KOO RE AA

Dulu masa aku sekolah rendah, cerita Winter Sonata sangat popular kat TV3. Sampaikan makcik jual goreng pisang petang-petang pun tutup kedai awal semata-mata nak tengok cerita ni. Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu Winter Sonata, ianya adalah sebuah drama dari Korea yang boleh membuatkan kau menangis kesedihan. Zaman dulu drama Korea takdelah sepopular sekarang. Yang popular dulu pun hanyalah sehelai dua dan yang aku tahu dulu pun Winter Sonata dengan Autumn In My Heart. Tapi semakin usia aku menginjak ke usia dewasa, fenomena drama Korea ni makin menjadi-jadi pula. Aku bukanlah peminat drama Korea tegar seperti kebanyakan kawan perempuan aku. Sebahagian kawan perempuan aku amatlah fanatik keKoreaannya mengalahkan Park Ji Sung. Kalau ditanya kepada mereka-mereka ni warna seluar dalam apa yang dipakai oleh mamat jambu Korea 1 pada hari ini pun mungkin mereka dapat menjawab dengan betul. 

Cerita Korea pertama yang aku tengok sampai habis bertajuk Boys Over Flowers. Ok lagi sekali diingatkan yang aku bukan peminat drama Korea tegar. Cerita ni aku tengok secara tidak sengaja. Aku ingat lagi masa tu aku tengah tengok Buletin Utama kat TV3 dan kebetulan masa tu iklan. Jadi aku pun ambil remote dan terus usha-usha channel lain. Dan bagai sudah ditakdirkan, aku tertukar ke channel yang menyiarkan cerita Boys Over Flowers dan faktor yang menyebabkan aku terpaku kat cerita ni adalah kerana pelakon utamanya iaitu Lee Min Ho. Aku bukanlah seorang gay tapi aku ni jenis yang suka tengok lelaki yang berpakaian smart dan berwajah kacak. Itu normal lah. Aku pun try lah tengok seminit dua tapi memandangkan jalan ceritanya yang agak menarik, aku pun terjerat dalam fenomena Korea ini. Sebulan dua selepas itu aku dipengaruhi oleh kawan aku yang bernama Toyang ( bukan nama sebenar )  iaitu Duta Besar K-Pop di Malaysia untuk menonton cerita Personal Taste yang juga dilakonkan oleh Lee Min Ho. Dan aku terpaksa akur dengan hasutan Toyang apabila beliau menggunakan nama Lee Min Ho untuk mengumpan aku. Tanpa disedari aku pun menghabiskan drama 16 episod ini dengan jayanya. Hanya dua drama tersebutlah yang aku tengok sampai habis itupun kerana pelakon utamanya Lee Min Ho. Selepas itu aku berazam untuk tidak lagi terpedaya dengan hasutan-hasutan jahat yang menyuruh aku menonton drama Korea dan ternyata aku berjaya. Alhamdulillah.

Fenomena Korea bukan sahaja melanda dalam bentuk drama tetapi juga dalam bentuk nyanyian. Sebut saja Wondergirl, SNSD, Super Junior ( sekadar beberapa nama ) , peminat-peminat tegar K-Pop boleh menghafal lagu-lagu daripada kumpulan ini tanpa sebarang masalah walaupun tidak pernah menerima pendidikan Bahasa Korea secara formal. Bagi aku kalau nak dibandingkan penyanyi-penyanyi Korea ni dengan artis Malaysia tak adalah banyak sangat perbezaannya. Tomok nyanyi lagi sedap. Tapi disebabkan orang Korea mempunyai wajah yang jambu bagi lelaki dan comel bagi perempuan, maka mereka ini terus popular. Biasalah tu perempuan. Tengok bolasepak pun tengok player yang handsome je. Ronaldinho yang hebat daripada Beckham pun bukanlah sesiapa di mata perempuan hanya kerana beliau tidak sekacak Beckham. Berbalik kepada wajah orang Korea tadi, memang diakui yang muka dorang ni jambu-jambu belaka. Tapi biasalah tu artis. Bukan semua orang Korea berwajah jambu dan contoh terdekat yang kita ada ialah Park Ji Sung. Cuba kalau artis-artis ni berwajah seperti beliau, akan popular kah mereka? Komfem tak. Aku berani jamin. 

Semakin hari fenomena Korea semakin berkembang dengan pesatnya. Mungkin Dr Mahathir sekarang gembira melihat perkembangan ini apabila ' Dasar Pandang Ke Timur ' nya sudah berjaya. Kalau dulu kita berkiblatkan artis-artis daripada barat, sekarang kita mempunyai pilihan untuk memilih artis Korea yang lebih comel. Mungkin selepas ini Adibah Nor atau Ramlah Ram harus belajar menari seperti Wondergirl untuk menjadi lebih popular. Atau mungkin sahaja S.Jibeng menari seperti Super Junior untuk membolehkan beliau lebih dikenali di seantero dunia. Mungkin selepas ini pelajaran Bahasa Korea harus dijadikan matapelajaran wajib dalam SPM supaya kita lebih mempunyai pilihan untuk menonton drama Korea berbanding menonton drama di RTM. Dan mungkin sahaja lelaki-lelaki Melayu sekarang harus mula pergi ke salon untuk membuat rambut seperti artis-artis Korea supaya selepas ini lebih mudah untuk mengusha awek-awek yang berkiblatkan artis Korea. Tapi bagi aku yang bukan peminat tegar Korea, aku lebih rela mendengar Amy Search menyanyikan lagu Isabella daripada mendengar Super Junior menyanyikan Sorry Sorry. 

p/s - Kau sibuk cakap yang kau hebat. Apa kata kau senyap saja dan buat kerja kau. Barulah orang lain respek. Faham ?

6 comments:

NHAF said...

lee min ho pakai seluar ketat kat bawah pastu da la senteng dalam personal taste.

Zaki Marsoha said...

lee min ho jgn kutuk.org len xpe.

achso said...

mantap menganjing!!

zo90 said...

haha. zaki...zaki...x berubah. still ngan lawak selamba. anyways, enjoy bce post2 awk, zaki. keep it up. rasa santai je. blog sy mungkin agak berbelit-belit cket, heheh. (selalu jeles ngan org yg pandai wat blog dye simple n slumber)

again, glad dat u're back, finally =)

yaya hashimm said...

pergh last paragraph! i loikeee~

Zaki Marsoha said...

ha3.ape yg kau like yaya?