SANG KUMBANG

Kawan, bila sebut The Beatles, siapa yang tak kenal. Menyanyi sejak era datuk nenek dan lagu-lagunya terus berkumandang sehingga kini, tidak dapat dinafikan yang mereka adalah lagenda. Sama lagendanya dengan naga Tasik Chini. Tapi ramai yang tidak tahu The Beatles yang popular dan lagenda ini diciplak dari satu kumpulan yang terlebih dahulu telah menggunakan nama The Beatles yang dipercayai datang dari Tanah Melayu pasca penjajahan Jepun.

Malang menimpa The Beatles yang di Tanah Melayu ini apabila kuasa kapitalis mengatasi segala-galanya. Segala lagu dan nama kumpulan diciplak terang-terangan oleh The Beatles palsu dari Liverpool. Kemasyuran, kegagahan dan kekacakan semuanya tertumpu kepada The Beatles palsu tanpa ada sebarang penghargaan atau royalti kepada The Beatles yang original daripada Tanah Melayu.

The Beatles palsu daripada Liverpool.

The Beatles yang asli dari Tanah Melayu.

Berdasarkan gambar diatas, terang-terangan yang The Beatles palsu daripada Liverpool tanpa segan silu meniru nama kumpulan bahkan gaya The Beatles yang asli daripada Tanah Melayu ini. Rahsia peringkat tertinggi ini hanya diketahui oleh beberapa individu termasuklah Tan Sri P. Ramlee. Namun beliau hanya mendiamkannya kerana berbeza ideologi politik dengan anggota The Beatles yang asli dari Tanah Melayu.

Dengan tersebarnya rahsia ini setelah sekian lama dipendamkan, diharap agar seluruh dunia memberi penghargaan kepada ahli-ahli The Beatles dari Tanah Melayu ini. Dikhabarkan keempat-empat ahli kumpulan ini telah lama hendak memfailkan kes ciplak ini di mahkamah namun terpaksa membatalkan niat apabila mendapati irama Pop Yeh Yeh semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat pada waktu itu.

p/s - Aku mahu pegang tangan kauuuuu. Aku mahu pegang tangan kauuuuu.

1 comment:

malayneum said...

dengar khabar angin dikatakan Sang Kumbang Original dari Tanah Melayu ini ingin buat reunion kembali dan tour 1Malaysia!