RENDANG AYAM

Bagi anak manja macam aku ni, perasaan tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman memang tidak dapat dielakkan. Target semasa cuti nanti adalah untuk memenuhkan perut dengan segala jenis makanan Malaysia. Bukannya apa, kalau dah 5 bulan dok makan benda yang sama kat sini, benda yang sedap pun boleh jadi tak sedap. Betul lah orang cakap Malaysia tu syurga makanan. Kau lapar tengah-tengah malam boleh pergi kedai mamak layan roti canai 2-3 helai sambil secawan teh tarik.

Tapi kat Indon ni kalau lapar tengah malam memang merana lah. Kat sini tiada kedai yang berkonsepkan mamak yang menjual makanan berat tengah pagi buta. Kalau adapun hanyalah sekadar mengalas perut. Apa? Masak lah sendiri ? Aku bukannya malas masak. Tapi orang-orang tua ada cakap kita kaum lelaki ni jangan rajin sangat nak memasak. Nanti kena queen control.

Nak layan fast food kat Indon pun diluah mati emak,ditelan mati bapak. Kalau kat Malaysia KFC sepinggan lengkap snack plate tu dah cukup untuk memenuhi kebutuhan gizi tubuh badan manusia, kat sini KFC hanyalah sekadar ayam. Takde cheesy wedges, potato mash dan sayur putih tu ape ntah aku lupa nama dia. Tapi KFC Indonesia ada sesuatu yang takde kat KFC Malaysia. Dorang ada jual bergedil. Mana nak cari KFC ada jual bergedil. Gila. Memang aku makan KFC kat sini tak sampai menjilat jari. Setakat bergedil aku boleh suruh mak aku buat lah.

Tapi itulah nasib badan. Makan untuk hidup. Walaupun kadang-kadang esofagus sendiri pun sudah tidak mampu menelan makanan yang sama tiap hari. Untuk mengekalkan susuk tubuh persis Merong Mahawangsa aku ini, aku perlukan makanan. Tanpa makanan, ibarat pokok bunga yang tidak mendapat baja, terkulai layu di tasik madu. Haram jadah. Aku dah mula merapu. Aku lapar sebenarnya ni.

p/s - Nasi himpit kuah kacang tambah lodeh dimakan bersama ayam rendang. PERHHH !

1 comment:

buttERscotCH said...

well said...two toes up 4 u :P