INSPIRASI GEMILANG


Tadi aku berborak secara maya dengan kawan aku. Salah satu perkataan yang menarik perhatian aku adalah perkataan ' Inspirasi '. Inspirasi boleh datang dalam pelbagai bentuk. Seorang pelukis seperti Leornada da Vinci mungkin mendapat inspirasi untuk melukis potret Monalisa ketika melihat neneknya membasuh kain. Alexander Graham Bell mungkin mendapat inspirasi untuk mencipta telefon ketika melihat kucing-kucingnya berlari-lari anak ketika mengejar anak ayam jirannya. Jadi inspirasi ni boleh datang dalam pelbagai bentuk dan tanpa disangka-sangka. Mungkin masa korang tengah makan pun, korang boleh mendapat inspirasi dalam sesuatu perkara.

Dulu masa aku tingkatan 5, semua orang heboh pasal angkasawan pertama Malaysia nk fly ke angkasa. Angkasawan ni pula bagi aku kacak bergaya orangnya. Ditambah pula dengan gelaran 'Doktor' di hadapan namanya. Masa tu mamat ni boleh dikatakan menjadi inspirasi kepada diri aku. Yelah masa tu aku nak SPM mestilah ada inspirasi untuk berjaya. Jadi setiap kali berita pasal mamat ni keluar aku akan teruja dan gembira yang amat sangat. Aku bukanlah seorang gay untuk meminati beliau tapi minat dan sumber inspirasi tu berbeza. Aku terinspirasi dengan gaya dan pencapaian beliau. Daripada aku minat Super Junior yang hanya tahu menari dan menari, lebih baik aku minat si angkasawan ni. Masa mamat ni nak fly ke angkasa, aku memang tak bergerak dari depan televisyen. Memang fokus habislah. Dan tak sia-sia aku jadikan beliau ni inspirasi apabila aku berjaya mendapat keputusan yang agak ok dalam SPM. Terima kasihlah cik angkasawan.

Ada juga orang yang menjadikan kawan-kawan sendiri sebagai idola dan sumber inspirasi. Macam aku sendiri memang aku ada menjadikan segelintir daripada kawan aku sebagai inspirasi dan contoh. Aku memang mempunyai impian untuk menjadi individu yang boleh menginspirasikan orang lain. Kau tak rasa bangga ke bila anak-anak jiran korang menjadikan korang ni sebagai idola dan inspirasi dorang. Mungkin dorang akan kagum dengan korang padahal korang pun main futsal petang-petang, lepak kat kedai mamak sampai pagi tapi masih boleh berjaya. Walaupun tahap penginspirasian korang tu hanya di tahap kawasan perumahan korang dan bukanlah seperti cik angkasawan yang menginspirasi secara nasional, at least korang dah berjaya membuatkan orang lain terkesan dengan kau. At least kau ni ada pengaruh kepada masyarakat di sekitar kau. Buat apa belajar tinggi-tinggi kalau masyarakat sekeliling korang still pandang rendah kat korang. Baik masuk Giat Mara. At least korang boleh kerja kat kedai Ah Chong untuk menolong membaiki motosikal pakcik-pakcik di kawasan korang.

Tapi nak jadi sumber inspirasi secara konsisten memang susah. Kalau dulu aku minat tahap dewa dengan cik angkasawan, sekarang biasa-biasa sahaja. Mungkin sekarang aku terinspirasi untuk kahwin apabila melihat beliau ni kahwin. Tapi bila memikirkan jumlah duit dalam akaun aku hanyalah sekangkang kera, aku mematikan niat untuk kahwin. Tunggu aku jadi kaya dulu. Dan lagi satu, kalau korang rasa korang ni adalah inspirasi kepada orang lain, perangai pun korang kena jaga. Aku pernah jumpa seorang mamat Indon ni yang dulunya sangat bercita-cita untuk menjadi seperti Ariel Peterpan. Kalau sekali tengok memang macam Ariel tapi bila sampai bab menyanyi, aku akui memang Ariel lebih dewa. Tapi sekarang bila si Ariel ni dah kena penjara, hasrat mamat ni untuk menjadi penyanyi terbantut dan sekarang hanya mampu menjadi penjual kain batik di Tanah Abang. Nasib baik beliau tidak terinspirasi untuk membuat filem sendiri sebagaimana Ariel The Legend. Senang cakap korang kena berlagak suci di depan orang ramai apabila kau menjadi idola walaupun korang mungkin tak sesuci mana.

Lepas ni korang cubalah jadi inspirasi kepada orang lain. Kalau dunia sekarang melihat jumlah A yang banyak dalam peperiksaan sebagai tanda kejayaan, korang kumpul lah sebanyak mana A agar korang mampu menginspirasi orang-orang di sekeliling kau. Tok Mail ada cakap, kalau korang tak mampu nak buat perkara baik, janganlah buat jahat supaya kau tak menyusahkan orang lain. Terima kasih Tok Mail.

p/s - Aku kebosanan.Ada sesiapa yang sudi menghiburkan aku?

1 comment:

Mantoll said...

nape bosan ni ki?pillow talk sket..