RUMAH DI TEPI SAWAH

Aku ada satu impian. Dah tua nanti aku nak duduk kat sebuah rumah yang ditepi sawah. Ala-ala cerita Nur Kasih. Bagi pencinta alam semulajadi seperti aku ni, aku merasakan bahawa sebuah rumah ditengah dan dikelilingi sawah padi sangat awesome. Ditemani bunyi burung-burung yang cuba untuk memakan padi tanaman aku. Dan tidak dilupakan juga orang-orang yang mirip Justin Bieber yang sangat sinonim bagi sebuah sawah padi.

Kalau boleh, aku tak perlu menunggu masa tua untuk memiliki rumah sebegitu. Mungkin lebih baik jika aku memiliki rumah dengan suasana sebegitu seawal usia 30-an. Ini adalah supaya dapat aku tiru babak-babak dalam cerita Nur Kasih diantara Adam dan Nur. Babak di tepi sawah ketika hari hampir senja dan berbicara tentang hala tuju hidup. Dan diakhiri dengan Nur memeluk Adam. Pehhh. Sangat romantik susana itu.


Adam itu aku. Nur itu Neelofa. Bayangkan. Perhhh.

Aku dan isteri menjenguk hasil tanaman padi bulan ini.

Kebanyakan rumah sekarang dijual dengan gaya satu kawasan perumahan yang mempunyai rumah-rumah yang kesemuanya serupa. Ini sangatlah tidak menarik dan tidak mempunyai kelainan. Selain itu, rumah-rumah sebegini menyebabkan aku tidak dapat melakukan babak seperti Adam dan Nur di tepi sawah. Pemaju perumahan patut memikirkan konsep sebegini. Sebuah rumah di kawasan kampung di tepi sawah dan berlatarbelakangkan gunung-ganang. Sangat awesome.

Ini sangat awewome kau taw ?

Rumah sebegini juga aku rasa sangat sesuai dan meriah terutamanya di hari raya. Aku sebagai seorang atuk akan mengajak cucu-cucu aku untuk menangkap burung wak-wak di tengah sawah sambil membawa pancing yang diperbuat daripada kayu untuk memancing ikan puyu dan haruan untuk dibuat juadah sempena berbuka puasa. Kawasan rumah sebegini juga sesuai untuk aku dan cucu bermain meriam buluh kerana jarak antara rumah aku dan jiran yang tidak terlalu dekat.

Semoga aku berhasil mendapat suasana yang sebegini. Disaat itu, aku akan panggil pengarah filem Nur Kasih dan membayar beliau untuk menghasilkan filem Nur Kasih Reborn. Aku sebagai hero dan Neelofa sebagai heroin. Dan aku sangat yakin, filem ini akan berjaya mendapat keuntungan mengalahkan Ombak Rindu.  Dan dalam tahun yang sama, aku akan berjaya mengalahkan Aaron Aziz dalam kategori pelakon lelaki paling popular Anugerah Bintang Popular. Percayalah.

p/s - Kalau harga beras naik, boleh beli beras dengan aku. Ada diskaun.

2 comments:

Mantoll said...

muke mcm boghek ad hati nk jd hero

Shafiq said...

Aku suka ikan haruan. Tapi aku taknak makan nasik. Dan kalau boleh amek la aku berlakon sekali jadi watak adik ke, watak jahat ke? hahaha !