prime dan terus melanggar gadis tersebut.

Suasana menjadi hening. Aku terdiam seribu bahasa. Setelah kepulan asap akibat perlanggaran tersebut hilang, dalam samar-samar aku dapati gadis tersebut tetap utuh berdiri. Bahagian depan lori tersebut rosak teruk. Dengan memakai baju berwarna merah biru denggan tulisan S di bahagia dada, barulah aku taw awek tersebut rupa-rupanya adik kepada Clark Kent dari planet Krypton.

Kahkahkah. Jilaka apa aku merapu ni woi. Kahkahkah.

DELISA

Hafalan Shalat Delisa. Sebuah filem yang power. Berdasarkan kisah benar dari tragedi tsunami Acheh Disember 2004. Indonesia mempunyai banyak filem-filem yang bagus dan berkualiti. Walaupun banyak juga filem sampah, namun ianya dapat diimbangi oleh filem-filem yang berkualiti yang dihasilkan. Seriously filem ini boleh membuatkan dikau menangis. Sediakan tisu banyak-banyak sebelum tengok.




Di Malaysia ? Hanya ada filem sampah. Sudah lama Malaysia ketandusan filem-filem yang berkualiti. Semuanya pasal cinta. Ombak Rindu ? Aku rasa orang yang cakap Ombak Rindu tu berkualiti dan best tak layak untuk bagi komen pasal filem-filem lain dah. Sila tengok filem di atas. Power.

p/s - You mad bro ?