KAKI BANGKU

Lagi 2 hari bumi Jakarta bakal aku tinggalkan buat sementara waktu. Lari daripada manusia-manusia yang suka membunyikan hon kereta tanpa sebab, lari daripada persekitaran yang banyak tikus-tikus sebesar kucing yang sangat comel seperti Mickey Mouse , lari daripada bumi yang panas sampai ke tulang ini. Semalam Arsenal menang lawan Barcelona. Dan seperti biasa aku hanya tersenyum melihat penyokong-penyokong setia Arsenal dengan bangga mengepost status di Facebook umpama seperti Arsenal itu merupakan kampung kelahiran mereka. Sungguh bangga mereka nampaknya. Aku pun tak faham apakah yang membuat mereka begitu bersemangat seperti pasukan tersebut ada kaitan dengan diri mereka. 

Situasi ini aku analogikan seperti rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia tetapi sangat obses dengan kelab bolasepak di Thailand atau Indonesia yang sememangnya tiada kaitan dengan diri mereka. Sama seperti kelab-kelab di England yang tiada langsung pertalian darah dengan diri rakyat-rakyat Malaysia ini. Aku seperti biasa suka memprovok mereka-mereka yang hooligan ini di Facebook dengan pelbagai kata-kata keji tentang kelab kesayangan mereka. Semasa Piala Dunia tahun lepas aku sampai bergaduh dengan sorang minah ni sebab aku kutuk pasukan tanah tumpah darahnya iaitu Sepanyol. Tapi aku pelik juga sebab nama dia letak kat Facebook nama Melayu. Oh mungkin dia minat dengan kebudayaan Melayu. Tak mengapa kalau begitu.

Aku seperti biasa takde sokong mana-mana team. Tapi disebabkan sudah menjadi tradisi untuk rakyat Malaysia memilih negara angkat semasa Piala Dunia, aku pun terpaksa mengikut arus memilih sebuah negara. Tetapi sayangnya pasukan pilihan aku kecundang. Namun begitu aku tak kecewa langsung sebagaimana sebahagian penyokong-penyokong England moody apabila melihat Rooney mereka diayam-ayamkan di Piala Dunia kali ni. Dan seperti biasa, trend yang aku nampak adalah perempuan-perempuan yang lebih melihat kepada kekacakan Christiano Ronaldo daripada kehebatan Thomas Muller mahupun Diego Forlan. Ada kawan perempuan aku yang pada mulanya meyokong Portugal tetapi di tengah-tengah kejohanan tetiba menukar kiblat kepada Germany apabila melihat Germany sering menang besar. Macam haram boleh pulak main tukar-tukar. 

Mungkin keadaan semasa yang membuatkan rakyat Malaysia begini. Kalaulah Malaysia layak ke Piala Dunia mungkin situasi-situasi seperti ini tidak akan berlaku. Kepada Presidan FAM yang dah pegang jawatan daripada tahun 1984 silalah turun ye. Jangan sampai Safee Sali mengajak rakan-rakannya untuk membuat revolusi seperti di Mesir kepada anda. Kami rakyat Malaysia pun sudah muak terhadap anda. Anda tiada kena mengena langsung dengan bolasepak. Biarkan mereka yang lebih ahli memegang jawatannya. Sila turun sebelum anda dibaling dengan kasut. Oh ya. Aku harap Arsenal kalah 2nd leg nanti. Ya Arsenal. Pasukan yang kalah 2-0 dengan Malaysia tahun 1975 dahulu. ( Tahan gelak )

p/s - Seminggu di sini sangatlah membuang masa. Terima kasihlah kat kau dengan sistem kau. Kau memang terbaik di saantero dunia.

No comments: