DELUSI

Semalam masa aku tidur, aku dengar suara orang bercakap-cakap kat bawah katil. Masa tu dalam pukul 3-4 pagi. Sebagai lelaki yang macho dan berani, aku buat rilek je. Aku syak tu bunyi radio budak bilik bawah. Tapi lama kelamaan, bunyi tu makin kuat.

Aku mengambil langkah berani untuk melihat ke bawah katil. Berdebar jugak rasanya. Gila mana taknya. Buatnya ada pocong tengah berborak bawah tu tak ke naya.

Dengan perlahan, aku meninjau kebawah. Apa aku nampak ? Aku nampak ada dua ekor kucing berkepala manusia tengah sedap berborak-borak. Mula-mula aku ingat tu adalah Pipiyapong, kucing kat rumah ni. Tapi rupa-rupanya bukan. Masa tu, perasaan takut aku dah bertukar jadi perasaan pelik.

Aku tarik dua ekor kucing berkepala manusia tu keluar.

Soalan pertama aku tanya, " Faham bahasa Melayu tak ? "

Kucing-kucing tu mengangguk. Pastu masing-masing perkenalkan diri. Sekor nama Sudino, sorang lagi nama  Suryadi.

" Siot, korang ni kucing jawa ke ? " aku tanya.

Tiba-tiba satu pukulan tepat hinggap kat kepala aku. Rupa-rupanya Sudino yang pukul dengan ekor beliau.

" Kau jangan nak buat lawak tengah pagi ni, kitorang datang bilik kau ada misi yang serius ni. Aku harap kau ambil berat benda ni " kata Sudino. Aku mengangguk sambil buat muka menyesal..

" Macam ni, kami datang dari planet Musytari. Kami merupakan pewaris kesultanan kerajaan Musytari. Masalahnya sekarang, rakyat negara kami dah memberontak. Mereka nak hapuskan sistem beraja dan buat kerajaan republik " jelas Suryadi dengan bersungguh-sungguh.

" Jadi sekarang kami nak mintak tolong kau. Kami dapat tahu kau anak Clark Kent, so dengan superpower kau, kami harap kau boleh tolong naikkan kerajaan kami balik " jelas Suryadi lagi.

Aku mencapai bantal peluk, dengan pantas aku melibas kedua-dua ekor makhluk tersebut.

" Kepala hotakmu. Kau dah kacau tidur aku tengah pagi buta, nak mintak tolong aku pulak. Sejak bilanya aku ni anak Clark Kent ? Pergi balik sana. Kau salah orang doh " aku berkata.

Setelah bersusah payah untuk bangun setelah libasan bantal tadi, kedua-dua ekor makhluk itu keluar dari bilik aku. Tanpa meminta maaf setelah menggangu tidur aku, mereka terus pergi begitu sahaja. Jilaka.

p/s - Kahkahkah. Aku sekarang tengah belajar pasal kesihatan jiwa sebenarnya ni. Aku rasa aku dah berjaya mengaplikasikan masalah kesihatan jiwa dalam penulisan aku.

No comments: