BANGSAWAN

Aku merupakan golongan bangsawan. Makan di hotel-hotel yang besar, sukan nombor satu aku bukanlah bolasepak seperti rakyat-rakyat marhaen yang lain. Aku lebih memilih golf dan polo sebagai sukan utama. Ada kelas tersendiri dan tidak semua orang boleh bermainnya.

Oh ya, makan di hotel-hotel besar itu juga sesuatu yang bersifat eksklusif dan bukan semua rakyat marhaen dapat makan di hotel-hotel besar. Bagiku, status sebagai golongan elit dan bangsawan itu perlu dijaga.

Aku juga berhati-hati dalam pergaulan. Hanya mereka yang berstatus elit seperti aku dijadikan kawan. Mereka yang marhaen dan rakyat kebanyakan, tidak dipedulikan. Apa yang orang cakap tidak ku peduli asalkan aku dan kawan-kawan seangkatan selesa makan di hotel-hotel besar, bebas pencemaran dan paling penting, aku dapat makan percuma kerana kroni-kroni aku yang menanggungnya.

Ramai yang mengatakan aku sombong, tetapi aku tidak peduli. Bagiku, aku hanya mengambil peluang dan menumpang kekayaan yang dipunyai oleh kroni-kroni ku sendiri.

Disaat rakyat-rakyat marhaen meneruskan hidup yang tidak seberapa dan penuh kesempitan, aku lebih selesa begini. Hidup penuh kemewahan dan kekal bangsawan. Pedulikan mereka yang kesempitan, asalkan aku bahagia.

p/s - Anjing bila diberi makan, lambat laun setia kepada tuannya.

2 comments:

Anonymous said...

Saudara , kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan bukan? Katakan lah saudara dikhianati rakan sendiri sehingga menyebabkan saudara jatuh terduduk , apakah saudara fikir bahawa rakan2 bermain golf yang akan menghulurkan tangan membantu saudara? Saudara yakin ? Benar-benar yakin ?

NUR AMIERA

Anonymous said...

Tahukah saudara sebenarnya anjing merupakan haiwan yang paling kuat mengampu ? ;) cuba saudara perhatikan apabila seekor anjing yang menjaga sesebuah kediaman dengan kehadiran pemiliknya dengan ketiadaan pemiliknya. Apabila orang asing mendekati rumah berkenaan apabila pemiliknya ada , maka menyalak-nyalak lah anjing itu. Namun, sebaliknya apabila pemiliknya tiada di rumah, anjing tersebut akan buat tidak tahu akan orang asing yang mendekati rumah tersebut. Haha ;D lebih teruk lagi anjing tersebut akan tidur. Kalau perompak nak merompak sesebuah rumah yang memiliki anjing , dengan mudah perompak tersebut tahu akan ketiadaan pemilik jika anjing itu tidak menyalak. Saudara yakin anjing saudara setia atau hanya setia di hadapan saudara sahaja? Namun , di belakang saudara ? Saudara bangga rupanya apabila mempunyai anjing ;D

NUR AMIERA