FROM JAKARTA WITH LOVE

Jakarta bukanlah seperti Gotham City di dalam cerita Batman yang sentiasa suram dan penuh kegelapan. Hidup di Jakarta mempunyai cabaran yang tersendiri. Kalau tekanan darah kau sebelum ke Jakarta adalah normal namun selepas sebulan dua mungkin kau akan mengalami hypertension. Seawal jam 6 pagi semua jalan-jalan termasuklah lebuhraya, jalan-jalan kecil mahupun denai-denai akan mula dilimpahi oleh kenderaan-kenderaan dari tiada CC sehinggalah kenderaan berCC tinggi. Kesesakan lalulintas di Jakarta atau di dalam bahasa Jawanya macet amatlah sinonim dengan Jakarta. Perjalanan yang mengambil masa 5 minit boleh mencapai sehingga setengah jam. 

Namun ada kebaikan yang aku nampak dari kemacetan ini. Kereta dan motosikal tidak mempunyai peluang untuk memecut laju seperti di Malaysia. Mungkin selepas ini aku akan mencadangkan kepada menteri kerja raya di Malaysia supaya menambah bilangan kenderaan di Malaysia. Apabila kenderaan sudah banyak maka ruang-ruang di jalan akan dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan masalah kenderaan melanggar had laju mungkin akan dapat diatasi. Mungkin lebih baik jika mat-mat rempit diberi hukuman hantar ke Jakarta supaya kegilaan mereka untuk berlumba dapat dikurangkan. Di Jakarta paling laju pun kau boleh capai hanyalah setakat 60km/j. Dan pada waktu puncak kau boleh mematikan enjin kereta di tengah kesesakan lalulintas dan keluar untuk makan bakso dahulu. Aku tak tipu. Aku pernah mengalami situasi seperti ini. Aku sempat turun dari kereta dan shopping di kedai berkonsepkan Seven Eleven  di seberang jalan. Setelah kemacetan beransur pulih aku naik ke kereta semula dan meneruskan perjalanan menuju rumah Julia Perez. 

Di Jakarta aku mula belajar untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar halwa telinga. Tahap kesabaran kau akan teruji disini. Disini peraturan dibuat memang untuk dilanggar. Manusia berbuat sesuka hati untuk kepentingan diri sendiri. Aku yang dulunya pernah memasuki pertandingan azan di sekolah rendah kini mula pandai mengeluarkan kata-kata yang ngak tidak enak. Di dalam Biologi inilah yang dinamakan pengaruh sekeliling terhadap karekteristik diri. Jadi jangan sesekali salahkan aku jika selepas ini aku mencarut-carut terhadap korang. Salahkan Jakarta. 

Jika diri aku ini diumpamakan seperti penyedut hampagas, mungkin paru-paru aku sekarang sudah dipenuhi oleh pelbagai jenis debu-debu liar yang dengan mudah memasuki rongga pernafasan aku. Jakarta adalah bandar yang kotor. Untuk mencari tong sampah sangatlah sukar. Namun memandangkan aku dulu seorang pengawas yang berdisiplin aku akan memastikan sampah hasil daripada aku disimpan dalam poket seluar. Balik rumah baru buang. Namun itu tidak cukup untuk membuatkan bandar ini menjadi bersih. Mungkin kerajaan Indonesia harus melancarkan kempen 1 rumah 1 tong sampah. Itu lebih ada faedahnya daripada sibuk menuntut hak tarian pendet dan kain batik dari Malaysia. Nak sangat ambiklah. Malaysia sekarang dah ada pole dance. Apa ada hal.

Aku berharap agar aku tidak menjadi seorang yang gila sekembalinya aku dari Jakarta ini. Tetapi masa depan belum pasti. Kalau sekembalinya aku ke Malaysia nanti dan dalam tempoh seminggu dua kemudiannya terjadi banyak kes penyeksaan seperti Jigsaw killer, mungkin korang boleh menjadikan aku sebagai salah seorang suspek. Dan mungkin mangsa-mangsa kegemaran aku adalah pak-pak menteri yang menghabiskan masa hujung minggunya bermain golf daripada melihat kawasan Adun atau Parlimen mereka sendiri. Dan mungkin dengan cara itu sahaja dapat menyedarkan mereka. Lagi sekali. Jangan sesekali salahkan aku. Salahkan Jakarta.

p/s - Guys look freaking hot when they do sport and then they sweat and plus with the sleeveless shirt on.

10 comments:

babyblossom said...

wau! akhirnyer ad jugak post y pendek2 sket. haha.


p/s: guys SMELLS when they do sports. its not hot at all. ;p

Mantoll said...

blagak r nak balik malaysia

to babyblossom: yes they are hot!!

NHAF said...

plagiarism

PADLE said...

aku mau baju selai woi!!!!

babyblossom said...

to mr mantoll>> org y smelly jer y akan sokong post tu. so anda pon smellY!!!

Mantoll said...

to babyblossom>> anda mesti x shave bulu ketiak ni..sbb tu anda kate sweat tu smelly..ewww

Zaki Marsoha said...

babyblossom - agak2 la x shave bulu ketiak.patutla hangit.

mantoll- no souvenir for u.

NHAF - copy paste sudah

padle - ha3 indonesia kain batik bnyk la.mne ade baju.

babyblossom said...

mantoll n zaki marsoha>> tolong sket.
korg y x shave ketiak. dah r share2 shaver..

Mantoll said...

To babyblossom>> kalo share pn makneny ktorg shave..anda yg x shave ni...

babyblossom said...

to mr mantoll>> ad bukti ke??? guna veet la. tahan lama.