SAYA SUKA BERGADUH


Dulu masa kecik-kecik aku selalu bergaduh ngan adik lelaki aku. Kadang-kadang kitorang bergaduh sebab benda-benda yang kecik je. Kadang-kadang kitorang gaduh sebab masing-masing tak puas hati bila kalah main carrom. Tapi selalunya aku lah yang menang bila bergaduh sebab aku kan abang. Tapi bila dah makin besar, masing-masing dah mumayyiz dan matang jadi kami pun jarang bergaduh. Gaduh dengan adik beradik terjadi masa kecik je.Sekarang ni bila dah besar, korang akan bergaduh dengan lebih ramai orang lagi. Korang mungkin bergaduh dengan member korang bila member korang habiskan stok Maggi korang tanpa pengetahuan korang sendiri. Tak pun korang bergaduh dengan boyfriend sendiri bila boyfriend wall to wall dengan perempuan lain kat Facebook. Dan yang paling kejam korang bergaduh dengan mak abah sendiri sebab korang tak puas hati dengan calon pilihan isteri yang telah dipilih oleh mak abah korang macam dalam cerita Nur Kasih.

Bila korang bergaduh, ianya akan ambil masa untuk berbaik semula. Ada orang jenis yang tak simpan-simpan dan boleh lupakan kesalahan seperti member yang curi Maggi tadi. Tapi ada juga yang jenis simpan dalam dan susah untuk memaafkan. Orang jenis macam ni akan mengambil masa yang lama untuk melupakan apa yang telah terjadi. Jenis yang macam ni juga lah yang akan merajuk dalam tempoh yang agak lama. Sebagai tanda merajuk, orang macam ni akan malas melayan orang yang telah menyakiti hati dia ni.Merajuk tak salah. Sebab dari kecil sifat tu dah ada dalam diri kita. Aku masa kecik-kecik dulu suka merajuk dengan mak abah aku bila aku mintak dorang belikan Lego, dorang tak nak beli. Jadi aku akan buat-buat merajuk dengan dorang. Dah lama sikit barulah ok walaupun taktik aku merajuk itu tetap tak dapat melembutkan hati mereka untuk membelikan aku Lego. Tapi bila dah besar aku faham yang dorang perlukan duit untuk beli benda-benda yang lebih penting.

Merajuk bukanlah sifat khas untuk anak-anak kecil sahaja. Ada sahaja orang yang dah berumur 60-an merajuk. Contohnya mak abah yang merajuk bila anak-anak masing-masing sangat sibuk bekerja sampai tak ada masa untuk balik ke kampung. Walaupun dorang tak tunjuk sangat tapi sedikit sebanyak dorang akan terasa juga. Yelah orang tua hati  mereka ni lembut dan mudah terasa. Ada juga orang dewasa yang merajuk. Tapi bila orang dewasa merajuk, kau akan rasa macam nak lempang orang tu sebab nama je dah besar tapi masih gedik-gedik nak merajuk. Tapi tengok sebab merajuk juga. Kalau orang yang berumur 30 tahun merajuk sebab isteri tak nak belikan I-Pad untuk hadiah hari jadi, yang ni memang patut dilempang.

Tapi aku rasa bila kita makin besar, kita perlu lebih matang dalam semua perkara. Tak payah lah nak bergaduh-gaduh dan merajuk-rajuk lagi. Tu perangai masa kau berumur Upin Ipin. Masa tu tak apalah kalau korang nak merajuk. Ni dah besar bila merajuk pun buruk sangat perangai macam tu. Belajar lah untuk memaafkan. Tak payah nak simpan-simpan dalam hati. Biasa lah tu kalau salah sikit-sikit. Tapi kalau dah terlebih salah, suka hati korang lah nak bergaduh dan merajuk ke tak. Korang semua kan matang.

p/s - Hari-hari kau jogging. Nak kurus macam mana lagi?

2 comments:

Anonymous said...

bagus2.cube matang sket.jangan sket2 je nak merajuk tanpa sebab.dun be too emotional ye:) kalau org tu ckp die xsimpan dlm ati tu maksudnye btul la tu:)

Anonymous said...

hebat sgt kau ni.boleh jadi idola.lelaki paling matang pernah aku jumpa.