HIKAYAT SEORANG BAYI COMEL

Malam yang hening, 5 Oktober 2011, aku terjaga dari tidur selepas tertidur lebih kurang pada pukul 9 malam 4 Oktober. Pada tarikh 4 Oktober aku menerima berita bahawa maksu dah selamat bersalin dan ini bermakna aku mendapat sepupu yang baru. Nice effort paksu and maksu. Pada 21 tahun yang lepas juga pada tarikh 5 Oktober 1990 telah lahir seorang bayi lelaki yang comel bertempat di Hospital Seremban.

Bayi comel tersebut diberi nama Muhamad Zaki yang dalam buku 99 nama Islam di rumah aku bermaksud yang cerdik,yang bersih, yang harum Tidak hairan lah sejurus saja kelahiran bayi tersebut, ramai orang yang mencium beliau kerana terbukti beliau sememangnya harum. Sehingga lah kini,selepas 21 tahun, keharuman bayi tersebut masih kekal semulajadi.

Pada umur 21 tahun, Muhamad Zaki sebagai seorang warganegara Malaysia sememangnya telah layak untuk mendaftar sebagai pengundi. Pada umur sebegini juga, beliau diharap untuk menjadi individu yang lebih matang dan berwawasan. Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah kerana telah memberikan beliau umur dan kesihatan yang baik. Apalah guna jika mempunyai umur yang panjang namun terlantar sakit dan menderita.

Akhir kata, semoga beliau menjadi insan yang bejaya di dunia dan akhirat. Kepada yang telah memberikan ucapan hari lahir,terima kasih diucapkan kerana tanda ingatan. Semoga Muhamad Zaki diberikan kekuatan untuk menjalani hari-hari mendatang yang penuh berliku dan cabaran. Berusahalah.

p/s - Dah 21 tahun. Jom kawen !

3 comments:

zulaikha said...

salam, encik harum..

selamat hari lahir, wahhhh...dah gedik!!

undi pun belom, udah mahu kawen???

haha. anyways, semoga umur yg ada nih digunakan sebaik untuk menyumbang something to the society, insyaALLAH ^^

salam dari denpasar, bali (;

Anonymous said...

Happy bufday muhamad zaki marsoha. Dah besar jgn suke merajuk2 lagi :D

Amiera Zulkefli said...

Selamat hari lahir!
I'm not a good friend sebab tak ingat birthday kawan sendir. Mianhae!
Have a blast!
May ALLAH bless.