ROZITA CHE WAN KECEWA

Kalau dulu cikgu tanya cita-cita bila da besar nak jadi apa, budak-budak akan cakap nak jadi doktor,pegawai polis, angkasawan, saintis dan pelbagai lagi kerjaya yang profesional. Tapi sekarang kalau ditanya budak-budak nak jadi apa mungkin akan ramai yang menjawab nak jadi penyanyi, raja lawak mahupun pelakon profesional. Maka tak hairanlah kalau sekarang kat Malaysia banyak rancangan-rancangan realiti yang menghasilkan bakat-bakat segera ini. Kalau Siti Nurhaliza mengambil masa yang lama untuk menjadi diva, Mawi hanya mengambil masa tak sampai sebulan untuk menjadi popular dan kaya raya. Pastu dapat pulak bini lawa. Tapi dah rezeki dia nak buat macam mana. Aku tak jeles langsung. Aku dah ada Lisa Surihani buat apa aku nak jeles. Rozita Che Wan kalau anda membaca entry ini, minta maaf lah ye. You're not my taste. 

Berbalik kepada Mawi tadi, beliau ni adalah golongan-golongan artis yang dilahirkan dari program yang aku rasa sangat bosan di TV. Bukannya apa, sekarang dah banyak sangat program cari bakat menyanyi ni. Kalau suara macam Jamal Abdillah, Amy Search ataupun Saleem ok lah sikit. Sedap jugak didengar. Tapi suara artis sekarang semua sama. Tak unik langsung. Dah lah suara tak sedap, lagu pun lagilah tak sedap. So double tak sedap disitu. Aku lebih rela mendengar radio Sinar.fm yang menyiarkan lagu-lagu Ahmad Jais ataupun Syarifah Aini daripada mendengar Hot.fm yang bila aku dengar memang tak best langsung lagu-lagunya. Tak kan aku nak layan lagu Tomok dengan Aril kot. Come on lah. Muka aku terlalu ganas untuk dengar lagu mereka. Lagi satu artis sekarang memang tak bertahan lama. Dulu Malaysia diserang gelombang Oren oleh Zahid tapi dimanakah beliau sekarang? Mungkin dia sudah menjadi tokey buah oren di pasar Siti Khadijah. Begitu juga dengan Vince, Khai, Mawi dan rakan seangkatan mereka. Semuanya sudah hanyut dibawa arus Wondergirl. Tak macho langsung kalah dengan Wondergirl. 

Sebab tu aku lebih suka layan lagu-lagu lama. Ramai yang cakap aku ni kuno tapi aku tak kisah. Levis takkan boleh dikalahkan dengan G.A Blue. Kalau nak compare M.Nasir dengan Faizal Tahir memang ibarat anjing dan kucing langit dan bumi. Tapi aku hairan apabila masih ramai remaja-remaja Melayu sekarang begitu ingin untuk menjadi penyanyi. Mungkin mereka-mereka ini zaman kecilnya sering dihidang dengan lagu-lagu penuh bertenaga daripada New Boyz, Spoon, Spin, dan pelbagai lagi. Tak salah untuk mereka-mereka ini untuk menjadi penyanyi tetapi janganlah gaya je lebih tapi tak reti menyanyi. M. Nasir tak perlu berpakaian seperti Awal Ashaari dan berwajah seperti Dafi untuk menjadi lagenda. Cukup dengan suara yang mantap dan berbekalkan sedikit janggut dan misai. Bagi aku, daripada buat program realiti menyanyi, lebih baik dibanyakkan rancangan  Pencarian Gadis Melayu. Boleh jugak aku cuci mata. Dan mungkin lepas ni Dato Farid Redzuan boleh jemput aku untuk dijadikan juri rancangan tersebut. Dan silap-silap boleh juga aku terjumpa calon isteri. Kalau tak dapat sorang tiga pun jadilah. Hoyeah.

p/s - Kain batik jawa memang sedap dibawa tidur. Masalah tidur tak lena mungkin akan dapat diubati selepas ini dengan kehadiran kain batik. Kain batik satu please.

No comments: