KAU DAN AKU

Kejap lagi bakal berlangsung perlawanan bolasepak Malaysia vs Indonesia dalam sukan SEA. Dua negara berjiran yang serumpun. Banyak persamaan dari pelbagai aspek. Namun seperti juga kita dan jiran sebelah rumah, bukan selalunya baik. Ada kala terlepas cakap dan berkecil hati antara satu sama lain. Begitulah juga halnya dengan Malaysia dan Indonesia.

Perlawanan ini mempunyai nilainya yang tersendiri. Cukup berbeza perlawanan Malaysia melawan Thailand atau Singapura jika hendak dibandingkan dengan perlawanan ini. Indonesia dan Malaysia mempunyai hubungan yang tenang di permukaan namun di dasarnya mempunyai pelbagai perkara yang boleh menimbulkan persengketaan. Ah persetankan itu semua. Tunggu aku jadi perdana menteri untuk mengulas satu persatu hal-hal berbangkit antara Malaysia dan Indonesia.

Secara ringkasnya, rakyat-rakyat marhaen di Indonesia ramai yang tak berpuas hati dengan Malaysia. Ini semua adalah hasil dari media yang telah berjaya memainkan isu-isu yang sering memburukkan nama Malaysia di mata mereka. Jadi perlawanan bola sepak ini antara hal yang boleh menjadi medan untuk mereka melepaskan segala ketidakpuasan hati. Itupun jika Indonesia dapat mengalahkan Malaysia.

Namun begitu, apalah guna jika kita yang serumpun ini bergaduh kerana hal-hal yang kecil. Jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Marilah kita bersaing secara sihat. Untuk dihormati anda perlu menghormati. Semoga pasukan yang lebih bagus akan menang.

p/s -  Struktur dan penggunaan ayat yang skema menunjukkan keseriusan dalam penulisan ini.

1 comment:

Anonymous said...

untung lah duduk m'sia dengan indon kan :)