MANSUH

Semenjak dua menjak ni, mahasiswa sibuk berdemo untuk memansuhkan itu ini. Jadi sebagai seorang yang bergelar mahasiswa, terdetik juga dihati ini untuk memansuhkan beberapa perkara. Gua yakin bahawa cadangan gua ini akan mendapat sokongan ramai golongan mahasiswa seterusnya menaikkan populariti gua mengalahkan Adam Adli.

Hasrat di lubuk hati gua ingin memansuhkan hantaran perkahwinan. Adat Melayu pusaka nenek moyang ini dilihat mencengkam masyarakat kita dewasa ini. Hantaran menyebabkan ramai anak-anak muda takut untuk berkahwin awal. Sedangkan duit untuk membeli sabun diri sendiri tidak mencukupi, inikan pula untuk menyediakan wang hantaran. Isu ini timbul apabila jumlah wang hantaran semakin hari semakin naik, sama naiknya dengan harga minyak dunia.

Perlu dibezakan antara wang hantaran dan mas kahwin. Mas kahwin harganya sudah tertakluk mengikut negeri. Mengikut filem Ketika Cinta Bertasbih yang gua tonton kelmarin, mas kahwin nya cukup sekadar sebentuk cincin asalkan mendapat persetujuan wali si perempuan. Wang hantaran pula adalah adat Melayu yang gua syak dicipta oleh Melayu-Melayu Freemason untuk menyusahkan proses perkahwinan.

Pada pendapat gua, wang hantaran ini perlu dimansuhkan bagi meringankan beban lelaki yang mana keadaan kewangannya tidak mengizinkan. Memandangkan golongan perempuan sekarang ramai yang kelaut dalam skil memasak dan skil ekonomi rumah tangga, jadi memadailah wang hantaran ini dimansuhkan selaras dengan skil-skil mereka ini. Kalau tetap mahu digunakan sistem wang hantaran ini, perlulah sesuai dengan skil yang ada pada wanita tersebut. Ibarat pemain bola sepak, semakin power semakin mahal.

Kesimpulannya, marilah kita kaum Adam melaksanakan demo mansuh wang hantaran ini di Malaysia. Inilah tindak tanduk yang bisa kita laksanakan bagi menunjukkan kekuasaan kita kepada kaum Hawa sebelum berkahwin bagi mengelakkan situasi queen control selepas berkahwin. Hidup hidup !

p/s - Kalau ikut perlembagaan, gua dah patut kahwin sekarang.

No comments: