YB WAKIL RAKYAT


Bila sebut pasal wakil rakyat, apa yang akan terlintas kat otak korang? Perut buncit? Kepala botak? Kereta Mercedes? Atau mempunyai isteri dari golongan artis? Wakil rakyat bukanlah seperti pasukan Putra FC yang menang kejohanan futsal daerah Kuala Pilah seterusnya dapat mewakili Kuala Pilah ke perlawanan peringkat negeri. Bukan. Bukan macam tu. Wakil rakyat adalah Yang Berhormat yang dipangkah oleh kita semasa musim mengundi 5 tahun sekali. Tahun ni aku dah 21 tahun jadi aku dah boleh mengundi. Ok tak ada kena mengena. Dari panggilan wakil rakyat itu sendiri kita boleh tahu kerja dorang ini. Dorang ini diamanahkan untuk memantau dan menjaga kebajikan rakyat-rakyat kat kawasan dorang. Jadi kalau aku yang asal dari Kuala Pilah aku ada wakil rakyat aku sendiri. Masalahnya bila aku tanya kawan-kawan aku sendiri siapa wakil rakyat kita dorang akan jawab Tok Mail yang merupakan ketua kampung. Jadah haram. 

Apa yang aku nak tulis kat sini adalah berapa ramai yang kenal wakil rakyat masing-masing ? Ok aku bukan nak salahkan korang tapi aku nak salahkan wakil rakyat tu sendiri. Yelah macam mana nak kenal kalau muka dorang boleh nampak 5 tahun sekali itu pun muka kat poster-poster yang dibuat layang-layang oleh budak-budak kampung aku. Tak pun trend sekarang orang letak gambar muka calon bertanding pilihanraya dengan lambang parti kat botol mineral. Nampak sangat tak ikhlas. Cuba korang tampal muka korang kat air Coca- Cola ke, 100 Plus ke, ramai lah juga yang pangkah korang. Tapi ini letak air mineral. Come on lah. Air kosong kat rumah aku pun banyak.

Lagi satu kalau korang perasan wakil rakyat dengan megahnya akan masuk Felda-Felda dan kampung-kampung dengan menaiki Mercedes yang baru tempah 2 bulan lepas dan selepas itu akan pergi rumah ke rumah hanya untuk bersalam dengan tuan rumah. Selepas itu akan ada wartawan dari surat khabar Metro, Utusan, Harakah, Suara Keadilan ambil gambar korang bersalam dan esoknya akan keluarlah kat surat khabar tu berita dengan tajuk ' YB X akan mendirikan tandas 10 tingkat di Kampung Pisang'. Selepas itu kalau korang baca berita itu sampai habis pasti akan ada ayat lebih kurang macam ni '...projek mega tandas 10 tingkat ini adalah tanda keprihatinan dan rasa tanggungjawab saya terhadap orang-orang kampung di sini...'. Prihatinlah sangat setakat buat toilet. Selepas itu penduduk Kampung Pisang tunggu je lah projek tandas 10 tingkat tu untuk siap dalam masa 5 tahun lagi iaitu pilihanraya yang akan datang. Korang tak ikhlas dowh. Buat lah keje jangan tahu bergaduh baling kerusi kat parlimen je. 

Kau fikir best ke kena beratur panjang-panjang semata-mata nak pangkah kau. Come on lah. Orang mengundi sebab nak tuntut hak sebagai rakyat. Korang tu hamba kitaorang je. Kena buat kerja. Tapi kerja yang korang tahu yelah, main golf, bagi ucapan yang bosan macam haram masa perasmian sukan sekolah dan paling macam haram adalah usha artis-artis muda untuk dibuat bini. Penduduk Kampung Pisang nak tandas, bukan nak mak angkat. Tak kan nak fikir kepuasan kau je, kepuasan penduduk Kampung Pisang camne? Lagi satu korang akan perasan yang wakil rakyat ni dipuji dengan panggilan berjiwa rakyat lah dan macam-macam lagi. Woi orang kat Kampung Pisang paling canggih pun pakai kereta Pesona. Tu pun 9 tahun bayar baru habis. Korang yang kononnya berjiwa rakyat ni rilek-rilek je naik Mercedes hitam siap dengan driver pergi ladang kelapa sawit. Kalau korang betul-betul berjiwa rakyat korang akan naik motor EX-5 buruk je jumpa orang-orang kampung. Itu baru betul berjiwa rakyat. Pastu dengan pakai seluar slack hitam berkilat, baju kemeja putih John Master korang pergi jumpa Tok Mail yang hanya pakai kain pelikat cap Gajah Duduk sambil bergaya dengan baju pagoda putih. Memang lah korang kena jaga imej tapi tak payahlah nak lebih-lebih. Pakai t-shirt dengan track suit pun ok dan kalau korang lagi nak berjiwa rakyat, pakailah juga kain peikat Gajah Duduk macam Tok Mail.

Kalau korang nak tahu, orang-orang kampung akan lebih menghormati kau bila kau betul-betul menjiwai mereka. Macam mana nak menjiwai macam yang aku cakap tadilah. Pakai macam Tok Mail, lepak kedai-kedai goreng pisang sambil minum kopi dengan dorang dan kalau boleh tolong dorang angkat buah kelapa sawit naik lori. Ni tak. Korang masuk kampung, naik kereta mahal, dress up macam nak pegi clubbing dan paling aku menyampah bila korang panggil wartawan ramai-ramai untuk membuktikan betapa 'rakyatnya' korang ni. Pastu gambar yang selalu aku tengok kat suratkhabar adalah gambar korang dukung budak-budak kecil dan gambar dudukk tepi orang sakit. 

Come on lah rakyat sekarang dah bijak. Kalau nak rakyat sangat tak payah hipokrit. Aku tahu korang nak masuk Felda pun fikir 2-3 kali sebab dari kecil korang dah lepak kat Pavillion, mak bapak bagi Playstation 3, Iphone 4 dan macam-macam lagi. Jadi wakil rakyat yang betul-betul rakyat memang susah nak cari. Tapi bagi wakil rakyat yang betul-betul ikhlas aku memang respek lah. Korang memang smart. Lagi satu benda ni lebih di aplikasikan kepada kawasan-kawasan kampung sebab dekat kawasan bandar kadang-kadang orangnya lagi kaya daripada wakil rakyat itu sendiri. Orang-orang ini boleh hidup tanpa dibantu oleh wakil rakyat ini. Entah-entah dorang pun tak pergi mengundi masa pilihanraya sebab orang-orang kaya ini tak pedulikan pun hal macam ini. Sifat kepedulian dorang ni kurang. Lebih baik dorang fokus kat bisnes dorang lagi untung.Orang-orang macam kat Kampung Pisang inilah yang sebetul-betulnya harus dibantu. Mungkin wakil rakyat yang bagus adalah yang berasal dari kampung sebab korang akan tahu macam mana susahnya hidup kat kampung kalau nak di bandingkan dengan bandar. Tapi wakil-wakil rakyat sekarang ramai daripada golongan bangsawan jadi dorang ini tak rasa sangat erti kesusahan. Jadi pesanan aku kat wakil rakyat tempat aku selepas ini, aku nak kedai goreng pisang konsep macam Starbucks siap dengan kopi-o pekat. Kalau takde memang 5 tahun je lah kau berkuasa.

p/s - Kau duduk bermasyarakat kena lah campur sikit. Janganlah tahu duduk dalam bilk je. Kau dah makin tua dan aku rasa kau kena tingkatkan skil bercampur kau.

No comments: