UNDERDOG


Kita selalu mendengar perkataan 'underdog' di dalam sukan-sukan seperti bola sepak dan badminton. Andaikan jika di dalam satu pertandingan final bola sepak tu melibatkan pasukan Negeri Sembilan dan Barcelona, salah satu pasukan sudah tentu akan menjadi pasukan berstatus underdog. Dan sudah tentu yang akan menjadi pasukan underdog adalah pasukan yang tak mempunyai star player. Apalah sangat Negeri Sembilan yang hanya mempunyai pemain kembar yang jambu jika hendak dibandingkan dengan Barcelona yang mempunyai Messi. Namun siapa sangka perlawanan final ini akhirnya dimenangi oleh Negeri Sembilan. Hasbullah Awang selalu cakap yang bola itu bulat dan apa-apa sahaja bisa boleh terjadi.

Istilah underdog bukan sahaja digunapakai dalam sukan sahaja. Kalau kita sedar dalam kehidupan sehari-hari kita, kita mengaplikasi kan istilah ini. Sebagai contoh kalau di satu sekolah, di dalam kelas 3 Comel, yang selalu dapat nombor 1 dalam tiap kali exam adalah Upin. Jadi classmate Upin yang dapat nombor 13, 26 atau 35 automatik akan menjadi underdog di mata guru kelas 3 Comel. Yelah kalau dah tiap kali exam asyik Upin yang score, dah tentulah cikgu kelas akan expect yang Upin akan sentiasa di atas. Apalah sangat mereka-mereka yang mendapat nombor dua digit itu. Tapi langit tidak selalunya cerah. Orang cakap hidup kita ni umpama roda sekejap diatas dan sekejap dibawah. Mana tahu satu hari classmate Upin yang bernombor 13, 26 dan 35 ini berazam untuk berubah dan ingin menggulingkan Upin dari takhta 3 Comel. Lalu semasa keputusan UPSR dikeluarkan, yang mendapat 5A adalah mereka yang underdog ini dan Upin yang dulunya sering naik ke pentas untuk menerima anugerah hanya mendapat 3A. Time tu barulah cikgu kelas 3 Comel menyesal dan mula menghormati anak-anak muridnya yang dulu sering mendapat nombor 2 digit.

Apa yang aku cuba sampaikan kat sini adalah walaupun kita berstatus underdog dalam hidup, tidak semestinya kita tidak boleh berjaya. In fact orang yang berstatus underdog lebih mempunyai potensi untuk berjaya kalau hendak dibandingkan dengan mereka yang sudah terbiasa dengan kejayaan dan pujian. Status underdog membuatkan kau lebih tenang dan relax. Takde tekanan. Sebab tu Negeri Sembilan boleh menang melawan Barcelona. Orang tak meletakkan harapan yang tinggi kat Negeri Sembilan untuk menang dan oleh kerana itu, tiada tekanan pada mereka. Dalam masa yang sama, Barcelona yang diharap oleh orang ramai untuk menang akan mempunyai tekanan yang tinggi untuk memenuhi expectation orang ramai. Bila dah tertekan, semua benda yang dibuat akan jadi serabai. 

Berstatus underdog juga membuatkan kau mempunyai semacam satu semangat dalam diri untuk membuktikan yang walaupun kau ni bukan pilihan, kau juga boleh buat macam mereka yang bukan underdog. Biasanya mereka-mereka yang underdog ini lebih humble dan zuhud sifatnya. Kalau di sekolah, orang-orang seperti ini terdiri daripada murid-murid yang kurang popular di mata cikgu dan kalau nak jadi jambu cikgu tu lagilah bagai langit dengan bumi. Berbeza dengan Barcelona dan Upin. Orang-orang seperti ini biasanya mempunyai keyakinan diri yang terlampau dan memandang rendah terhadap orang lain. Yelah bila dah rasa diri tu hebat, orang lain mestilah akan dipandang sebelah mata je. Orang-orang seperti ini di sekolah biasanya merupakan jambu cikgu atau kata lainnya murid kesayangan cikgu. Golongan-golongan ini juga biasanya agak sombong dan tak nak berkawan dengan mereka-mereka yang di mata cikgu hanyalah underdog.  Yelah, apa barang kawan dengan budak nombor 35 dalam kelas. Jatuhlah saham ye tak.

Underdog atau tak bagi aku itu tidak penting. Biarlah orang nak pandang kau sebelah mata dan menganggap kau ni hanyalah loser. Tak apa. Kau lebih mengetahui diri kau. Biarlah mereka yang merasakan diri mereka hebat dengan ego mereka sendiri. Tak bagi apa-apa kesan kat kau pun. Apalah sangat dengan pujian dan gelaran. Orang nombor 1 tak semestinya lebih hebat daripada orang nombor 2. Lee Chong Wei yang merupakan pemain badminton nombor 1 dunia pun boleh terkulai dengan senang apabila menghadapi Lin Dan. Sebab apa? Sebab Lin Dan bermain tanpa tekanan. Lee Chong Wei pula mempunyai tekanan beribu-ribu Pascal. Bila dah tertekan, akan banyak buat silap dan akhirnya kecundang. Jadi aku rasa aku akan memilih untuk terus meng underdog selepas ini. Tidak mengapa. Biarlah mereka dengan ego mereka sendiri. Saya underdog, saya ok.

p/s - Boleh tak kalau kau jangan tukar-tukar? Kau bukanlah berstatus tadika lagi. Tension dowh.

1 comment:

NHAF said...

watak picisan.kah kah kah:P