INTI SANDWICH

Situasi di satu petang yang hening.

Kawan A mengajak lepak di tempat yang juga diberi huruf algebra A. Manakala kawan B mengajak lepak di tempat B. Kedua-duanya dalam waktu yang sama. Sebagai member kepada A dan B, beliau sekarang berada dalam dilema seumpama di hujung jalan yang mempunyai dua percabangan. Beliau haruslah berlaku adil atau dalam bahasa Jawanya ' win-win situation'.

Persoalannya kenapa beliau tidak mengajak kawan A dan kawan B lepak di tempat yang sama? Apakan daya masing-masing tetap dengan kehendak masing-masing. Bukannya beliau tidak mencuba menyatukan tetapi gagal. Untuk menyatukan dua pihak yang kurang sekepala anda memerlukan skil. Bukan futsal sahaja memerlukan skil. Dan ternyata skil futsal lebih mudah diaplikasikan daripada skil penyatuan ini.

Sebagai langkah adil, beliau mengambil keputusan untuk bermain futsal sahaja dimana skil-skil yang dipelajari di Youtube dapat diaplikasikan dengan mudah. Ini juga mewujudkan 'win-win situation'. Pengajaran yang diperoleh hari ni, dalam berkawan anda haruslah adil.

Dan ini membuatkan beliau terfikir, hari ini beliau telah mengaplikasikan nilai adil dalam berkawan. Mungkin selepas ini tiada masalah untuk beliau mengaplikasikan nilai adil di dalam perkahwinan antara isteri-isteri beliau yang empat. HAHA.

p/s - Kalaulah kawan-kawan aku sama kawan-kawan juga. OH.

No comments: