ZALIM


Kita memang dilahirkan dengan sedikit sifat kejam dalam diri. Yang membezakan korang akan terus kejam atau tak bila dah besar nanti adalah persekitaran korang. Macam aku dulu, masa kecik-kecik aku rasa aku kejam jugak. Aku suka cabut kaki belalang bila jumpa kat padang Sekolah Kebangsaan Serting Ilir masa kokurikulum. Lagi satu aku suka main lawan labah-labah kecik yang aku jumpa kat daun pandan rumah aku. Bila dah jumpa, aku akan ajak kawan aku yang ada labah-labah spesis ni untuk lawan dengan aku. Kalau korang tak faham korang boleh bayangkan ianya lebih kurang macam perlawanan ayam sabung.

Tapi semakin aku tua, sifat kejam dalam diri aku berkurang. Aku yang rasa macam tu. Nak-nak pula bila aku belajar tajuk ' Empati ' kat universiti aku. Aku sekarang berkebolehan untuk menempatkan diri dalam diri orang lain. Ianya bukanlah seperti jin yang masuk ke badan manusia untuk merasuk manusia tersebut. Tetapi ianya lebih kepada apa yang akan kau rasa bila kau jadi orang tersebut bila berhadapan dengan situasi-situasi tertentu. Dengan empati dalam diri, kau mungkin boleh memuaskan diri orang tersebut kerana orang tersebut senang dengan sikap kau terhadap dorang.

Tapi aku sedar yang aku ni masih lagi kejam dan tak adalah berempati manapun. Dalam situasi-situasi tertentu, aku boleh menjadi sangat kejam sampai buat orang menangis dengan aku sebab kekejaman aku. Korang pun mungkin ada sifat kejam dalam diri. Tipu lah kalau tak ada. Kita selalu mintak yang bukan-bukan kat mak abah kita walaupun benda yang kita mintak tu kadang-kadang boleh memeningkan mereka. Tak pun mungkin juga korang boleh kejam terhadap awek-awek korang apabila korang suruh mereka layan kau padahal awek kau kena belajar sebab nak exam. Korang juga mungkin kejam bila korang remove friend dari Facebook korang. Dan lagi kejam bila kau stalk orang kat Facebook sampai tahap mengganggu privasi orang yang kau stalk.

Kita mungkin tak sekejam Israel tapi sifat kejam tu tak dapat lari daripada diri kita. Kadang-kadang kita terlalu mementingkan diri sendiri sampai ada orang yang terasa hati dengan kita. Mungkin kau buat benda kejam tu tanpa kau sedari. Tak payah nak kejam sangat bila mp3 korang penuh dengan lagu Justin Bieber dan Tomok. Korang bukanlah sesiapa untuk sombong dan kejam kat orang lain. Berempati lah terhadap semua orang.

p/s - Aku mintak maaf kat kau. Maaf zahir dan batin. Jangan benci aku walaupun aku kejam kat kau.

No comments: