WARISAN

Malaysia negara yang bertuah. Ada banyak kaum yang boleh hidup tanpa sebarang persengketaan. Tak hairan Malaysia antara negara membangun yang dikagumi negara serantau. Namun semenjak dua menjak ni, aku melihat Malaysia dari seberang, sebuah negara yang penuh dengan pelbagai isu, penuh dengan fitnah, penuh dengan masalah.

Mana pihak yang betul, mana pihak yang salah tidak dapat kita bezakan. Pihak A memburukkan pihak B dan pihak B menuding jari kepada pihak A. Pergaduhan pemimpin-pemimpin yang menjadi mangsa adalah rakyat. Ibarat bermain chess, yang harus dikorbankan terlebih dahulu adalah para askar-askar, golongan-golongan bangsawan dan elit harus dilindungi.

Usah kita berangan-angan untuk membebaskan Palestin dan menyelamatkan negara-negara yang dizalimi lain kalau kita tidak boleh hidup bersama-sama sebagai rakyat Malaysia. Hidup berpuak-puak, memainkan politik keji dan membuka ruang kepada tangan-tangan ghaib yang sememangnya ingin melihat kita rakyat Malaysia hidup dalam suasana kucar kacir dan porak peranda.

Sebagai rakyat Malaysia, sedih bila melihat keadaan negara sebegini. Kemerdekaan yang tidak sampai usia satu abad bisa terancam oleh suasana sebegini. Kadangkala kita melihat terlalu jauh terhadap negara-negara lain sehingga kita lupa kepada realiti di negara kita yang tercinta, Malaysia. Alangkah indah jika pemimpin-pemimpin di Malaysia bekerjasama tanpa apa-apa kepentingan. Sesungguhnya bala akan turun jika amanah itu diminta-minta.

p/s - Pray for Malaysia

No comments: