PUKUL BERAPA DATO HARIMAU


Aku selalu terfikir macam mana kita dulu boleh hidup tanpa internet, Facebook, handset, mp3 dan macam-macam lagi benda berteknologi tinggi. Kalau dulu kita bergantung kat surat khabar Utusan dan Berita Harian, sekarang kita boleh baca berita melalui internet sahaja. Apa susah, semua suratkhabar sekarang sudah berada dia atas garisan atau bahasa mat saleh nya 'online'. Kalau dulu bila duduk di rumah tu satu perkara yang amat bosan bila tak ada benda nak dibuat, sekarang kita boleh bersosial secara maya dengan rakan-rakan di Facebook. Sebelum Facebook kita ada Friendster dan Myspace. Aku dulu layan Friendster juga. Tu pun aku suruh member aku tolong buatkan sebab dulu aku nak buat emel pun tak reti, inikan pula nak buat Friendster. Myspace pula aku kurang layan sebab bagi aku Myspace ni macam gedik. Kat Myspace kau akan jumpa insan-insan yang mempunyai nama sangat 'rare' seperti Mawar Berduri, Pelangi Cerah, Bowdark Chumel, Kanang Anak Langkau dan juga Temenggung Jugah Anak Barieng. Tapi semenjak Facebook ada, Myspace mula hilang populariti. Padan muka. Facebook pula akan menjadi teman kepada insan-insan yang kurang bersosial secara realiti. Kat Facebook kau akan berani menegur awek yang kau minat secara senyap-senyap tapi bila jumpa depan-depan, kau jadi diam seribu bahasa. 

Kalau dulu  sesiapa yang mempunyai handset dianggap kaya, tapi sekarang kau tengok budak sekolah rendah pun dah pakai Blackberry. Apa ada hal, mak abah masing-masing kaya. Kalau dulu handset mempunyai saiz yang kurang sedikit daripada batu bata, sekarang kau nak simpan 3 handset dalam seluar pun tak ada masalah. Sekarang mempunyai mp3 tu bukanlah satu masalah yang besar. Kalau dulu mana ada mp3 yang ada hanyalah walkman yang boleh masukkan kaset. Kalau kaset pun boleh dimasukkan,  korang bayangkan lah berapa besar saiz walkman tu. Walkman dulu pun ada yang mahal dan ada yang murah. Kalau kau ada walkman jenama Sony, kau tak payah fikir susah-susah nak sorok kan macam mana. Orang akan kagum kalau walkman kau Sony. Tapi yang menjadi masalah bila kau punya walkman berjenama Sunny, Soni mahupun Sono. Kalau boleh kau tak nak member kau tahu kau ada walkman sebab komfom kau akan kena bahan. Tapi bagi insan yang bijak sikit, walaupun walkman kau cap ayam, earphone dorang akan pastikan beli brand yang mahal-mahal. Jadi tak adalah kantoi sangat bila kau dengar walkman tu. Bila dengar lagu, walkman cap ayam ni korang sorok kan dalam beg dan yang kelihatan hanyalah earphone korang yang mahal ni. Jadi member korang automatik akan ingat kau punya walkman pun mahal. Memang bijak.

Tapi sekarang cuba bayangkan kalau handphone kau hilang, mesti kau akan tak ada mood sepanjang hari. Kalau handphone kau hanyalah Nokia 3310 mungkin kau siap boleh gelak lagi bila memikirkan betapa ruginya pencuri yang mencuri phone korang. Tapi macam mana kalau handphone korang adalah Iphone 4. Dapat pula bila korang beli Iphone tu hasil dari titik peluh korang menyimpan 20 sen sehari, boleh jadi gila juga korang dibuatnya. Sekarang tahap kebergantungan kita kat handphone sangatlah tinggi. Bagi budak-budak sekolah, kalau tak ada phone sekarang, macam mana nak main miskol-miskol dengan member-member. Bagi remaja, macam mana nak hantar mesej kat awek tanya dah makan ke belum. Tak pun macam mana nak aktifkan Super Saver untuk bergayut lama-lama kalau handphone tak ada. Lagi satu bila korang ada handphone yang mahal macam Iphone, bila lepak dengan member kat kedai mamak pun mata korang tak akan berganjak dari tengok phone korang. Aku kadang-kadang tension juga bila aku bercakap dengan member aku tapi member aku ni leka dengan phone dorang. Memang siut. Tapi aku kadang-kadang macam ni juga. Bila member aku mula cerita benda-benda yang membosankan, aku akan lebih memfokuskan diri aku kepada phone aku berbanding dia.

Facebook pula lagi satu hal sekarang. Kalau dulu masa kecik aku selalu main galah panjang, baling selipar dan gasing dengan member aku, budak-budak sekarang akan sibuk menuai tanaman di Farmville dan memelihara kucing yang bernama Faizal Tahir di Petville. Tak pun bagi yang bercita-cita untuk menjadi Chef Wan akan leka bermain Cafe World. Come on lah. At least bila aku dah tua nanti, aku ada benda untuk diceritakan kat cucu aku. Atok dulu main galah panjang, main gasing, konda kondi, bola beracun. Baru lah unik. Tak akan lah korang nanti nak ceritakan kat cucu korang yang korang dulu petani berjaya kat Farmville, tiap-tiap hari ada hasil. Sebab tu budak-budak zaman dulu lagi kreatif bagi aku. Petang-petang memang tak duduk kat rumah. Kalau hari ni main galah panjang, esok main sorok-sorok. Tak pun main pukul berapa datuk harimau. Tak pun main satu lubang tikus. Betapa aku rindu zaman aku masa budak-budak dulu. Main memang sampai tak ingat petang-petang dan bila nak pergi mengaji malam-malam mulalah bagi alasan macam-macam. Aku akan buat-buat tidur supaya tak payah pergi mengaji. Tapi tak jadi juga taktik aku ni bila mak aku paksa aku pergi juga. Dia cakap dah sudah mengaji nanti tidurlah puas-puas. Tapi bagus juga mak aku paksa tu, kalau tak mungkin sampai sekarang aku baca muqadam lagi.

Minggu lepas bila keluar khabar angin pasal Facebook nak kena tutup, semua orang cuak. Sebab bagi Facebook-addict, ini merupakan dunia dorang. Dorang lebih risaukan dunia maya untuk ditutup jika hendak dibandingkan dengan dunia sebenar yang akan kiamat nanti. Yang ni tak nak pula dorang risau. Aku pun sebenarnya ketagih juga dengan Facebook ni. Dan korang pun. Tipulah kalau korang boleh bertahan lama untuk hidup tanpa Facebook sekarang. Aku selalu terfikir macam mana kita tanpa benda ni pun kita boleh hidup dulu. Benda-benda berteknologi ni dah melenyapkan beberapa benda yang aku rasa sangat best dulu. Dulu bila nak raya aku akan dapat banyak kad raya daripada pemuja-pemuja rahsia aku. Tapi sekarang mana ada lagi kad raya. Orang semua pakai wish melalui sms. Memang lah lagi murah dan senang tapi bagi aku kad raya tu mempunyai nilai dia yang tersendiri. Kau akan dapat kad raya yang ada gambar kartun lah, ketupat lah dan macam-macam lagi. Kali terakhir aku dapat kad raya adalah semasa aku tingkatan 4. Lepas tu dah tak ada. Kalau dulu aku ajak member aku keluar malam-malam, komfom dia ikut. Tapi sekarang bila aku ajak, dia akan cakap yang malam ni dia nak ber Skype dan ber YM dengan awek. Padahal awek tinggal belakang rumah je. Memang macam haram perangai. 

Teknologi ni ada baik dan buruknya. Macam aku cakap tadi lah, yang buruknya ianya akan melenyapkan beberapa perkara yang kita selalu buat masa dulu. Macam kebudayaan Melayu yang makin lama dipengaruhi unsur-unsur Eropah, macam tu lah juga teknologi yang secara perlahan-lahan menghapuskan kebudayaan kita. Sekarang mana nak jumpa budak main gasing petang-petang. Gasing sekarang pun mungkin ada yang tak kenal. Dah layak simpan kat muzium dah gasing ni. Budak-budak sekarang lagi suka lepak kat rumah sambil main PS3 dan Xbox. Kalau lah Doremon betul-betul wujud, dah lama aku ajak dia pegi zaman budak-budak aku dan ajak dia main galah panjang. Aku nak zaman budak-budak aku balik. Boleh tak?

p/s - Bola bowling haruslah di baling ke depan. Bukan ke belakang.

6 comments:

jemmiferra said...

ayat last offensive weii

Zaki Marsoha said...

kau baling bola bowling ke belakang ke? :D

Abbyshah said...

lawak gila pasal walkman Sony, Sunny, Soni and Sono. HAHAHA. its true! thats why kelaka.

&& pasal baling bowling ke blkg, penah ternampak kakak ni terbaling ke blkg. otomatik gelak non stop. kesian kakak tu.

nice writings!

Zaki Marsoha said...

ha3.biasa lah tu baling bola ke belakang.shalin zulkefli pun pernah :)

Mantoll said...

ak skang men bola boling spin je..haha

babyblossom said...

panjangnyer cerita u nie zaki. i x larat nak baca. haha.