HOBIN JANG HOBIN

Aku orang England. Warganegara England. Tapi aku pandai berbahasa Melayu. Sebagai rakyat England, aku memang gilakan bolasepak. Masakan tidak, persatuan bolasepak yang tertua di dunia adalah FA England. Tapi aku tak layan EPL walaupun aku tinggal kat England. Aku lebih suka menonton Liga Super Malaysia di RTM pada hujung minggu. Oh ya pasukan favorite aku dalam Liga Super adalah Negeri Sembilan. Sebagai rakyat kebanyakan yang bekerja sebagai pemandu bas double-decker merah, impian untuk pergi ke Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi bagi menonton perlawanan yang melibatkan Negeri Sembilan hanyalah ibarat mimpi di siang hari.

Namun pada suatu hari, impian untuk melihat dengan mata sendiri Negeri Sembilan beraksi di England mula berputik. Ini bermula apabila sahabatku menceritakan bahawa pasukan Big Four Liga Super yaitu Kelantan, Selangor dan Kedah akan datang ke England bagi melawan pasukan kebangsaan England. Ketiga-tiga pasukan ini termasuk Negeri Sembilan sendiri memang mempunyai jumlah penyokong yang ramai di England. Tapi impian ku musnah apabila mengetahui bahawa Negeri Sembilan tidak datang ke England. Yang datang hanyalah tiga pasukan tersebut. Ini kerana ketiadaan Zaquan Adha yang sibuk melayan isteri barunya Ayu Raudhah.

Sebagai penyokong tegar Negeri Sembilan aku amat kecewa sekali. Namun ini tidak mengapa. Aku berrcadang untuk memprovok penyokong-penyokong ketiga-tiga pasukan dengan memakai baju Negeri Sembilan apabila ke Stadium Wembley nanti. Tiba hari perlawanan yang pertama, iaitu perlawanan antara Selangor menentang skuad Piala Dunia England, aku terasa seolah berada di Stadium Shah Alam apabila Stadium Wembley penuh dengan mereka yang berjersi Selangor. Tapi masing-masing adalah rakyat England. Mengapa mereka tidak memakai jersi England. Mengapa? Habis siapa yang akan menyokong England, tanah tumpah air kita nanti ? Siapa?

Aku yang memang dari rumah memakai baju Negeri Sembilan mencelah di kelompok orang ramai untuk mencari tempat duduk. Namun tiba-tiba semua orang disekelilingku memandang dengan gaya tidak puas hati. Dalam sekelip mata mereka mengelilingi aku dan memaksa aku membuka jersi Negeri Sembilan. Ya mereka semua adalah rakyat England sama seperti diriku. Tapi kerana kelab asing dari Malaysia datang ke England, aku diperlakukan sedemikian. Oleh rakyat negara England sendiri. Aku yang takut dicederakan akur dengan tuntutan mereka dan terus keluar dari stadium. Oleh kerana tak puas hati, aku telah mebakar Stadium Wembley. Lalu mereka semua pun mati. KAHKAHKAH.

p/s - Fanatik satu kebodohan.

4 comments:

PADLE said...

gua rilek je g stadium paroi pakai baju selangor...xde sape provok gua pon....

Zaki Marsoha said...

sebab kita org malaysia.yang provok2 ni penyokong n.smbilan n selangor dari england je.HAHA.

Mohd Nor Quiyyum said...

der gua terpanggil utk komen entry lu. mmg gua fhm ape lu cube sampaikan. tp lu pun kne fhm kenapa dorg dtg pky jerc kelab masing2. dorg pky sbb dorg mmg nk tgk kelab dorg main. bukan bermakna dorg x sokong malaysia. kite tgk contoh fan liverpool tym kt bukit jalil, liverpool skor dorg sorak, malaysia skor lagi sorak. dorg pky jerc kelab tu,sbb dorg nk tunjukkan support kt kelab yg dorg minat tu. yelah kalau nk tgk sume pky jerc malaysia baik buat frenly malaysia ngan argentina ke brazil ke waima england skalipun. name Asia tour, mstlah dorg dtg utk fans dorg. macam band 30 second to mars datang malaysia, nape dorg x pakai baju wings ke spin ke scoin ke.
haa fhm x?

ikhlas dari :

malaysia n liverpoo die hard fans

Anonymous said...

ak stuju ngn mamat quiyyum ni.xbemakne xpkai jerc malaysia tak sokong malaysia.mlysia tetap di hati beb.

p/s: sebnrnya gua dh kompius siape yg fanatik skg