KEMBAR IRWANSYAH

Tadi aku tengok rancangan 'Are You Smarter Than 5th Grader ' kat tv. Takde artis-artis yang cun dan comel. Yang ada hanyalah kanak-kanak sekolah yang bijak dan comel. Aku respect dengan mat saleh sebab dorang kreatif dalam buat rancangan-rancangan macam ni. Kalau kat Malaysia jangan harap. Semua rancangan menyanyi. Bosan seriously. Tapi kalau kat Malaysia ada rancangan macam ni, mungkin tajuknya akan menjadi 'Adakah Anda Lebih Bijak Dari Budak Darjah 6'. Yelah kat Malaysia ni sekolah rendah sampai darjah 6. Kadang-kadang bila aku tengok soalan dalam rancangan ni pun, aku akui yang I'm not smarter than 5th grader pun. Susah woi soalan die. Dapat pulak kalau soalan sejarah 5th grade dorang. Macam haram susah. 

Aku pun pelik kenapa sekolah rendah kat Malaysia takde diajarkan matapelajaran sejarah. Yang aku ingat kat sekolah rendah aku dulu aku ada belajar subjek Kajian Tempatan. Belajar pasal jenis-jenis rumah di Malaysia. Ada rumah limas, rumah teres, rumah banglo dan bermacam-macam jenis lagi. Tapi bila kembali kedunia realiti, aku tengok takdepun rumah kat Malaysia yang berjenis-jenis. Kiri dan kanan rumah aku semuanya rumah teres. Takdepun satu pun rumah limas. Dan bila dah makin besar aku masih tak faham apa signifikan nya untuk aku belajar jenis-jenis rumah di Malaysia. Lebih baik aku pergi Taman Mini Malaysia kat Melaka. Mungkin aku akan lebih mengerti struktur rumah di Malaysia ni.

Mungkin lepas ni tv kat Malaysia buat rancangan macam ni. At least boleh juga revise matapelajaran sekolah rendah dulu. Makcik dan pakcik yang tak pernah pergi sekolah masa kecik dulu mungkin akan dapat manfaatnya apabila menonton rancangan seperti ini. Bertambah juga ilmu pengetahuan. Tapi ketiadaan rancangan seperti ini membuatkan nenek aku akan menghentikan segala aktiviti mengemas rumah untuk menonton sinetron Alisa. Walaupun aku tinggal di Indonesia, aku lebih rela menonton dokumentari bagaimana ular bersalin kulit di National Geographic daripada sinetron. Mungkin muka aku ada iras-iras Irwansyah tapi alasan itu takkan sesekali menggoyahkan iman aku untuk layan sinetron. Seriously.

p/s - Aku hampir menang main PES 2011 level Top Player tadi. Tapi last-last aku kecundang 3-1. Ouh kecewa.

No comments: