POTONG PERUT

Minggu lepas aku masuk hospital. Ada masalah appendix atau orang ramai panggil usus buntu. Setelah bersama selama 21 tahun, aku dan appendix terpaksa berpisah kerana salah aku sendiri. Cinta kami tidak kesampaian. Appendix ku terpaksa berkorban demi menyelamatkan diri aku ini daripada terus di infeksi oleh bakteria-bakteria lain.

Sebelum ke bilik bedah, aku masih tenang dan bisa tertawa. Pengalaman bersunat sebelum ini mengajar diriku untuk lebih yakin dan tenang kerana yang bakal dipotong dari anggota badan hanyalah sedikit. Setelah tiba waktunya aku diusung ke kamar bedah. Aku disuntik dan terus tidak sedar apa-apa. Setelah aku sedar, aku yang ditinggalkan kesejukan keseorangan dalam kamar bedah memanggil doktor. Kemudian aku terus dibawa ke wad untuk rehabilitasi.

Menurut kawan-kawan yang menemaniku, doktor memberitahu bahawa proses menebuk bahagian perut ku terpaksa dilakukan banyak kali kerana otot perut aku atau Six Pack aku sangat tebal sehingga beberapa cubaan untuk menebuk perut aku gagal. Beberapa alat untuk menebuk juga dipercayai telah patah dan tidak dapat digunakan lagi akibat otot Six Pack aku yang terlampau padat.

Setelah lima hari di hospital, aku pun keluar. Moral daripada cerita ini, apalah sangat pembedahan untuk appendix kalau nak dibandingkan dengan ibu-ibu yang bersalin. Kini aku sedar pengorbanan mak-mak sangat besar. Sakit woi perut kena potong. Jagalah kesihatan perut anda. Minumlah Vitagen selalu untuk kesihatan usus yang cemerlang.

p/s - Terima kasih kawan-kawan !

No comments: