WARISAN WANITA TERAKHIR

Petang itu, setelah melayan cerita Ali Setan di laptop, aku keluar sebentar untuk kerumah dia. Aku telah berjanji untuk mengambil budu yang aku pesan daripadanya. Sebelum tiba di rumah beliau, hatiku berdegup-degup kencang. Sememangnya dia, bisa membuat pria-pria jatuh hati kepadanya. Aku meminjam motor dari teman serumahku memandangkan rumahnya yang agak jauh.

Aku membawa motor dengan kelajuan 30 km/h. Cukup perlahan memandangkan aku perlukan masa untuk menenangkan diri. Aku tidak mahu gugup didepannya nanti. Aku perlu kelihatan yakin dan percaya diri. Sambil membawa motor, aku menyanyikan lagu Pencinta Wanita dendangan Irwansyah didalam hati.

Sesampai didepan rumah, aku mematikan enjin motor. Selepas menarik nafas dalam beberapa kali, aku memberi salam. Selang beberapa minit, si dia muncul didepan pintu rumah. Hati aku berdegup kencang namun aku masih berlagak tenang. Dengan berkain batik, berbaju labuh seperti budak-bidak asrama dan bertudung labuh, sungguh seperti wanita Melayu terakhir lagaknya.

Tanpa berkata banyak, dia terus menghulurkan budu yang telah siap disalin dalam botol berlabel Rose Syrup. Aku mengambil budu tersebut dan berborak sepatah dua dengan beliau. Tanpa mengambil masa yang panjang, aku mengucapkan terima kasih dan beredar pulang. Kawan, petang itu aku seakan di awang-awangan.

p/s - Aku #ultrasbudu

No comments: