KEKASIH AWAL DAN AKHIR


Hidup kita ini, di mana kita bermula tak penting. Tapi yang penting adalah kat mana kita berakhir. Contohnya kalau dulu korang penagih dadah, tapi tak bermakna sampai mati kau jadi penagih dadah. Mungkin akan timbul kesedaran dalam diri si penagih dadah untuk berubah. Mungkin daripada jadi doktor diri sendiri, si penagih dadah ni belajar bersungguh-sungguh untuk jadi doktor sebenar. Yelah bab-bab cucuk ni memang dah berpengalaman. Bunyi macam mustahil untuk jadi macam tu tapi bak kata Adidas - 'Nothing Impossible'. 

Kalau bagi student plak, kat mana kau belajar masa sekolah rendah dan sekolah menengah tak penting. Tak semua budak sekolah asrama penuh dan MRSM akan berjaya dalam hidup. Ada saja budak yang sekolah kat sekolah harian biasa boleh berjaya. Tak semestinya kau dapat 8 A masa PMR, 10 A1 masa SPM, kau akan terus berjaya dalam masa akan datang. Mungkin masa ambil A-Level kau sangkut dan tersadai tak tahu nak buat apa-apa. Dalam masa yang sama kawan kau yang sama sekolah menengah dulu yang SPM nya 8A sekarang dah mula buat ijazah. Masa tu mula lah ego kau akan menurun dan kau akan sedar yang kau ni tak lah hebat mana. 

Kau boleh rancang jalan hidup kau tapi  yang tentukan tetap kat atas sana tu. Mungkin masa umur kau dah 25 tahun, kau masih belajar kat universiti sedangkan kawan kau dulu yang biasa-biasa masa sekolah dah kerja hebat-hebat. Mungkin sistem pendidikan kat Malaysia ni tak betul dan aku rasa memang macam tu. Kau belajar semata-mata nak dapat A. Kalau kat kelas siapa-siapa yang dapat A dalam subjek-subjek berat macam Add Math, Biologi dan macam-macam lagi mesti akan di pandang hebat oleh kawan-kawan yang hanya dapat markah cukup-cukup makan. Kadang-kadang kau cuma menghafal padahal satu patah haram pun kau tak faham. Janji bila time exam kau bole keluarkan balik apa yang kau hafal. Dan bila dapat keputusan, kau dapat A. Alangkah heaven nya hidup kalau senang macam tu. Cuma perlu menghafal tanpa memahami. 

Kalau korang perasan ramai legend-legend macam Albert Einstein, Bill Gates dan sewaktu dengannya masa kecil dorang takdelah hebat mana. Tapi dah nasib dorang bila besar untuk jadi macam tu. Dalam Islam itu dinamakan takdir. Dulu kat Malaysia kita ada genius Matematik iaitu si Sufiah. Tapi bila besar dia terlebih genius untuk menjadi seorang pelacur. Jadi kat sini aku nak ingatkan yang keputusan hebat kita masa sekolah dan universiti bukanlah apa sangat. Ramai je orang yang tak belajar tinggi-tinggi tapi boleh berjaya. Memang kita perlu berusaha untuk dapatkan sesuatu kejayaan tapi bila kita tak dapat apa yang kita nak, redha je lah. Mungkin kau berusaha untuk mengumpul duit nak beli kereta Proton Inspira. Tapi last-last kau tak dapat nak beli sebab kau tak mampu. Tapi mana tahu esok-esoknya kau dapat kereta Bugatti Veyron bila kau masuk cabutan bertuah anjuran Ali Cafe. Tu namanya rezeki dan rezeki boleh datang tanpa kau sangka-sangka. 

Mungkin dulu-dulu kau seorang gay, si pemakan rasuah, kaki minum arak tapi suatu hari kau dah bosan dan nak bertaubat. Dan mana tahu last-last  si gay, si pemakan rasuah dan kaki minum arak ni mati sebagai seorang ulama terkenal. Itu tak mustahil. Sedangkan Saidina Umar sebelum masuk Islam pun, beliau seorang yang sangat ganas dan bencikan Rasullullah. Tapi last-last beliau mati sebagai seorang sahabat nabi. Kan best kalau kita semua macam tu. Jadi kalau korang fikir korang loser, tak ada harapan nak survive dengan orang-orang lain, dan kau rasa nak buat bungee jump tanpa tali daripada menara KLCC, kau fikirlah balik yang kat mana korang mula tak penting. Tapi kat mana korang berakhir.

p/s - Aku memang tak faham kau. Sori lah. Mesti kau tension dengan aku kan. Selamat berjaya dalam apa yang kau impikan. Kau boleh punya.

1 comment:

Anonymous said...

Kau semakin matang, mok. Aku bangga menjadi sahabat kau.