TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Hari ini tamat sudah satu tahun sebagai pelajar perubatan. Lagi empat tahun menunggu. Ya EMPAT tahun. Kalau kawen empat tahun dah boleh dapat empat orang anak. Dan kalau setiap tahun dapat anak kembar mungkin lapan orang anak sudah berjaya diperoleh. Namun apakan daya pilihan sudah dibuat. Empat tahun harus dihabiskan mahu tidak mahu. Setahun yang sudah berlalu, dilalui dengan suka duka. Tahun yang kedua mungkin perlu lebih serius.

Sekarang hanya menanti masa untuk pulang ke tanah air. Sememangnya masa yang dinantikan setelah sekian lama merantau di Jakarta yang sentiasa sesak dan padat ibarat semut-semut mengurumuni gula. Kepulangan kali ini agak bermakna kerana dapat menyambut puasa dan raya bersama-sama keluarga tercinta. Semoga Ramadhan kali ini membawa perubahan yang lebih baik kepada diri. Amin.

Malam ni Malaysia lawan Singapura di Bukit Jalil. Alangkah indahnya jika diri ini dapat bersama-sama mereka memberi sokongan. Sudah lama kaki tidak menjejak kan kaki ke stadium di Malaysia. Kali terakhir ke stadium adalah di Gelora Bung Karno yang menyaksikan harimau terkulai dimakan garuda 5-1. Semoga malam ini Bukit Jalil menjadi igauan ngeri buat mereka yang dari Singapura. Walaupun jasad tidak hadir namun sokongan tetap diberikan. Malaysia, tanah tumpahnya darahku.

p/s - Go find another job please.

1 comment:

Anonymous said...

Ok i will quit this job :(