POLITIKUS USANG

Paksaan dan sukarela perkara yang sangat berbeda. Jika Najib Razak ajak kau masuk Umno dan berjanji nak bagi kau jawatan, tapi hati kecil kau berkata bahawa kau tak nak tapi terpaksa join jugak, tu paksaan namanya. Orang Malaysia memang begitu. Tak suka menolak ajakan orang lain kerana takut akan mengecewakan hati orang tersebut. Nak tak nak terpaksa juga terima walaupun sedar yang diri kau tak mampu nak pikul amanah. Hak masing-masing untuk nak terima atau tak. Tiada hak bagi yang berkuasa untuk memaksa kau masuk menyertai mereka.

Itu kalau orang yang memikirkan kemampuan diri melebihi jawatan. Bagi mereka yang gilakan jawatan seperti kebanyakan ahli-ahli parlimen di Malaysia sekarang, mereka sanggup bermati-matian untuk mendapat jawatan tertentu. Sebelum dapat jawatan pelbagai janji ditabur. Menolong rakyat bagai. Bila dah berkuasa, nafsu menguasai diri. Kekayaan yang dicari,rakyat merana diri. Kalau tak mampu buat kerja lebih baik serahkan sahaja kepada mereka yang ahli. Tidak menyusahkan orang lain.

Bagi mereka yang telah menolak untuk menerima apa-apa jawatan, yang berkuasa haruslah menghormati keputusan tersebut. Tiada hak bagi anda untuk memaksa dan tidak wujud istilah kuasa veto disini. Si empunya diri sudah menolak dengan baik, menyedari kemampuan diri, apa lagi yang anda mahukan. Hormatilah mereka. Cari mereka yang lebih sukarela. Itu lebih baik agar tidak wujud masalah kelak. Kepemimpinan akan dipersoalkan kelak di hari muka. Tidak perlu rakus dengan jawatan. Berempatilah.

p/s - Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia : Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

2 comments:

zulaikha said...

zaki, rakyat malaysia nak BERSIHKAN kerajaan dengan menyertai perhimpunan BERSIH tu. x nak join ke? oh, lupa. ada kat indonesia, kan?

nak tahu jugak, apa yang orang indon pikir ek pasal BERSIH tu? heboh tak sampai ke sana?

alaa, kalau zaki sempat balik msia, jangan lupa join 9 julai nih. berapi-api semangat rakyat msia tau x? excited gler. sampai budak2 uk yang balik cuti summer pun dah plan siap2 nak join.

jom! jom!

p/s : sarcasm is still on.

Zaki Marsoha said...

yeahh.tiap orang ade alasan masing2.so pndai2 lah bezakan mne baik, mne buruk.tahun ni pon da boleh mengundi kan.hidup tanpa sarkastik amatlah bosan ;)