GEMURUH

Kereta Ferrari dan kereta kancil memang berbeza. Namun masing-masing kalau berlumba,mempunyai misi yang sama, sampai ke destinasi yang sama. Kancil mungkin tak segah Ferrari. Orang yang memandu Kancil mungkin merasa rendah diri. Yelah apalah sangat nak dibandingkan dengan mereka yang bawak Ferrari.

Orang sekeliling juga sudah tentu lebih memandang tinggi kepada mereka yang bawak Ferrari. Kancil ? Macam biasa pandang sebelah mata sahaja. Namun Kancil steady berhujan panas. Tak perlu risau kotor dan pudar warnanya. Ferrari perlu dibelai dimanja,disimpan dan diselimut setiap malam.

Hidup ni kalau selalu senang, tak mencabar lah ye tak ? Macam mana nak kuat kalau tak kena uji. Nak tak nak,ujian kena lalui dengan steady. Untuk menjadi seorang Rambo, tak kan lah nak duduk didalam bilik air cond sahaja. Paling kurang kena lepak dalam hutan sebulan dua. Baru lah kuat.

Kalau setakat duduk dalam bilik layan K-Pop macam mana nak kuat ? Kuat luar tak bermakna kuat di dalam. Bangunan tinggi mana pun kalau pasak di bumi tak kuat,kecundang jatuh ke tanah jua.

p/s - Kecundang hari ini,esok bangun kembali ;)

6 comments:

aso said...

TERBAEKK!

PADLE said...

referring to?

Anonymous said...

this is why i love you. thanx!!

Zaki Marsoha said...

aso- :)

padle - kepada sesiapa yg berkenaan

anon - i love you too

Anonymous said...

i lap u oways

Anonymous said...

kdg kdg bukan ke gah-an Ferrari dan Kancil yg menjadi persoalan dan perbandingan.mungkin dosa dosa lampau pada org sekeliling membuat hidup kurang berkat.jangan lupa,that plays big role too.just saying.