MATAHARIKU

Bagi orang-orang yang dilahirkan di Eropah seperti aku ini, cuaca di Jakarta amatlah panas sekali. Matahari di Jakarta seperti ada dua buah kerana panasnya yang amat menyengat sekali. Oleh kerana itu aku mengambil keputusan untuk duduk dirumah sahaja kerana aku telah diajar sejak sekolah rendah bahawa sinaran UV daripada matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Ditambah pula dengan genetik orang Eropah di dalam diri, kekurangan melanin pada kulit menyebabkan sinaran matahari amatlah berbahaya.

Selimut untuk tidur malam amatlah tidak diperlukan disini. Kipas perlu dibuka 24 jam. Bukan tak mempunyai niat untuk memasang pendingin hawa, tapi bagi lelaki metroseksual seperti aku ini haruslah menjaga kulit dengan sebaik-baiknya. Awal Ashaari pernah memberi nasihat bahawa pendingin hawa bisa menyebabkan kulit menjadi kering dan bersisik seperti ular bersalin kulit. Justeru memadailah hanya sekadar menggunakan kipas murah yang dibeli di Carrefour.

Namun begitu, walaupun berbekalkan kipas murah, tatkala berjalan-jalan di kota Jakarta, ternyata aku lebih bernasib baik daripada mereka-mereka yang meminta di tepi-tepi jalan untuk meneruskan kehidupan sehari-harian. Tidak mempedulikan langsung dengan sinaran matahari yang menyengat tubuh kerana apa yang penting, mereka harus terus mencari rezeki untuk meneruskan hidup walaupun dengan cara meminta-minta.

Mungkin aku perlu lebih bersyukur selepas ini. Walaupun panas, sekurang-kurangnya aku masih ada kipas untuk menyejukkan badan. Jakarta oh Jakarta.

p/s - Barang-barang Made in China memang terbaik. Laptop pun boleh jadi home theater. HAHA.

1 comment:

hidayah said...

waah.. xsangka selama ini saya bkwan dgn org eropah :P