GOLDEN YEARS

Aku belajar kat kelas yang waktu paling sesuai untuk belajar adalah masa budak-budak. Sebab masa ni otak tengah berkembang. Tak hairan lah kalau selalu aku nampak orang-orang kaya selalau hantar anak-anak mereka belajar main muzik,belajar bahasa lain dan belajar pelbagai benda yang boleh meningkatkan nilai diri masa zaman budak-budak.

Makin dewasa,proses belajar tu makin susah. Bila makin susah,makin susah jugak benda yang baru tu nak masuk dalam kepala. Dari sini, aku hairan kenapa kat Malaysia sekolah perlu lama-lama. Sampai usia 18 tahun untuk habis tingkatan lima. Habis sekolah masuk pulak matrik,asasi dan sewaktu dengannya. Jadi umur saat masuk univeriti untuk buat degree kebanyakannya dah 20 ke atas.

Di Indonesia, kebanyakan budak-budak dah boleh mula buat degree masa umur 18 tahun. Kalau yang amek medic dalam umur 23 tahun dah habis. Kalau nak menggunakan alasan umur belasan tahun belum matang untuk buat perubatan, aku perhatikan ramai dari kalangan mereka ini yang gempak result exam mereka. Jauh mengatasi student-student Malaysia.

Jadi dari hasil pemerhatian dan apa yang aku belajar dalam kelas, makin muda umur makin mudah untuk belajar. otak tengah berkembang. Jadi aku ingin menimbulkan persoalan kenapa sistem pendidikan di Malaysia perlukan masa yang lama hanya untuk habiskan zaman sekolah. Lebih baik proses belajar di universiti dimulakan di usia awal. Menjimatkan masa dan juga minat untuk belajar. Dan yang lebih penting, kerja awal, kahwin awal.

Aku juga belajar bahawa semakin usia meningkat, tahap kesuburan makin menurun. Jadi untuk mengelakkan masalah-masalah seperti susah untuk mendapat zuriat, anak lahir dengan masalah mental, eloklah jika sistem pendidikan di Malaysia diubah. Ramai wanita-wanita yang kahwin lewat sekarang semata mengejar segulung ijazah. Begitu juga dengan lelaki. Bukannya apa,makin muda, makin produktif orang kata. Dapat anak ramai, rezeki murah, rumah pun meriah.

Amacam, tinggi tak visi dan misi gua ? Oh ya, Menteri Pelajaran sila jawab persoalan gua ni.

p/s - Semangat yang hilang.

3 comments:

Anonymous said...

Jangan hilang semangat zaki :) you know you can do this.ingat mak ayah kat kampung.kuatkan semangat.have faith in Him. :)

Mantoll said...

gua setuju dgn lu. yang paling gua benganag skali bile x saba nak kawen tapi keje xd lagi. xnk la bg bini mkn pasir.

malayneum said...

dan masa anak-anak masih kecil lebih molek jika mereka menghafal al-quran,bhs arab dan ilmu agama...

ingatlah bahawa tidak kira usia,para ilmuwan mencari ilmu untuk dekat kepadaNya,hanya perlu ikhlas tapi kalau lagi cepat lagi bagus dan kena terus konsisten =)

saya sokong cadangan anda!